IPOH: "Itu pendapat peribadi (kritikan netizen)... awak nak marah atau tidak, tapi ia berlaku dalam industri sejak dulu lagi."
Demikian ulasan daripada penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M Nasir berhubung isu lagu Tiara yang diolah dan dinyanyikan semula oleh penyanyi dari Indonesia, Raffa Affar, sehingga menerima kecaman hebat netizen.
M Nasir yang juga pencipta sepenuhnya lagu tersebut menegaskan beliau tidak memandang perkara itu dari sudut negatif.
"Tiada masalah (nyanyikan semula lagu-lagu penyanyi Malaysia), sebab kita (penyanyi Malaysia) pun ada buat begitu.
"Trend sekarang, zaman media sosial berbeza sedikit penerimaannya dan lain halwa telinga," katanya yang popular menerusi lagu-lagu seperti Mustika, Keroncong Untuk Ana dan Tanya Sama Itu Hud Hud.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara MBI bersama MACP, di Bangunan MBI, di sini pada Selasa.
Ditanya sama ada perubahan susunan muzik lagu itu sedikit sebanyak merosakkan lagu berkenaan, M Nasir ada pendapat tersendiri.
"Itu ya, sedikitlah (rosakkan lagu) tapi ia tetap akan berlaku, kita tidak boleh kawal perkara itu.
"Kita kalau hendak buat sesuatu (untuk kawal) memang boleh tapi saya fikir dalam keadaan sekarang tidak perlulah," katanya lagi.
Terdahulu media melaporkan, nyanyian semula sebuah lagu balada rock malar segar, Tiara, dendangan asal kumpulan era 1980-an, Kris kini menjadi perdebatan peminat dalam laman sosial.
Semua itu susulan cara dendangan seorang penyanyi popular dari Indonesia, Raffa Affar yang dikatakan telah merosakkan melodi dan keaslian lagu berkenaan.
Menerusi satu klip video dari seberang yang tular ketika ini, menyaksikan penyanyi yang pernah mencipta fenomena dengan lagu tular, Cinta Sampai Mati itu menyanyikan kembali lagu Tiara dalam sebuah program hiburan rancangan siaran langsung.
Orang ramai terutamanya peminat dari Malaysia menganggap penyanyi muda itu tidak layak untuk menyanyikan kembali lagu berstatus ‘legenda’ ciptaan Datuk M Nasir itu.
Aida Aziz
Tue Jul 05 2022

M. Nasir (dua dari kanan) ditemui pada sidang media selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara MBI bersama MACP, di Ipoh, pada Selasa. - Astro AWANI

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Raffa Affar rosakkan lagu Tiara? Marah atau tidak, itu pendapat peribadi - M Nasir
M Nasir yang juga pencipta sepenuhnya lagu tersebut menegaskan beliau tidak memandang perkara itu dari sudut negatif.