KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli merancang untuk memulakan proram bual bicara podcast 'Yang Bakar Menteri (YBM)' yang memberi peluang kepada sesiapa sahaja bersemuka dengannya.
Siaran podcast YBM akan bermula pada 8 Jan 2024 setiap dua minggu.
"Saya telah merancang untuk memulakan podcast YBM (rasminya bermakna Yang Berhormat Menteri, tetapi podcast ini bermakna Yang Bakar Menteri)," katanya menerusi catatan di laman Facebook rasminya hari ini.
Rafizi berkata peluang bersemuka di podcast yang dirakam pada sebelah malam itu bertujuan memberi peluang kepada sesiapa sahaja bersemuka dengan beliau tanpa menggunakan peruntukan.
Ini kerana, katanya, kemunculan di televisyen menggunakan wang rakyat apabila melibatkan 'air time'.
"Podcast YBM terbuka kepada sesiapa sahaja - ahli akademik, penyokong kerajaan, rakyat biasa dan terutamanya aktivis maya pembangkang.
"Selain dari mereka yang ingin tampil secara sukarela untuk peluang 'membakar' menteri, saya juga akan mencari aktivis-aktivis maya pembangkang yang banyak memainkan dakyah untuk tampil.
"Saya akan cari mereka, jemput dan beri peluang bersemuka. Mereka berpeluang membakar saya, saya juga berpeluang membakar mereka," katanya.
Menurut Rafizi, budaya begini lebih baik dari budaya maki hamun dan pertikai perkara picisan seperti yang dibawa aktivis maya pembangkang sekarang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 19 2023

Siaran podcast YBM akan bermula pada 8 Jan 2024 setiap dua minggu. - Gambar FB Rafizi Ramli

Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah Konservatif
Undang-undang kanabis yang dilaksanakan pentadbiran sebelum ini disifatkan sebagai "kesilapan berbahaya" dan ia perlu "dibatalkan."

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Rafizi rancang podcast YBM bermula 8 Januari 2024
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli merancang untuk memulakan proram bual bicara podcast 'Yang Bakar Menteri (YBM)' yang memberi peluang kepada sesiapa sahaja bersemuka dengannya.