PUTRAJAYA: Sokongan serta penilaian rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat sejak September lepas hingga kini, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau sekali gus menolak kaji selidik yang dikeluarkan Merdeka Center sebelum ini yang melaporkan kadar penilaian kelulusan Anwar sebagai Perdana Menteri merosot kepada 50 peratus daripada 68 peratus pada Dis 2022.
Rafizi yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata berdasarkan kajian PKR, mereka mendapati sokongan rakyat dan penilaian kelulusan terhadap Perdana Menteri meningkat setelah Kerajaan Perpaduan melancarkan beberapa kertas dasar antaranya Ekonomi MADANI dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) September lepas.
Beliau berkata sememangnya pada Mei hingga Ogos lepas, sokongan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan rendah akibat kejatuhan mata wang serta kononnya Kerajaan Perpaduan akan tumbang seperti dimainkan oleh pembangkang.
"Kerajaan Perpaduan dan kepimpinan Anwar berada pada keadaan paling stabil kerana politik dalamannya stabil. Sokongan rakyat itu, walaupun bersifat 'status quo', naik sedikit seperti satu atau dua peratus tetapi ia melawan trend.
"Kami bimbang dulu dari Mei, Jun dan Julai menuju ke pilihanraya negeri, sokongan menurun kerana dimainkan faktor mata wang jatuh dan sebagainya namun sejak itu ia telah meningkat selepas beberapa siri dokumen dasar dan ia kekal begitu.
"Menuju ke depan melihat kesemua elemen itu, Kerajaan Perpaduan kukuh dan sokongan orang awam dan rating kelulusan sedang meningkat," katanya pada sidang media selepas merasmikan secara serentak Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Rafizi berpendapat bahawa kaji selidik Merdeka Center itu tidak bersandarkan dapatan yang penting terhadap rakyat mahupun kerajaan.
"Saya mempunyai banyak sebab untuk optimistik tentang kestabilan politik menuju ke depan kerana kami mempunyai kelebihan. Cabaran sekarang ialah menterjemahkan daripada angka (ekonomi) utama yang baik kerana angka ekonomi utama telah bertambah baik.
Pertumbuhan untuk kali pertama dalam empat, lima, enam tahun. Saya rasa kita telah melihat pertumbuhan suku ke suku yang belum pernah terjadi sebelum ini, inflasi telah menurun kepada terendah 1.8 peratus dan 2024 dijangka akan lebih baik kerana luaran ekonomi global yang lebih baik," katanya.
Rafizi turut berkata kaji selidik perlu dilihat secara siri masa dan untuk menilai suasana sebenar, sokongan rakyat terhadap Anwar perlu dibandingkan dengan pola sokongan rakyat terhadap beberapa bekas Perdana Menteri sebelum ini.
"Kita ada tiga Perdana Menteri selepas Datuk Seri Najib Tun Razak, kemudiannya Tun Dr Mahathir Mohamad, diikuti Tan Sri Muhyiddin (Yassin) dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Polanya sama iaitu polanya bermula dengan sokongan tinggi, kemudian secara mendadak, selepas enam bulan dan setahun ia (sokongan) menurun dan ini bukan perkara asing sebab itu laporan (kajian) itu perlu dibaca dan difahami dalam konteks yang betul...kerana apabila sesuatu kerajaan ambil alih maka bila ke arah pertengahan penggal, popularitinya mulai jatuh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2023

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli berucap merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. - Foto BERNAMA

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Rafizi tolak kajian Merdeka Center, sokongan terhadap Anwar meningkat
Sokongan serta penilaian rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat sejak September lepas hingga kini, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.