KUALA LUMPUR: Penat melayan ragam pihak pengurusan pasukan yang disifatkan masih di takuk lama punca jurulatih bola sepak berpengalaman Mohd Azraai Khor Abdullah mengambil keputusan untuk bersara daripada bidang kejurulatihan di peringkat domestik.
Mohd Azraai mendedahkan penamatan kontrak beliau selepas hanya kira-kira tiga bulan membimbing Negeri Sembilan pada musim 2018 merupakan kemuncak kepada keputusannya untuk bersara walaupun menerima pelbagai tawaran selepas itu.
Pengendali berusia 70 tahun itu berkata sehingga kini masih ada pasukan yang menagih khidmatnya namun beliau sudah bertekad untuk berehat.
"Saya penat dengan bola sepak Malaysia... selepas insiden dengan Negeri Sembilan, saya ambil keputusan sudah sampai masa saya bersara daripada bola sepak khususnya Liga Malaysia (Liga-M).
"Apa yang buat saya terkilan ialah melayan karenah pengurusan pasukan, bagi saya kebanyakan pasukan lebih kurang saja... tengoklah macam-macam insiden lagi-lagi di penghujung musim ini, bagi kontrak saat akhir, kontrak separuh jalan dan macam-macam lagi," katanya ketika dihubungi Bernama.
Ketika bersama Negeri Sembilan sebelum ini, kontrak Mohd Azraai ditamatkan serta-merta oleh Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) selepas pasukan itu hanya mencatat dua keputusan seri daripada lima perlawanan Liga Super di bawah kendaliannya.
Beliau yang mencipta kejayaan bersejarah 'double treble' bersama Kedah dengan memenangi Liga Super, Piala FA serta Piala Malaysia pada musim 2007 dan 2008 mengakui terkilan ditamatkan kontrak tanpa diberikan peluang melakukan rombakan pasukan dalam usaha memulihkan prestasi skuad Hobin Jang Hobin itu.
Mohd Azraai sebelum ini diaporkan antara jurulatih tempatan menghantar permohonan untuk menjadi pembantu Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon yang menyaksikan bekas pengendali Sarawak United, E. Elavarasan dilantik menjawat posisi itu.
Dalam pada itu, beliau berharap dimensi baharu bola sepak tanah air melalui proses penswastaan kelab dapat menyelesaikan segala masalah berkaitan ketidakcekapan pengurusan.
"Kalau tidak bola sepak kita tidak akan ke mana... kita tengok Arab Saudi dan Jepun sudah pun buktikan yang kita mesti profesional sepenuhnya dengan pasukan diuruskan oleh mereka yang profesional," katanya yang kini aktif sebagai pundit dan sering dipanggil berkongsi pengalaman dalam klinik bola sepak.
Mohd Azraai juga pernah menjadi ketua jurulatih skuad Harimau Muda A, Perak, T-Team, Kelantan dan Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2022
Ketika bersama Negeri Sembilan sebelum ini, kontrak Mohd Azraai ditamatkan serta-merta selepas pasukan itu hanya mencatat dua keputusan seri daripada lima perlawanan Liga Super di bawah kendaliannya. - Gambar fail/Sinar Harian
Terima kasih Manchester United - Marcus Rashford dipinjamkan ke Aston Villa
Dia diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain The Villain hari ini menerusi laman rasmi Aston Villa.
Mesir tegas Gaza dibina semula tanpa pengusiran rakyatnya
Mesir mendedahkan ia mempunyai visi untuk pembinaan semula Gaza tanpa memindahkan rakyat Palestin dari wilayah mereka.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [3 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi Bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
Mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-15 dibuka hari ini.
Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina kurangkan kemalangan di Kuala Lumpur.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang – Amirudin.
Mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-15 dibuka hari ini.
Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina kurangkan kemalangan di Kuala Lumpur.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang – Amirudin.
#AWANIRingkas 3 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 3 Februari 2025
1️⃣ Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 bermula
2️⃣ Pelaksanaan gaji minimum
3️⃣ Fasa kedua perjanjian gencatan senjata Hamas-Israel
#awaniringkas
1️⃣ Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 bermula
2️⃣ Pelaksanaan gaji minimum
3️⃣ Fasa kedua perjanjian gencatan senjata Hamas-Israel
#awaniringkas
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Perarakan pengebumian juga akan diadakan untuk Hashem Safieddine, seorang lagi pegawai kanan Hezbollah yang terbunuh.
Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Mesir sedia terima pesakit Palestin melalui Lintasan Rafah
Bermula Sabtu, Lintasan Rafah membenarkan rakyat Palestin keluar dari Gaza buat pertama kali dalam tempoh sembilan bulan.
Tarif AS: 'Jangan guna sekatan perdagangan untuk pecah belah dunia' - Scholz
Scholz akui bahawa kerjasama global telah memberi manfaat kepada semua pihak.
Mesir sedia terima pesakit Palestin melalui lintasan Rafah
Lintasan Rafah kembali beroperasi, membenarkan rakyat Palestin yang cedera atau sakit memasuki Mesir untuk rawatan. Hanya kes kritikal dibenarkan keluar dari Gaza buat masa ini.
Mesir tegas Gaza dibina semula tanpa pengusiran rakyatnya
Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty menegaskan Kaherah mempunyai visi jelas membina semula Gaza tanpa pengusiran rakyat Palestin, serta menawarkan persidangan untuk usaha tersebut.
Azraai Khor berdedikasi, utamakan kebajikan pemain - Mahdzir
Allahyarham Mohd Azraai Khor Abdullah yang membimbing pasukan bola sepak Kedah antara 2004 hingga 2009 disifatkan sebagai seorang yang berdedikasi.
Bekas jurulatih Kedah Azraai Khor meninggal dunia
Jurulatih legenda Kedah, Azraai Khor Abdullah, dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.
Ragam pengurusan punca Azraai Khor enggan kembali melatih
Katanya, sehingga kini masih ada pasukan yang menagih khidmatnya namun beliau sudah bertekad untuk berehat.
Piala FA: Kami wakili Malaysia lawan LionsXII - Azraai
"Saya harap semua penyokong bola sepak tempatan memberi sokongan mereka kepada Kelantan malam esok,"kata pengendali Kelantan Azraai Khor.