KUALA LUMPUR: Skuad ragbi tujuh sebelah negara diundi bersama Korea Selatan, Hong Kong dan Filipina dalam Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia Ragbi Tujuh Sebelah 2022 yang dijadualkan berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan depan.
Acara undian yang berlangsung di Majlis Sukan Dubai semalam juga menyaksikan tuan rumah diundi dalam Kumpulan B bersama kuasa ragbi Asia seperti Jepun, Sri Lanka dan China menurut laman sesawang:
Bagi kelayakan wanita dalam kejohanan sama yang juga dikenali sebagai Siri Tujuh Sebelah Ragbi Asia, Jepun, Kazakhstan, Thailand dan Filipina diundi dalam Kumpulan A sementara China, Hong Kong, Sri Lanka dan Malaysia diundi dalam Kumpulan B.
Kedua-dua kelayakan lelaki dan wanita ditetapkan dari 19 hingga 20 Nov dengan perlawanan kumpulan berlangsung pada hari pertama dan separuh akhir serta final pada hari kedua.
Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan beraksi di separuh akhir serta pasukan lelaki dan wanita melangkah ke final akan layak bertanding di Piala Dunia Ragbi Tujuh Sebelah yang akan berlangsung di Cape Town, Afrika Selatan September tahun depan.
Lapan pasukan teratas lelaki iaitu New Zealand, England, Afrika Selatan, Fiji, Argentina, Amerika Syarikat, Perancis, Scotland bersama lima pasukan wanita -- New Zealand, Perancis, Australia dan Amerika Syarikat dan Afrika Selatan sudah mendapat kelayakan automatik untuk kejohanan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 27 2021
![Ragbi Kelayakan Piala Dunia: Skuad 7 sebelah negara bertemu Korea Selatan, Hong Kong Ragbi Kelayakan Piala Dunia: Skuad 7 sebelah negara bertemu Korea Selatan, Hong Kong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61635377926_genericragbi.jpg)
Skuad ragbi tujuh sebelah negara diundi bersama Korea Selatan, Hong Kong dan Filipina dalam Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia Ragbi Tujuh Sebelah 2022. -Gambar hiasan/Bernama
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.
![Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734154906_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.
![Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739955456_Bekaspengurusjuala.jpg)
Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
![Ragbi Kelayakan Piala Dunia: Skuad 7 sebelah negara bertemu Korea Selatan, Hong Kong Ragbi Kelayakan Piala Dunia: Skuad 7 sebelah negara bertemu Korea Selatan, Hong Kong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61635377926_genericragbi.jpg)
Ragbi Kelayakan Piala Dunia: Skuad 7 sebelah negara bertemu Korea Selatan, Hong Kong
Skuad ragbi 7 sebelah negara diundi bersama Korea Selatan, Hong Kong dan Filipina dalam Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia Ragbi Tujuh Sebelah 2022.