Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) tidak akan terbuai-buai dengan pujian sebaliknya akan melipatgandakan usaha untuk merapatkan jurang dengan tiga pasukan - Jepun, Hong Kong dan Korea Selatan - agar menjadi antara pasukan terbaik di Asia pada masa akan datang.
Presidennya, Datuk Shahrul Zaman Yahya mengakui bahawa banyak yang perlu dilakukan oleh badan induk itu untuk memastikan pembangunan ragbi Malaysia menjadi setaraf dengan negara-negara berkenaan.
KRM pada Isnin, menerima pujian daripada Presiden Ragbi Asia, Qais Abdulla Al Dhalai, yang menyatakan Malaysia berada di landasan yang betul untuk menjadi kuasa besar ragbi Asia.
"Selepas krisis COVID-19 ini berakhir, kita perlu meneruskan perancangan untuk pembangunan pasukan berprestasi tinggi, kejohanan tempatan dan program pembangunan akar umbi. Kita bakal hadapi cabaran besar selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.
"Kita terpaksa mengejar kembali masa yang hilang kerana pandemik ini, kerana kita menyasarkan untuk layak ke Piala Dunia Ragbi pada tahun 2031. Tetapi sebelum itu, kita mahu melihat pasukan tujuh-sebelah kita layak beraksi di Sukan Olimpik.
"Bagaimanapun, kita perlu melihat juga kepada perancangan World Rugby dan Asia Rugby sebelum membuat keputusan kerana hampir seluruh dunia terjejas dengan wabak ini," kata Shahrul Zaman kepada Bernama pada Rabu.
Beliau berkata KRM juga akan meneruskan semua perancangan dan aktiviti ragbi termasuk Program Pembangunan Ragbi (NRDP) selepas mendapat 'lampu hijau' daripada Kementerian Belia dan Sukan.
Qais Abdulla dalam episod sulung program bual bicara interaktif bertajuk 'Asia Rugby Live: Real Talk Real Rugby' yang disiarkan secara langsung di Facebook dan YouTube Ragbi Asia pada Isnin lepas, memuji usaha yang dibuat oleh KRM.
"Kesatuan Ragbi Malaysia di bawah pimpinan Shahrul Zaman, naib presiden Velayuthan Tan dan setiausaha agung, Amrul Hazarin Hamidon, melakukan usaha yang hebat. Mereka mempunyai skuad lelaki dan wanita yang bagus, bertanding pada Divisyen Premier Kejohanan Asia (ARC), Sukan Asia dan SukanSEA.
"Sudah tentu setiap persatuan mempunyai kekangan masing-masing tetapi pada pandangan saya, ketiga-ketiga pegawai berkenaan melaksanakan tanggungjawab dengan baik sekali dan Malaysia berada di landasan yang betul. Apa yang anda harapkan daripada bersaing dalam tiga pasukan utama Divisyen Premier ARC," katanya ketika menjawab soalan seorang peminat dari Malaysia ketika sesi itu.
Pasukan lelaki negara berada di ranking ke-49 dunia. Jepun muncul pasukan terbaik Asia apabila berada di kedudukan kesembilan dunia, diikuti Hong Kong (22), Korea Selatan (31), Filipina (41) dan Sri Lanka (47).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 29 2020

Banyak perlu dilakukan untuk memastikan pembangunan ragbi Malaysia menjadi setaraf dengan Jepun, Hong Kong dan Korea Selatan. - Gambar fail

Ramadan di Gaza suram, dibelenggu duka kehilangan insan tersayang
Ketika umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keriangan, suasana suram dan pilu menghimpit penduduk Gaza yang terus diselubungi perasaan kehilangan insan tersayang.
KWSP: Dividen lebih tinggi, 6.3% bagi simpanan Konvensional dan Shariah
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2024, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion, meningkat 11 peratus berbanding RM66.99 bilion yang direkodkan pada 2023.
KWSP: Lebih 400,000 ahli baharu, jumlah ahli cecah 16.22 juta
Daripada jumlah itu, 8.78 juta adalah ahli aktif, mewakili 51% daripada 17.32 juta tenaga buruh Malaysia.
Tubuh jawatankuasa, kemudian bincang peruntukan - TPM
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Aset pelaburan KWSP cecah RM1.25 trilion, 63 peratus dilaburkan dalam pasaran domestik
Aset pelaburan KWSP mencapai RM1.25 trilion setakat 31 Dis, 2024, dengan 63 peratus daripadanya dilaburkan dalam pasaran domestik.
AWANI Ringkas: Jumlah dividen KWSP lebih tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dividen yang kukuh bukti daya tahan KWSP - Amir Hamzah
Pencapaian dividen yang kukuh dan berdaya saing oleh KWSP pada 2024 membuktikan daya tahan serta komitmennya dalam memastikan masa depan persaraan ahli terjamin.

Murid cedera dilanggar SUV ketika melintas jalan
Seorang murid cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika sedang melintas berhampiran kawasan sekolah di Subang Bestari.

Ahmad Khairuddin dilantik Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Industri Khas) LHDN
Ahmad Khairuddin Abdullah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Industri Khas) LHDN yang baharu.

Mawar merah 'terakhir' buat Akiko Okimura
Jenazah isteri usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura iaitu Allahyarham Akiko Okimura selamat dikebumikan kira-kira jam 9 pagi Sabtu.

Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.

'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas
Polis membongkar makmal pemprosesan dadah jenis kokain bernilai RM8 juta di Jalan Klang Lama dan Segambut susulan penahanan seorang lelaki warga Hong Kong.

Skuad boling lelaki negara muncul juara Piala Dunia di Hong Kong
Skuad boling lelaki negara muncul juara dalam acara berpasukan Piala Dunia Boling Tenpin selepas menewaskan Puerto Rico 3-2.

Tiga pemain boling elit wanita negara mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia
Mereka adalah Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Natasha Roslan dan Sin Li Jane, yang akan disertai seorang lagi wakil negara Gillian Lim.

Hanya 60 peratus hasrat tercapai setakat ini - Bin Shen
Katanya, 40 peratus lagi hasratnya belum tercapai, termasuk untuk mengemudi Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih emas di Sukan Olimpik Paris 2024.

Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.

Loke cadang hab kargo udara dua hala Malaysia-Hong Kong kukuh dagangan global
Anthony Loke berkongsi visinya untuk menjalin kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Hong Kong bagi mewujudkan hab kargo udara dua hala.

APEC 2024: Anwar bertemu pemimpin global di luar mesyuarat rasmi
Antaranya mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya dari Jepun, Shigeru Ishiba yang baru dilantik ke jawatan itu pada 1 Oktober lalu.

Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Greater Bay Area laluan strategik yang berpotensi besar untuk syarikat Malaysia yang ingin mengembangkan sayap mereka di pasaran antarabangsa.

Hong Kong siasat kematian sembilan monyet di zoo
Kematian sembilan ekor monyet dalam beberapa hari di sebuah zoo di Hong Kong, mendorong siasatan dijalankan untuk mengetahui puncanya, lapor United Press International (UPI).