KUALA LUMPUR: Pasukan ragbi lelaki tujuh sebelah (7s) negara mencipta sejarah muncul juara Kejohanan Tujuh Sebelah Asia Tenggara (SEA 7s) 2024 selepas menewaskan Singapura A 14-10 pada final yang berlangsung di Stadium Nasional Singapura, hari ini.
Kejayaan itu menyaksikan skuad Bunga Raya 7s bimbingan Nik Safuan Ismade Nik Man meraih kejuaraan itu buat julung kalinya, sekali gus mengubati kekecewaan tahun lepas apabila meraih gelaran naib juara selepas tewas di tangan Taiwan.
Malaysia dan Singapura A turun pada aksi final berbekalkan motivasi tinggi dan rekod tanpa kalah selepas masing-masing merakam tiga kemenangan dalam aksi kumpulan, semalam.
Malaysia bermula baik apabila mendahului 7-5 di separuh masa pertama selepas Muhammad Harith Iqbal Muhammad Anhar melakukan try diikuti conversion Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi namun tuan rumah merapatkan kedudukan hasil try Miguel William.
Anak buah Nik Safuan berjaya meraih try kedua oleh Ahmad Zulhilmi Azizad diikuti conversion yang disempurnakan Muhammad Azwan sebelum Singapura A berjaya mencuri mata di hujung permainan menerusi try Tene Chong.
"Faktor kemenangan hari ini ialah daripada usaha para pemain yang ditunjukkan amat memberangsangkan dan amat mengejutkan saya. Walaupun dalam keadaan persediaan agak singkat mereka mampu menunjukkan prestasi luar biasa.
"Fokus selepas ini adalah persediaan menghadapi Kejohanan Siri Asia 7s pada September dan November akan datang dan menantikan status penganjuran acara ragbi 7s di Sukan SEA 2025 untuk membuat perancangan seterusnya," kata Nik Safuan kepada Bernama.
Pada pada itu, kategori wanita pula menyaksikan pasukan ragbi wanita 7s negara menamatkan kempen kejohanan dengan membawa pulang pingat gangsa selepas menumpaskan Indonesia 38-5 pada perlawanan tempat ketiga dan keempat.
Juara menjadi milik Thailand yang berjaya mempertahankan gelarannya selepas menjinakkan pasukan tuan rumah 42-0.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024

Kejayaan itu menyaksikan skuad Bunga Raya 7s bimbingan Nik Safuan Ismade Nik Man meraih kejuaraan itu buat julung kalinya. - Gambar Bernama/Malaysia Rugby Union
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ragbi: Malaysia muncul juara Kejohanan SEA 7s 2024
Pasukan ragbi lelaki tujuh sebelah (7s) negara mencipta sejarah muncul juara Kejohanan Tujuh Sebelah Asia Tenggara (SEA 7s) 2024.

Misi serampang dua mata skuad ragbi 7S di Singapura
Skuad ragbi tujuh sebelah (7s) negara memasang impian besar untuk 'menggempur' dua misi penting pada Kejohanan Tujuh Sebelah Asia Tenggara.