KUALA LUMPUR: Isteri Tun Abdul Taib Mahmud, Toh Puan Raghad Kurdi Taib membuat laporan polis menyangkal dakwaan bekas Yang di-Pertua Sarawak itu, dilarikan dari sebuah pusat perubatan di Kuching, sebelum ini.
Raghad yang menyifatkan dakwaan itu tidak berasas, berkata laporan polis itu juga adalah bagi melindungi privasi dan hak Abdul Taib untuk memilih rawatan perubatan.
"Kami bersedia sepenuhnya untuk bekerjasama dengan polis dalam sebarang siasatan dan akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap hospital itu jika perlu
"Saya memohon orang ramai untuk tidak mengendahkan laporan yang mengelirukan dan menghormati hak Tun Abdul Taib untuk privasi dan keputusan perubatan sewajarnya. Keluarga saya akan tetap teguh dan bersatu dalam masa yang sukar ini.
"Kami memohon doa orang ramai untuk suami saya, Tun Abdul Taib beroleh kesihatan dan kesejahteraan," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Menjelaskan kemelut yang berlaku, Raghad menafikan bahawa Abdul Taib dilarikan daripada pusat perubatan terbabit.
"Doktor yang bertanggungjawab, Dr Tan Sian Kong memberi kebenaran untuk keluar pada 3 Februari 2024. Saya memaklumkan kepadanya jadual Tun Taib dengan Dr Rosli di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL).
"Dr Sian Kong meluluskan kebenaran keluar melihat (berdasarkan keadaan) beliau (Tun Abdul Taib) boleh melakukan perjalanan. Surat rujukan Dr Sian Kong kepada CVS Kuala Lumpur membuktikan lagi kesahihan pelepasan dan kemasukan yang dirancang," katanya.
Raghad menambah, keputusan untuk membawa pulang Abdul Taib adalah berdasarkan persetujuan dan haknya untuk memilih penjagaan terbaiknya.
Menurut beliau, kesemua dokumen pelepasan yang diperlukan mengikut prosedur hospital telah ditandatangani dan semua kakitangan hospital yang berkaitan menyedari kebenaran keluar itu.
"Dalam keselesaan rumahnya sendiri, beliau mempunyai sokongan perubatan 24 jam (termasuk jururawat kakitangan dan lawatan doktor berjadual).
"Ini termasuk peralatan yang diperlukan dan ubat untuk penjagaan dan pemulihan sementara menunggu kemasukan ke CVS Kuala Lumpur di bawah jagaan Dr Rosli," jelasnya.
Raghad dalam pada itu mendakwa, rawatan yang tidak bersesuaian dan nasihat perubatan yang tidak konsisten adalah isu yang serius dan perlu diteliti serta disiasat oleh pihak pusat perubatan yang terbabit.
"Dakwaan penyingkiran rawatan yang dibuat oleh saya tanpa memberi amaran kepada kakitangan yang bertugas adalah tidak benar sama sekali.
"Permintaan untuk bantuan dalam mengeluarkan peranti perubatan adalah diabaikan oleh kakitangan hospital walaupun berulang kali meminta bantuan.
"Tuduhan palsu telah menyebabkan tekanan yang tidak perlu dan kekeliruan," katanya.
Raghad juga menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai niat lain selain memberikan penjagaan dan perlindungan terbaik untuk suaminya itu.
Mengulas lanjut, Raghad berkata, selaku isteri dan penjaga kepada Abdul Taib, beliau meletakkan kesihatan dan kesejahteraan suaminya itu sebagai keutamaan tertinggi.
"Saya tidak akan pernah melakukan tindakan yang tidak dimaklumkan atau membahayakan pemulihannya (Abdul Taib)," jelasnya.
Pada 7 Februari lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menyifatkan dakwaan bahawa bekas Yang di-Pertua Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, diculik dari sebuah hospital swasta di Kuching, sebagai 'mengarut dan tidak masuk akal.'
Sebaliknya, Razarudin berkata, Abdul Taib, 87, telah dibawa pulang dari hospital itu ke kediaman beliau di Demak Jaya dan boleh dilawati oleh anak serta saudara-mara.
Afiezy Azaman
Sun Feb 18 2024

Raghad yang menyifatkan dakwaan itu tidak berasas, berkata laporan polis itu juga adalah bagi melindungi privasi dan hak Abdul Taib untuk memilih rawatan perubatan. - Gambar fail

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Dihalang masuk rumah, isteri bekas TYT Sarawak buat laporan polis
Toh Puan Raghad Kurdi Taib membuat laporan polis selepas mendakwa dihalang memasuki kediamannya di Kuching, Sarawak, minggu lalu.

Dana rizab Sarawak RM31 bilion semasa kepimpinan Abdul Taib - Nancy Shukri
Dengan rizab sebanyak itu, Sarawak tidak risau apabila tiba-tiba menjadi pembangkang sewaktu PH ambil alih tampuk kepimpinan pada 2018.

Jenazah Tun Taib Mahmud selamat disemadi
Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud, selamat dikebumikan di perkuburan keluarganya di Demak Jaya, di Kuching pada 2.20 petang Khamis.

Sultan Brunei berkenan sertai solat jenazah Taib Mahmud
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyertai solat jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Masjid Demak hari ini.

Hujan tidak halang ribuan rakyat beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib
Cuaca hujan tidak menghalang ribuan rakyat membanjiri Atrium DUN Sarawak bagi menghadiri Istiadat Penghormatan Negeri buat Tun Abdul Taib Mahmud.

Pemergian Tun Abdul Taib: Saya kehilangan kawan baik - Alfred Jabu
Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang hari ini menzahirkan ucapan takziahnya atas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Suasana pilu selubungi Istiadat Penghormatan Negeri Abdul Taib di DUN Sarawak
Suasana pilu menyelubungi DUN Sarawak hari ini sebaik jenazah Abdul Taib Mahmud tiba bagi Istiadat Penghormatan Negeri.

Istiadat penghormatan negeri, pengebumian Abdul Taib Mahmud hari ini
Istiadat penghormatan negeri dan pengebumian bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud akan berlangsung hari ini.

Allahyarham Abdul Taib ibarat tokoh tidak berhenti tabur bakti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata jasa dan pengorbanan Allahyarham Abdul Taib untuk negara khususnya Sarawak amat besar.

Raja-raja Melayu zahir ucapan takziah pemergian Taib Mahmud
Raja-raja Melayu menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia.