Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mengaku tidak bersalah hari ini atas tuduhan menerbitkan penerbitan menghasut yang mendakwa Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah sebagai murtad di akaun Facebook milik beliau.
Abdul Rahim, 65, yang hadir berseorangan di Mahkamah Sesyen di sini, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Slamat Yahya.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu melalui akaun Facebooknya Rahim Tamby Chik di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada kira-kira 8 pagi, 25 Sept lepas.
Abdul Rahim didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Beliau turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan menggunakan akaun Facebook miliknya untuk membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya berhubung dakwaan sama dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di tempat, masa dan tarikh sama.
Bagi tuduhan itu, Abdul Rahim didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan supaya Abdul Rahim dibebaskan dengan jaminan RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan.
Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Abdul Rahim bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kepada RM2,000.
Hakim Slamat membenarkan jaminan sebanyak RM7,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 5 Nov ini untuk sebutan semula kes.
Selain Mohd Dusuki, pendakwaan turut diwakili Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz manakala pembelaan turut dibarisi peguam Wan Azmir Wan Majid serta Ahmad Al-Hady Abdul Razak.
Media sebelum ini melaporkan Abdul Rahim memuat naik status di laman sosial miliknya mendakwa Tengku Amir Shah telah murtad.
Pada 30 Sept lalu, Dewan Diraja Selangor mengeluarkan kenyataan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya Tengku Amir Shah telah menukar agama.
Namun, sehari sebelum itu, (29 Sept) Abdul Rahim dilaporkan mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kepada Tengku Amir Shah menerusi laman Facebook dan Twitter miliknya.
Bernama
Mon Oct 05 2015

Rahim (gambar) didakwa melakukan kesalahan itu melalui akaun Facebooknya Rahim Tamby Chik di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada kira-kira 8 pagi, 25 Sept lepas.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

K9 tidak dapat petunjuk kehilangan Zayn Rayyan sebelum jasad ditemukan
K9 dikatakan tidak mendapat sebarang petunjuk ekoran kawasan itu telah tercemar dengan kesan penduduk meredah kawasan berkenaan.

Anak-anak jerit 'papa.. mama..' lihat Eda Ezrin, suami tiba di mahkamah
Walaupun hanya mampu melambai dari balik jaringan trak, kanak-kanak terbabit kelihatan ceria dapat melihat dari dekat ibu bapa mereka.

Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan memperdagang dan memiliki senjata api secara haram, termasuk 14 pistol dan satu sub machine gun di Desa ParkCity.

Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac
Siasatan awal mendapati bas persiaran terlanggar tayar lori yang tercabut yang menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas.

Bunuh pelajar: Keputusan 13 remaja bebas atau perlu bela diri 28 Februari
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Duncan Sikodol selepas prosiding semakan status hujahan semua pihak diadakan pada Isnin.

Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman
Hannah Yeoh memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah UUM, Kamarul Zaman Yusoff, dalam kes saman fitnah yang difailkannya.

Syarikat pelancongan keluarkan cek lebih RM600,000 atas nama Azlan Man - Saksi
Tiga cek tersebut merupakan bayaran balik bagi perjalanan Azlan dan keluarganya ke London pada 2013, 2014 dan 2015 yang dibatalkan.

Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa di mahkamah esok
Seorang lelaki yang disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya baru-baru ini akan didakwa di mahkamah, esok.

Along Cham sujud syukur lepas tanpa bebas satu kes dadah
Bagaimanapun, Along Cham dituduh semula di Mahkamah Majistret di Sepang atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah.

Mahkamah Korea Selatan sekali lagi tolak permohonan lanjutkan tahanan Yoon
Mahkamah Daerah Pusat Seoul kekalkan keputusannya sebelum ini untuk menolak permintaan itu, memetik "alasan yang sama".