PUTRAJAYA: Atlet wushu Tammy Tan Hui Ling hari ini menerima insentif tertinggi daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berjumlah RM15,000 selepas menamatkan penantian 38 tahun negara untuk meraih pingat emas pertama Malaysia pada temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Chengdu, China, Julai lepas.
Timbalan menteri berkenaan Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata pencapaian itu membuktikan segala perancangan dan pembangunan sukan di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) menunjukkan impak yang berkesan.
Beliau berkata Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (DPSIPT) yang seiring dengan Dasar Sukan Negara (DSN) untuk menjadikan IPT sebagai pemangkin kecemerlangan sukan serta mewujudkan budaya bersukan di IPT berjaya mencapai objektif menerusi pencapaian atlet universiti di peringkat antarabangsa.
"Universiade kali ini menjadi sejarah baharu kepada penanda aras prestasi atlet IPT di pentas tertinggi dunia apabila kontinjen negara memenangi pingat emas pertama di temasya ini setelah menanti selama 38 tahun sejak temasya pertama di Kobe, Jepun pada 1985.
Saya amat berbangga kerana kejayaan pingat emas pertama ini seumpama kita telah berjaya memenangi pingat emas pertama di Olimpik kerana Universiade merupakan sukan Olimpik kepada atlet yang berada di IPT," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian insentif sukan IPT di sini hari ini.
KPT memperuntukkan insentif RM35,500 kepada atlet IPT yang berjaya membutirkan pingat pada temasya Universiade di China yang menyaksikan Malaysia membawa pulang satu pingat emas, satu perak (sukan terjun) dan lima gangsa (tiga dari sukan wushu dan dua daripada badminton).
Atlet IPT yang meraih pingat emas menerima insentif RM15,000, pingat perak RM5,000 dan gangsa RM1,500 (kecuali berpasukan badminton campuran menerima RM5,000).
Manakala, atlet 400 meter (m) lelaki negara Umar Osman menerima RM3,000 setelah memecahkan rekod kebangsaan miliknya sebanyak dua kali dalam tempoh 24 jam di China dan perenang negara, Bryan Leong pula menerima RM1,500 selepas memecahkan rekod kebangsaan berusia 14 tahun dalam acara 50m kuak kupu-kupu.
Dalam pada itu, Mohammad Yusof memaklumkan atlet IPT negara akan berhadapan dengan satu lagi misi besar tahun depan apabila dijadualkan bersaing di Sukan Universiti Asean (AUG) 2024 pada 25 Jun hingga 6 Julai di Surabaya dan Malang, Indonesia.
Beliau berkata kejayaan atlet IPT negara yang muncul sebagai naib juara keseluruhan pada edisi lalu di Ubon Ratchathani, Thailand dengan meraih 49 pingat emas, 83 perak dan 50 gangsa mampu diteruskan pada tahun depan.
Mohammad Yusof turut melancarkan program "Road To Surabaya" untuk kejayaan cemerlang di temasya tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023

Atlet wushu Tammy Tan Hui Ling hari ini menerima insentif tertinggi daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berjumlah RM15,000. - Bernama
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.
70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan – PM
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
PM seru sektor swasta ambil sekolah angkat
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan, terutamanya sekolah yang mempunyai fasiliti daif seperti tandas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Tengku Zafrul masih kekal ahli UMNO- Zahid Hamidi
Menurut Ahmad Zahid, beliau juga menasihati Tengku Zafrul agar tidak terburu-buru membuat sebarang keputusan dalam satu pertemuan empat mata minggu lalu.

Ibu minat filem kung fu dorong Muhammad Danish ceburi wushu
Pemenang pingat emas Kejohanan Remaja Dunia 2018 dalam acara gunshu itu berkata perjalanannya dalam dunia wushu bermula seawal usia 6 tahun.

Raih emas pertama Malaysia di Universiade, Tammy terima insentif KPT
Atlet wushu Tammy Tan Hui Ling hari ini menerima insentif tertinggi daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berjumlah RM15,000.

Sukan Asia Hangzhou: Tan Cheong Min tamat penantian 13 tahun Malaysia raih pingat wushu
Atlet wushu negara, Tan Cheong Min, menamatkan penantian 13 tahun Malaysia untuk meraih pingat sukan itu dalam Sukan Asia apabila meraih perak acara Nanguan-Nandao.

Skuad wushu berguru di China, cari strategi raih pingat Sukan Asia
Ia bagi memastikan atlet negara 100 peratus bersedia untuk temasya yang akan berlangsung dari 23 Sept hingga 8 Okt ini.