Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan tiga notis kesalahan terhadap restoran makanan daun pisang, Raj's Banana Leaf di sini, selepas tersebar satu video pekerjanya mencuci pinggan dengan menggunakan air lopak di tepi jalan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan siasatan ke atas restoran tersebut.
"Kementerian sangat memandang serius perkara ini dan mengeluarkan tiga notis di bawah 32B Akta Makanan 1983 di atas kesalahan pengendali makanan yang tidak mempunyai suntikan pelalian anti tifoid dan tidak menghadiri latihan pengendali makanan, restoran yang tidak berdaftar dengan KKM dan kegagalan premis makanan bebas daripada makhluk perosak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, KKM sentiasa menjalankan pemeriksaan premis makanan secara rutin.
BACA: Restoran Raj's Banana Leaf Bangsar diarah tutup - DBKL
BACA: Restoran Raj's Banana Leaf tampil mohon maaf
"Dari 2016 hingga kini, 289,919 pemeriksaan premis makanan di seluruh negara dijalankan di mana 5,587 atau 2 peratus premis makanan tidak bersih termasuk restoran dan kedai makan ditutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.
"Selain itu, sebanyak 40,288 kompaun dikeluarkan kepada pemilik premis makanan yang tidak mematuhi peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009," katanya.
Dr Noor Hisham berkata, KKM sentiasa memantau dan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menjalankan pemeriksaan premis makanan bagi memastikan kebersihan dan keselamatan makanan terjamin.
"Kementerian sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna serta menasihatkan orang ramai supaya tidak mengunjungi premis makanan yang tidak bersih," katanya.
Susulan itu, katanya, sekiranya pengguna mempunyai kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan yang terdekat atau hubungi KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di www.facebook.com/bkkmhq.
Terdahulu, DBKL mengambil tindakan apabila premis Raj’s Banana Leaf diarah tutup serta-merta di bawah UUK 28(1) Undang-Undang Kecil Perlesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 berkuat kuasa hari ini.
Semalam, tular di media sosial dan WhatsApp memaparkan pekerja didakwa daripada restoran makanan daun pisang itu mencuci pinggan menggunakan air lopak di tepi jalan.
Sinar Harian
Wed May 30 2018

Terdahulu, DBKL mengambil tindakan apabila premis Rajs Banana Leaf diarah tutup serta-merta. - Foto Sinar Harian

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Chong Wei letak jawatan sebelum kes di Raj's Banana Leaf
Datuk Lee Chong Wei tidak lagi menjadi salah seorang daripada tiga pengarah syarikat yang memiliki Rajs Banana Leaf di Bangsar yang diarah tutup selepas tersebar video viral berkaitan kebersihan.

Raj's Banana Leaf tak hanya cuci guna air lopak, tapi...
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan tiga notis kesalahan terhadap restoran makanan daun pisang, Raj's Banana Leaf di sini.