RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dalam perutusan tahniah atas pelantikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu Malaysia turut menzahirkan agar rakyat Malaysia terus maju jaya serta makmur.
Raja Salman yang juga Penjaga Dua Masjid Suci menzahirkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada Anwar yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 dalam satu majlis yang diadakan di Istana Negara pada Khamis.
"Selaku Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman menzahirkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya doa kepada Perdana Menteri Malaysia dan juga kemajuan serta kemakmuran bagi rakyat Malaysia," lapor Agensi Berita Arab Saudi.
Sementara itu, Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman dalam perutusan tahniah kepada Anwar turut mengucapkan selamat maju jaya dan kesejahteraan rakyat Malaysia di bawah kepimpinan perdana menteri yang baharu. - BERNAMA
Bernama
Fri Nov 25 2022

Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dalam perutusan tahniah atas pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu Malaysia turut menzahirkan agar rakyat Malaysia terus maju jaya serta makmur. - Gambat Astro AWANI/ SHAHIR OMAR

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.

PM Anwar terima kunjungan delegasi pimpinan Muhammadiyah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi pimpinan Muhammadiyah, sebuah pertubuhan Islam dari Indonesia yang diketuai Ketua Umumnya Prof Dr Haedar Nashir.

Presiden FAM jumpa PM Anwar, kongsi agenda terkini bola sepak negara
Mohd Joehari menekankan hasrat memperkasakan pembangunan peringkat remaja dan akar umbi kepada Perdana Menteri.

PM Anwar beri sumbangan kepada nelayan di Kampung Cherating Baru
Sumbangan termasuk wang tunai dan kerja-kerja baik pulih rumah Mustafa yang uzur akan segera dilaksanakan.

Dividen KWSP: Cerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI - PM Anwar
Pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

PM Anwar laksana program Ihya' Ramadan, santuni penjawat awam, rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaksanakan Program Ihya' Ramadan di pelbagai kementerian sepanjang bulan Ramadan ini.

Pejabat PM adakan taklimat harian, salur maklumat sahih kepada rakyat
Taklimat ini akan disiarkan menerusi Facebook Anwar Ibrahim dan PMO Malaysia pada jam 11 pagi dan 5 petang setiap hari.

Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan Kuala Lumpur - Anwar
Anwar menyembah maklum kepada Sultan Selangor bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda Warisan Kesultanan Melayu yang agung.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Anwar hargai dukungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak layan cubaan rosak kerukunan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

PM Anwar beri bantuan kepada 166 penerima di DUN Beserah, Semambu
Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi.