PHNOM PENH: Raja Kemboja, Norodom Sihamoni pada Isnin melantik Hun Manet sebagai perdana menteri negara itu yang baharu selepas penyandang, Samdech Techo Hun Sen mengumumkan beliau meletak jawatan.
Raja menandatangani dekri diraja untuk melantik Hun Manet, 45, sebagai PM baharu untuk kerajaan selama lima tahun berikutan permintaan daripada Hun Sen.
"Perdana Menteri Kerajaan Kemboja yang dilantik mempunyai tugas untuk mempersiapkan anggota Kabinet dalam rangka meminta pengesahan daripada Dewan Negara," kata Sihamoni dalam dekri diraja.
"Dekri diraja berkuat kuasa dari tarikh ia ditandatangani."
Hun Manet, bersama anggota Kabinet baharunya, perlu memenangi undi percaya di Dewan Negara yang dijadualkan pada 22 Ogos untuk secara rasmi menjadi PM baharu dan beliau dijangka mengangkat sumpah pada hari yang sama.
Pelantikan itu dibuat selepas Parti Rakyat Kemboja (CPP) pimpinan Hun Sen mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya umum 23 Julai, memperoleh 120 daripada 125 kerusi di Dewan Negara.
Hun Manet ketika ini merupakan ahli Jawatankuasa Tetap CPP dan Timbalan Ketua Komander Angkatan Tentera Diraja Kemboja.
Hun Sen mengumumkan pada 26 Julai bahawa beliau akan berundur sebagai PM selepas memegang jawatan itu selama lebih 38 tahun, menyerahkan tugas pemerintahan kepada anak sulungnya, Hun Manet.
Namun, pemimpin berusia 71 tahun itu berkata, beliau mengekalkan jawatannya sebagai Presiden CPP dan akan mengambil jawatan Presiden Senat dalam pilihan raya Senat pada 25 Februari tahun depan. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2023

Raja Kemboja, Norodom Sihamoni pada Isnin melantik Hun Manet (gambar) sebagai Perdana Menteri negara itu. - Gambar REUTERS

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perdana Menteri Kemboja tiba untuk lawatan rasmi sehari di Malaysia
Pesawat khas yang membawa Hun Manet dan delegasinya mendarat pada 9.30 pagi ini di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

Raja Kemboja lantik anak Hun Sen sebagai PM baharu
Raja Kemboja lantik Hun Manet sebagai Perdana Menteri selepas penyandang, Samdech Techo Hun Sen mengumumkan peletakan jawatan.

PM Kemboja positif COVID-19 selepas anjur Sidang Kemuncak ASEAN
Pemimpin Kemboja telah diuji positif pada malam Isnin dan ujian itu telah disahkan oleh pasukan perubatan Indonesia.

PM Kemboja arah banteras semua jenis perjudian haram
Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen mengarahkan pihak berkuasa bertindak lebih tegas bagi membanteras semua jenis perjudian haram, termasuk loteri, sabung ayam dan poker.

Pilihan raya umum Kemboja dijadual berlangsung 23 Julai 2023
Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen pada Rabu menandatangani keputusan menetapkan 23 Julai 2023 sebagai tarikh pilihan raya umum ketujuh.

Myanmar isytihar gencatan senjata
Jeneral Min Aung Hlaing, pengerusi Majlis Pentadbiran Negara (SAC) Myanmar yang memerintah, mengisytiharkan gencatan senjata.