KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, rakyat negeri itu secara tidak langsung adalah 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-2025 dan perlu memainkan peranan masing-masing.
"Berilah layanan yang beradab, sopan santun, berbudi bahasa dan mesra serta sentiasa menjaga imej dan persepsi baik para pelancong terhadap kita," titah baginda semasa merasmikan Majlis Pelancaran Perdana Tahun Melawat Perlis 2024-2025 - Perlis Damai dan Menawan di Dewan 2020, di sini, malam tadi.
Turut berkenan berangkat ke majlis itu Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Hadir sama Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
Tuanku Syed Faizuddin juga bertitah, pengunjung boleh meluangkan masa dengan meneroka keindahan dan keistimewaan Perlis selain menikmati makanan unik serta melawat tempat yang menarik dengan kos berpatutan.
"Keunikan bentuk muka bumi, landskap yang menarik, tarikan alam semula jadi dan sempadan yang memisahkan Malaysia-Thailand merupakan antara faktor tarikan utama negeri ini.
"Jadikanlah kenangan dan sematkan sebagai memori yang indah apabila anda berkunjung ke negeri Perlis. Berbelanjalah dengan membeli produk-produk keluaran tempatan. Dengan erti kata lain 'Perut Kenyang, Fikiran Tenang, Poket Tak Terkoyak," titah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, usaha dan promosi di Thailand terutama di wilayah selatan perlu dilipatgandakan dengan tujuan menarik lebih ramai rakyat negara jiran itu untuk memeriahkan lagi kempen Tahun Melawat Perlis.
"Sedikit nasihat beta kepada semua, jadikan pengalaman kempen Tahun Melawat Perlis 2003-2005 yang lepas sebagai panduan dan titik tolak bagi mencapai kejayaan lebih baik bagi Tahun Melawat Perlis pada kali ini," titah baginda.
Baginda juga bertitah, pemain industri termasuk pengusaha rumah inap, pelancongan, pemilik restoran serta pengendali pengangkutan awam perlu menambah baik prasarana masing-masing dengan mengutamakan kebersihan, mengukuhkan tahap keselamatan dan menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan.
"Juga yang paling mustahak ialah peka kepada kehendak pelanggan supaya mereka akan bertandang berulang kali," titah baginda.-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan bergambar bersama maskot Tahun Melawat Perlis iaitu 'Beruk Kentoi' pada Pelancaran Perdana Tahun Melawat Perlis 2024-2025 malam tadi. - Gambar BERNAMA

Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Tahun Melawat Perlis: Polis pastikan kawasan tumpuan pelancong selamat dikunjungi
Polis Perlis akan memastikan kawasan tumpuan pelancong di negeri itu terkawal dan selamat menjelang Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

Tahun Melawat Perlis: Peniaga kedai makan perlu utamakan aspek kebersihan
Peniaga di premis makanan di Perlis perlu menitikberatkan aspek kebersihan bagi meyakinkan pelanggan bagi menjayakan Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.

Penjawat awam negeri digalakkan pakai Kebaya Perlis
Perlis menggalakkan penjawat awam di negeri itu memakai Kebaya Perlis pada hari bekerja sebagai usaha mempromosikan Tahun Melawat Perlis (TMP) 2024-2025.

Perlis cadang jadikan 2023 sebagai Tahun Melawat Perlis
Asmaiza berkata perkara itu masih di peringkat cadangan dan akan dibawa ke mesyuarat exco kerajaan negeri dalam masa terdekat.

Pusat pelancongan dinaik taraf sempena Tahun Melawat Perlis 2021
Azman berkata pusat-pusat pelancongan di Perlis akan dinaik taraf supaya lebih selesa untuk dikunjungi terutama oleh pelancong luar.