ARAU: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan menerima sembah menghadap Komander Askar Wataniah Siri 500 sempena Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) bermula semalam sehingga Ahad (30 Okt).
Antara tetamu diraja yang berangkat menghadap adalah Raja Muda Kedah Brigedier Jeneral Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin (Komander Rejimen 513 AW), Tunku Besar Seri Menanti Negeri Sembilan Brigedier Jeneral Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz (Komander Rejimen 508 AW), Tengku Seri Temenggong Raja Terengganu Brigedier Jeneral Dato' Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (Komander (Rejimen 512 AW) dan Tengku Panglima Raja Pahang Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Komander Rejimen 505 AW).
Baginda berdua turut meraikan kesemua tetamu jemputan pada Majlis Santapan Diraja di Balai Bankuasi Istana Arau malam tadi.
Turut berangkat anakanda-anakanda Tuanku Raja Muda Perlis iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.
Persidangan tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman.
SKAW Siri ke 33/2022 ini dikoordinasikan dan diterajui Komander Rejimen 504 Askar Wataniah iaitu Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2022

Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis bergambar bersama tetamu diraja ketika berangkat tiba pada Santapan Diraja sempena Sidang Komander Askar Wataniah di Istana Arau malam tadi. --fotoBERNAMA

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Umat Islam perlu kembali kepada al-Quran sebagai panduan utama - Raja Perlis
Baginda bertitah al-Quran adalah penyelesaian muktamad bagi perbezaan yang mungkin timbul dalam kalangan umat Islam.

Raja Perlis terima menghadap Komander Askar Wataniah
Terima sembah menghadap itu asempena Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) bermula semalam sehingga Ahad (30 Okt).

Jalan, premis tidak boleh dinamakan dengan nama orang yang masih hidup - Raja Perlis
Kecuali nama Raja-Raja, jalan-jalan, bangunan, masjid dan sekolah tidak boleh dinamakan dengan nama orang yang masih hidup.

Penangguhan majlis-majlis sempena sambutan ulang tahun ke-76 Raja Perlis
Sehubungan itu, istiadat perbarisan kawalan kehormatan dan penganugerahan darjah kebesaran dan pingat negeri serta majlis santapan negeri akan diadakan pada tarikh tersebut.