JOHOR BAHRU: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan merasmikan Perpustakaan Kontena Bangsa Johor Bahagia (BJB) di Kangkar Pulai di sini hari ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar inisiatif berkenaan dapat diperluaskan ke kawasan lain.
"Saya harap dapat mengembangkan inisiatif perpustakaan kontena ini ke rumah pangsa kos rendah di Kuala Lumpur serta kawasan lain di Malaysia agar memupuk tabiat membaca bahan-bahan yang bermanfaat dalam masyarakat," titah Raja Zarith Sofiah.
Turut berangkat ke majlis berkenaan Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor.
Hadir sama isteri Menteri Besar Johor Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor, isteri Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Puan Sri Dr Noor Azizah Abdul Latiff serta Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail.
Dalam majlis sama, Seri Paduka Baginda berkenan menyerahkan sumbangan bernilai RM50,000 daripada Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) kepada Pengerusi Perbadanan Kenari Rosli Othman bagi kegunaan Komuniti BJB Pangsapuri Kangkar Pulai.
Pembinaan perpustakaan yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dan YRZSNJ adalah untuk kegunaan penduduk setempat.
Raja Permaisuri Agong dan Che' Puan Mahkota turut berkenan melawat Laman Fertigasi Cili BJB, Flat Kenari bagi memetik hasil tanaman cili yang diusahakan oleh komuniti BJB selain beramah mesra bersama penduduk sebelum berangkat pulang.
Menurut hantaran itu, Program Bangsa Johor Bahagia yang dilaksanakan sejak 2019, bertujuan membantu meningkatkan kualiti hidup golongan miskin bandar dengan melibatkan penduduk pelbagai peringkat umur dalam aktiviti kemasyarakatan dan sekali gus mengelakkan penularan gejala sosial.
Program perintis ini dinaungi dan dibiayai oleh YSIJ dan YRZSNJ, serta dilaksanakan dengan kerjasama UTM, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) serta penduduk setempat.
"Antara hasil pencapaian daripada Program BJB ini, Komuniti Flat Kenari Kangkar Pulai mengungguli pertandingan video pendek anjuran MBIP bersempena Hari Kemerdekaan pada tahun 2021 serta diiktiraf dalam Anugerah Kejiranan Hijau Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) pada 2020.
Program ini turut mencapai pengiktirafan antarabangsa apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pencapaian Perancangan oleh Persatuan Perancang Komanwel (CAP), hasil kejayaan Projek Pertanian Komuniti di Pangsapuri Kenari," menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar inisiatif berkenaan dapat diperluaskan ke kawasan lain. - Gambar FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Kerajaan salur peruntukan RM1 juta bagi Bandar Selamat Terengganu
Sebanyak RM1 juta diperuntukkan oleh kerajaan pusat bagi pelaksanaan Program Bandar Selamat di Terengganu pada tahun ini.

Cameron Highlands bandar paling bahagia di Malaysia
Persepsi yang diberikan oleh penduduk di Cameron Highlands membuatkan ia dipilih sebagai bandar paling bahagia.

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Perpustakaan Kontena Bangsa Johor Bahagia
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan merasmikan Perpustakaan Kontena Bangsa Johor Bahagia (BJB) di Kangkar Pulai di sini hari ini.

Pulau Pinang teruskan kerja tambak Projek PSI sehingga peroleh keputusan mahkamah
Kerajaan Pulau Pinang masih meneruskan kerja tambakan laut projek pulau buatan yang dikenali Pulau Silikon berkeluasan 930.8 hektar seperti dirancang sehingga keputusan mahkamah diperoleh.

Cadangan Penarafan Bandar Pintar Malaysia diluluskan - KPKT
KPKT menyasarkan sekurang-kurangnya 61 PBT bertaraf Majlis Perbandaran ke atas mencapai status Smart City Early Adopter pada 2025.

Tragedi Batang Kali: Kerajaan sedia Draf GPP tapak perkhemahan
Draf GPP ini dijangka dapat dimuktamadkan pada akhir April depan setelah mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pelbagai agensi berkaitan.

Kerajaan muktamadkan Garis Panduan Berkaitan Laluan Kenderaan Mikromobiliti
Garis panduan itu memberi fokus kepada elemen keperluan infrastruktur serta kemudahan sokongan yang lain bagi kenderaan mikromobiliti.

Garis Panduan Perancangan Tapak Perkhemahan dimuktamad April ini
Draf Garis Panduan Perancangan (GPP) Tapak Perkhemahan yang disediakan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dijangka dimuktamadkan akhir April ini.

Kerajaan peruntuk RM40 juta bagi Program Bandar Selamat
Peruntukan berkenaan telah diagihkan kepada 24 pihak berkuasa tempatan di seluruh negara.

Had laju tidak lebih 25 km/j bagi mikromobiliti dipertimbang
Garis panduan itu apabila siap akan dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk diluluskan seterusnya diumumkan.