KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan merasmikan sidang pertama majlis konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-39.
Tunku Azizah yang juga Ketua Perlembagaan UIAM ketika menyampaikan titah baginda di Dewan Utama Pusat Kebudayaan UIAM (ICC), mengucapkan tahniah kepada semua graduan dan penerima anugerah pada konvokesyen itu.
Dalam titah baginda, Tunku Azizah turut melahirkan harapan agar ilmu yang diperoleh graduan di UIAM, dapat digunakan untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik.
"Jangan sesekali lupa peranan kita sebagai khalifah untuk berkhidmat bukan sahaja kepada Allah Taala tetapi juga kepada ummah. Sentiasa berbuat baik, bantu insan yang memerlukan, hulurkan tangan untuk membebaskan mereka yang tertindas," titah Tunku Azizah.
Baginda pada masa yang sama mengingatkan semua untuk terus bersatu dengan Palestin.
"Walaupun kita mungkin putus harapan melihat keadaan ummah kita, terutama saudara kita di Palestin, namun kita tidak harus lupa bahawa kuasa berdoa, jika digabungkan dengan kekuatan ilmu dan kebenaran dapat mengubah dan membawa kita keluar daripada dunia yang paling gelap serta malapetaka.
"Ingatlah, bahawa jika sendirian kita mungkin tidak dapat melakukan banyak, tetapi jika bersama dan bersatu, kita sentiasa berupaya untuk mencetuskan keajaiban," titah Tunku Azizah.
Pada konvokesyen itu, baginda berkenan menyampaikan Ijazah Kehormat Kedoktoran Alam Bina kepada Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-HABITAT) Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.
Bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) itu menerima anugerah itu sebagai mengiktiraf sumbangan beliau terhadap pembangunan dan kelestarian bandar.
Sementara itu, empat individu menerima gelaran Profesor Emeritus/Emerita iaitu Prof Dr Noraini Mohd Noor, Prof Datuk Dr Koutoub Mustafa Sano, Prof Datuk Dr Mansor Ibrahim, dan Prof Datuk Dr Mohd Azmi Omar.
Tunku Azizah turut berkenan menyampaikan Anugerah Merit Ibn Khaldun untuk Transformasi Sosial Global kepada Bank Pembangunan Islam (IsDB), yang telah lama berkerjasama dan menyumbang kepakaran dan pengetahuannya dengan UIAM.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2023
![Raja Permaisuri Agong rasmi Konvokesyen UIAM ke-39 Raja Permaisuri Agong rasmi Konvokesyen UIAM ke-39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700898095_konvokesyenUIAM.jpg)
Tunku Azizah turut melahirkan harapan agar ilmu yang diperoleh graduan di UIAM, dapat digunakan untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik. - Gambar/ Bernama
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
![Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737688847_TBfauzannordin.jpg)
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
!['Kembali ke sekolah, doakan saya' - Tunku Azizah 'Kembali ke sekolah, doakan saya' - Tunku Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731969196_TBTunkuAzizah.jpg)
'Kembali ke sekolah, doakan saya' - Tunku Azizah
Tunku Azizah kini kembali bergelar mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
![Alumni UIAM mohon PM umum segera rektor baharu Alumni UIAM mohon PM umum segera rektor baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725860938_UIA.jpg)
Alumni UIAM mohon PM umum segera rektor baharu
Menurut Presidennya, Khalik Awang, kekosongan rektor untuk tempoh yang lama adalah sesuatu yang tidak baik dari segi tatakelola.
![UIAM nafi tidak berupaya bayar balik hutang UIAM nafi tidak berupaya bayar balik hutang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/41588929687_Alquran.jpg)
UIAM nafi tidak berupaya bayar balik hutang
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menafikan institusi itu berada dalam keadaan tidak berupaya membayar balik hutang.
![Permaisuri Agong berangkat ke majlis penutupan ulang tahun ke-40 UIAM Permaisuri Agong berangkat ke majlis penutupan ulang tahun ke-40 UIAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702165001_RajaPermaisuriAgon.jpg)
Permaisuri Agong berangkat ke majlis penutupan ulang tahun ke-40 UIAM
Tunku Azizah turut berkenan menyaksikan sumbangan RM40,000 yang disampaikan oleh Samsudin kepada Ketua Pelajar Palestin di universiti itu.
![Raja Permaisuri Agong rasmi Konvokesyen UIAM ke-39 Raja Permaisuri Agong rasmi Konvokesyen UIAM ke-39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700898095_konvokesyenUIAM.jpg)
Raja Permaisuri Agong rasmi Konvokesyen UIAM ke-39
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan merasmikan sidang pertama majlis konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-39.
![ARC: Skuad Bunga Raya tumpas kepada Korea Selatan ARC: Skuad Bunga Raya tumpas kepada Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51685808768_Aksipasukanragbik.jpg)
ARC: Skuad Bunga Raya tumpas kepada Korea Selatan
Skuad ragbi 15 Sebelah (15s) negara terpaksa akur dengan keampuhan Korea Selatan selepas tewas 3-27, pada Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2023 di Stadium Saidina Hamzah, UIAM.
![UIAM penganjur lokasi perdana World #QuranHour UIAM penganjur lokasi perdana World #QuranHour](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679616445_UIAMpenganjur.jpg)
UIAM penganjur lokasi perdana World #QuranHour
UIAM sebagai tuan rumah sejak 2016 mengalu-alukan kerjasama penganjuran WUIF dan Nu Ideaktiv untuk menjayakan program itu tahun ini.
![Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Vila ARAH MAKNA Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Vila ARAH MAKNA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679306445_TBTunkuAzizah.jpg)
Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Vila ARAH MAKNA
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat merasmikan Vila ARAH Majlis Kanser Nasional (MAKNA) di Gombak.
![Anwar sempurnakan majlis penutup Persidangan Antarabangsa Abdulhamid Abusulayman di UIAM Anwar sempurnakan majlis penutup Persidangan Antarabangsa Abdulhamid Abusulayman di UIAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81677082303_AnwarIbrahimPesta.jpg)
Anwar sempurnakan majlis penutup Persidangan Antarabangsa Abdulhamid Abusulayman di UIAM
Persidangan tersebut dianjurkan oleh International Institute for Muslim Unity UIAM dengan kerjasama IIIT UIAM and FairFax University of America.