KUALA SELANGOR: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini bertitah agar Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) meneroka peluang perniagaan baharu termasuklah daripada bahan kitar semula.
Tunku Azizah yang juga Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertitah bahawa botol plastik mampu dikitar semula dan boleh dijadikan bahan dalam menghasilkan beg, kusyen serta selimut.
"Pada Mei tahun lepas saya telah ke Chelsea Flower Show (di England) dan saya amat kagum apabila memasuki satu reruai. Cantik tenunan dan hamparan beg, kusyen, selimut (yang dihasilkan daripada botol plastik).
"Yang saya nak kongsi mereka di England mengambil semua botol plastik lalu dicairkan bersama hampas padi di India menjadi benang serta ditenun untuk membuat karpet, beg dan selimut," titah Tunku Azizah.
Seri Paduka Baginda bertitah demikian semasa merasmikan Program 'Plastic Busters Beach-River-Park Clean Up Peringkat Kebangsaan 2023' di Stadium Tertutup Kuala Selangor, di sini melibatkan 1,000 peserta selain ia turut dilaksanakan serentak di seluruh negara hari ini.
Turut berkenan berangkat ke majlis itu, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin merangkap Penaung Diraja PPPM Cawangan Selangor.
Turut hadir Yang Dipertua PPPM Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Tunku Azizah bertitah program dan aktiviti pembersihan alam sekitar khususnya kawasan pantai yang dilaksanakan hari ini mampu menanam kesedaran pada semua peringkat masyarakat tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
"Ini bagi menanam semangat sayangkan alam sekitar kerana kita di Malaysia ini suka buang sampah dalam sungai, jadi ia akan masuk ke laut. Sebanyak mana duit ada dalam dunia, kita tidak boleh membuat pantai. Jika kita hapuskan pantai, kita tidak boleh membuatnya semula kerana itu adalah alam semula jadi yang kita harus jaga.
"Jadi kita kena didik semua orang di sini. Kita sekarang ada banyak tong sampah khas (tong sampah kitar semula). Sudah tiba masanya anak-anak faham apa yang terjadi di pantai. Apa yang terjadi sekiranya kita buang plastik begitu sahaja," titah Seri Paduka Baginda.
Tunku Azizah bertitah program itu juga akan meningkatkan kebertanggungjawapan semua pihak termasuk daripada kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan dalam memelihara serta memulihara perairan dan pantai di samping dapat mewujudkan persekitaran yang bersih ceria malah selamat untuk dikunjungi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2023

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (dua, kanan) bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (tiga, kiri) berkenan melawat ke tapak pameran kraf tangan hari ini. - Foto BERNAMA

Pengangkutan awam Jerman tergendala susulan kebuntuan rundingan gaji
Mogok yang bermula pada 3 pagi (0200 GMT) itu menjejaskan perkhidmatan pengangkutan awam di beberapa negeri.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Waspada akaun Instagram palsu menyamar sebagai Raja Permaisuri Agong
Akaun ini adalah palsu dan menyamar menggunakan identiti Raja Permaisuri Agong.

Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.

Manfaat AI untuk tingkatkan kualiti hidup, bukan keuntungan semata - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah teknologi kecerdasan buatan (AI) seharusnya dimanfaatkan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan bukan keuntungan ekonomi sahaja.

Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengakhiri lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Labuan hari ini.

Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.

Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.

Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Prabowo Subianto
Ucapan itu dizahirkan menerusi poster khas yang turut memaparkan gambar Sultan Ibrahim dan Prabowo berjabat tangan, yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Agong, Permaisuri tiba di tanah air dari Brunei
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat dinaiki Seri Paduka Baginda berdua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bharu.