PUTRAJAYA: Penulis blog kontroversi Raja Petra Kamarudin perlu menggunakan saluran yang betul dan mempunyai dokumen yang lengkap jika beliau ingin pulang ke Malaysia seperti yang didakwa menerusi rakaman video yang disiarkan melalui akaun media sosialnya baru-baru ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan tidak pernah menghalang Raja Petra untuk kembali ke tanah air.
“Dia boleh tulis surat pada saya kalau dia nak balik dan benar-benar rindu untuk kembali ke tanah air, dia pun rakyat Malaysia cuma perlu saluran yang betul dan kalau isunya dia tidak ada dokumen lengkap atau dokumen dibatalkan, atau pernah kena perintah sekatan dan sebagainya, dia boleh mohon kepada saya secara rasmi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tentang kenyataan Raja Petra sebelum ini yang mendakwa beliau dihalang untuk kembali ke Malaysia oleh kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
BACA: 'Kerajaan tidak mahu saya balik Malaysia' - Raja Petra
Dalam rakaman video itu, Raja Petra mendakwa telah menggunakan pelbagai cara untuk pulang ke Malaysia sejak 2013, termasuk mengadakan rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, namun masih gagal.
Beliau juga mendakwa telah mengadakan rundingan dengan dua menteri Kabinet serta Bukit Aman untuk membantunya pulang ke negara ini.
Pada 2009, Raja Petra dilapor menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah melalui laman webnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 22 2023

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan tidak pernah menghalang Raja Petra untuk kembali ke tanah air. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Penulis blog Raja Petra Kamarudin meninggal dunia
Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom, malam tadi, pada usia 74 tahun.

Raja Petra tiada kredibiliti ulas isu politik semasa, kata Saifuddin
Katanya, Raja Petra yang membawa diri ke luar negara setelah berdepan proses mahkamah menunjukkan tidak berwibawa memberi sebarang ulasan.

"Raja Petra boleh hubungi saya jika ingin pulang ke Malaysia" - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan tidak pernah menghalang Raja Petra untuk kembali ke tanah air.

'Kerajaan tidak mahu saya balik Malaysia' - Raja Petra
Banyak rundingan telah berlangsung sejak 2013 untuk membolehkannya pulang ke Malaysia termasuk bersama pemimpin negara serta pihak berkuasa.

Kes rasuah solar: Raja Petra tiada kredibiliti, hanya tahu bersembunyi di UK - Gopal Sri Ram
Pengasas dan penulis portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin tidak seharusnya dianggap sebagai sumber yang berkredibiliti, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Polis rakam keterangan Raja Petra di United Kingdom
Keterangan Raja Petra diambil di United Kingdom pada Rabu lalu oleh pasukan penyiasat terdiri daripada tiga pegawai polis Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.