PUTRAJAYA: Bekas Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II di Pejabat Peguam Negara Datuk Raja Rozela Raja Toran adalah antara sembilan individu yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.
Raja Rozela, 58, dan lapan yang lain menerima surat cara pelantikan masing-masing daripada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini.
Sebelum ini, Raja Rozela mengetuai pendakwaan dalam dua kes rasuah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membabitkan dana milik Yayasan Alkalbudi dan sistem Visa Luar Negara.
Beliau telah bersara awal pada bulan Oktober lepas. Jawatan terakhir yang disandang beliau ialah Pengarah Unit Litigasi Khas di Jabatan Peguam Negara.
Turut dilantik Arziah Mohamed Apandi, 48, yang juga anak bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Tujuh individu lain ialah Datuk Hazizah Kassim, 51, Kan Weng Hin, 61, Mohd Rosli Bin Yusoff, 51, Tuan Gan Techiong, 58, Suriyati Hasimah Mohd Hashim, 51, Maslinda @ Linda Mohd Ainal, 49, dan Saiful Azian Mokhtar, 51.
Rozela, Arziah dan lima yang lain mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Maslinda dan Saiful Azian pula mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli.
Majlis penyampaian surat cara pelantikan serta mengangkat sumpah jawatan dan taat setia itu berlangsung di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman hari ini.
Turut hadir Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Salleh dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023

Tengku Maimun (duduk dua, kiri) bergambar kenangan bersama Pesuruhjaya Kehakiman yang baharu pada Majlis Penyampaian Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Pesuruhjaya Kehakiman hari ini. - Gambar/ Bernama

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Raja Rozela antara 9 individu dilantik Pesuruhjaya Kehakiman
Bekas Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II di Pejabat Peguam Negara Datuk Raja Rozela Raja Toran adalah antara sembilan individu yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.

Ahmad Zahid ditegur pendakwaan, jangan anggap mahkamah seperti 'kedai kopi'
Pihak pendakwaan menegur Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak menjadikan mahkamah seperti 'kedai kopi' atau mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semasa menjawab soalan.

Zahid tahu tentang penyelewengan dana Yayasan Akalbudi sejak 2014 - Pendakwaan
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebenarnya mengetahui tentang penyelewengan dana Yayasan Akalbudi (YAB) sejak 2014.

Zahid adalah 'bos' yang mempunyai kuasa, kawalan penuh ke atas Yayasan Akalbudi - Pendakwaan
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah 'bos' yang mempunyai kuasa serta kawalan penuh ke atas aset Yayasan Akalbudi (YAB).

Zahid tiada hak tuntut kekebalan daripada pendakwaan - Timbalan Pendakwa Raya
Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak kebal daripada didakwa hanya kerana mendedahkan maklumat transaksi berkaitan yayasan kebajikan, Yayasan Akalbudi.