PEKAN: Demi mengabadikan detik bahagia sebagai raja sehari, sepasang pengantin menaiki bot menyusuri Sungai Pahang sebelum bersanding di atas rumah rakit di Kampung Ganchong Tengah, pada Sabtu.
Faizuan Abdul Ghani, 26, dan pasangannya, Nora Amira Mohd Sofi, 23, memilih persandingan unik itu kerana teruja dengan pemandangan indah berlatar Sungai Pahang.
Menurut Faizuan, idea untuk mengadakan majlis persandingan di atas rumah rakit tercetus secara spontan selepas dicadangkan oleh bapa mentuanya, Mohd Sofi Abd Rahim.
"Saya setuju dengan cadangan bapa mertua dan persandingan ini adalah kenangan untuk saya dan isteri.
"Jadi, apa salahnya kalau saya buat kelainan sikit supaya ia menjadi kenangan paling indah untuk kami dan ahli keluarga kenang.
"Jujurnya, saya dan isteri sangat tertarik dengan suasana di sekitar rumah rakit ini, tambahan pula suasana tenang di rumah rakit, ia memang sesuai untuk mengabadikan hari bersejarah kami di sini," katanya ketika ditemui selepas majlis persandingan di rumah rakit De Pora Jembara, di Kampung Ganchong Tengah pada Sabtu.
Sementara itu, Nora Amira yang bertugas sebagai pembantu pegawai tadbir di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan mengakui agak gementar ketika menaiki bot di Sungai Pahang kerana itu adalah pengalaman pertamanya.
Faizuan bersama pasangannya, Nora Amira dibawa menaiki bot menyusuri Sungai Pahang sebelum bersanding di atas rumah rakit di Kampung Ganchong Tengah, Pekan pada Sabtu.
Menurut Nora Amira, perasaan itu hilang setelah suaminya memberi kata-kata semangat dan jaminan semuanya selamat.
"Ini pertama kali saya naik bot dan kalau kita lihat semua aspek keselamatan diambil kira, terutamanya pemakaian jaket keselamatan dan pemandu bot juga sangat berpengalaman," katanya.
Nora Amira mengakui walaupun dibesarkan di Kuantan, namun Kampung Ganchong Tengah bukanlah tempat yang asing baginya kerana pernah menetap di situ bersama emak saudaranya.
Ujar beliau, majlis persandingan bersama Faizuan berjalan lancar seperti dirancang dan mendapat sokongan daripada seluruh ahli keluarga.
"Saudara mara yang menetap di kampung berkenaan turut membantu menguruskan perjalanan majlis berkenaan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Nov 28 2021

Faizuan bersama pasangannya, Nora Amira memilih persandingan secara unik itu kerana pemandangan indah berlatar Sungai Pahang. -Foto Sinar Harian

Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.

Raja sehari bersanding di rumah rakit
Faizuan Abdul Ghani, 26, dan pasangannya, Nora Amira Mohd Sofi, 23, memilih persandingan unik itu kerana teruja dengan pemandangan indah berlatar Sungai Pahang.