KUALA LUMPUR: Rakan baik kepada pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau yang merakam video remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella yang memaparkan kecederaan pada badan remaja itu ketika berjumpanya di sebuah kondominium pada Jun tahun lepas.
Perkara itu didedahkan pembantu pengurus syarikat swasta Zurianty Sudin, 39, ketika pemeriksaan balas oleh peguam Asiah Abd Jalil, yang mewakili Siti Bainun pada hari ketiga perbicaraan kes wanita itu yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun tersebut.
Bagaimanapun, Zurianty, yang berkhidmat sebagai sukarelawan di Rumah Bonda antara 2015 dan 2019, menafikan rakaman video itu yang diambilnya di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju, telah dibocorkan atau disebarkan di media sosial untuk mendapat perhatian umum.
Saksi pendakwaan pertama itu turut bersetuju dengan cadangan Asiah bahawa beliau membuat dua laporan polis, masing-masing pada 24 Jun dan 1 Julai 2021 adalah bertujuan supaya Siti Bainun ditangkap.
Zurianty turut bersetuju dengan peguam itu bahawa beliau memuat naik status berhubung kes Bella setiap hari di Facebook miliknya sejak 24 Jun 2021 dan berharap supaya Siti Bainun ditangkap.
Bagaimanapun, Zurianty berkata beliau tidak mengetahui Siti Bainun ada membuat laporan polis pada 6 Julai 2021 selepas video Bella tersebar.
Ditanya peguam itu apakah perasaannya selepas mengetahui permohonan reman Siti Bainun ditolak selepas wanita itu ditangkap pada 15 Julai 2021, Zurianty berkata dia tidak merasakan apa-apa dan tiada perasaan negatif kerana menganggap itu adalah prosedur biasa.
Disoal Asiah bahawa saksi itu sengaja mereka-reka cerita terdapat kes dera dan mengajar penghuni di Rumah Bonda membuat laporan polis sebagai Plan B supaya Siti Bainun ditangkap, Zurianty menjawab,"Tidak bersetuju".
Zurianty turut tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa beliau mempunyai perasaan tidak puas hati dan cemburu terhadap Siti Bainun.
"Saya hanya berkawan baik dengan Siti Bainun sehingga Jun 2021. Saya tiada pergaduhan atau perbalahan dengannya.
"Tiada dendam, dengki atau niat jahat kepada Siti Bainun. Saya tidak mahu terus dibohongi, diperbodohkan dan diberikan alasan tidak munasabah oleh dia (Siti Bainun)," kata saksi itu.
Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021.
Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung Isnin ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 01 2022
Zurianty turut bersetuju dengan peguam itu bahawa beliau memuat naik status berhubung kes Bella setiap hari di Facebook miliknya sejak 24 Jun 2021 dan berharap supaya Siti Bainun (gambar) ditangkap. - Gambar fail
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
Tohmahan pihak Siti Bainun kes abai, aniaya Bella tanpa asas - Mahkamah
Mahkamah Tinggi berpandangan bahawa terdapat tohmahan yang tidak berasas oleh pihak Siti Bainun Ahd Razali terhadap Hakim Mahkamah Sesyen.
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Hakim, Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas menolak rayuan Siti Bainun.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.
Kakak Bella jadi 'ibu' gembirakan Eusuf dan Mariam di Aidilfitri
Ketiadaan Mira Sharmilah Samsusah atau Bella pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini sememangnya memberikan kesan kepada kedua-dua anaknya, Eusuf Abdul Fatah, 5, dan Mariam, 3.
Tulang manusia ditemui di lokasi penemuan rangka Bella sah miliknya
Keputusan mengenai tulang ditemukan itu sudah diperolehi dan mereka sekeluarga dimaklumkan ia milik arwah Bella atau Mila Sharmila Samsusah.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella 24 April
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 24 April depan untuk keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap sabitan bersalah.
Tulang paha, betis dan keting dipercayai milik Bella perlu diurus dengan cermat - Mufti
Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, tulang manusia yang ditemui selepas jenazah dikebumikan wajib dimandi dan dikafan sebelum dikebumikan.
Kes bunuh Bella: Mahkamah tetapkan 11 Mac untuk laporan forensik
Difahamkan, laporan forensik berkenaan penting bagi pihak pendakwaraya memohon agar kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Muar.
Agensi kebajikan diharap bantu ringankan beban keluarga Bella
Agensi dan badan-badan kebajikan diharap dapat membantu meringankan beban keluarga mangsa bunuh, Mila Sharmilah Samsusah atau dikenali sebagai Bella.
Jenazah Bella selamat dikebumikan
Jenazah Bella sebelum itu disolatkan di Masjid Datuk Bentara berhampiran kampung halamannya.