KUALA LUMPUR: Rakan kepada pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, memberitahu Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, bahawa beliau merakam video remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella di kondominium di Wangsa Maju di sini.
Pembantu pengurus syarikat swasta, Zurianty Sudin, 39, berkata rakaman itu diberikan kepada aktivis kanak-kanak dan penasihat Rumah Bonda, Syed Azmi Alhabshi, sebagai bukti bahawa terdapat penderaan terhadap Bella.
Saksi pendakwaan pertama itu berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Nurul Hafidzah Hassan, yang mewakili Siti Bainun, pada perbicaraan kesnya yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun tersebut.
Beliau menafikan merancang untuk membuat rakaman video tetapi singgah secara tiba-tiba dan mula membuat rakaman.
Bagaimanapun, Zurianty menafikan beliau merakam video itu dalam keadaan emosi sedih untuk meyakinkan Syed Azmi, namun bersetuju dengan cadangan peguam bahawa Syed Azmi adalah individu pertama menerima video berkenaan.
Selain Syed Azmi, katanya, rakaman video itu dihantar kepada beberapa individu lain kerana ketika itu beliau trauma selepas menemui Bella di unit kondominum berkenaan.
"Saya kemudian menghubungi kawan-kawan lain untuk mendapatkan sokongan emosi selain memberitahu apa yang patut dilakukan kerana ketika itu saya dalam keadaan 'blank' (kosong) tapi saya perlu bertindak untuk membantu siasatan", katanya.
Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi antara Februari dan Jun 2021 di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini.
Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung 14 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 30 2022

Rakan kepada pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, memberitahu Mahkamah Sesyen, hari ini, bahawa beliau merakam video remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella di kondominium di Wangsa Maju. - Gambar fail/BERNAMA

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Rakan baik Siti Bainun rakam video Bella untuk beri kepada Syed Azmi
Rakaman itu dikatakan sebagai bukti bahawa terdapat penderaan terhadap Bella.

Dron terhempas dalam gunung berapi ketika membuat rakaman
Ketika merakam gunung berapi aktif di Iceland, sebuah dron tiba-tiba terhempas dan terus hilang.

Kes pijak, ugut bunuh anak: Polis tangkap bapa, selamatkan 2 kanak-kanak
Polis berjaya mengenal pasti lokasi rumah terbabit dengan kerjasama isteri suspek yang berusia 19 tahun.

Polis buru lelaki pijak, acu pisau, ugut bunuh dua anak
Rakaman perbuatan seorang lelaki mendera dua anaknya yang masih kecil dengan memijak sambil mengacukan pisau dan mengugut untuk membunuh mereka menjadi tular sejak Selasa.

Empat tahun bertapa, Ramayan muncul dengan Di Persiaran Cakrawala
Kekuatan album ini adalah pada sebuah konsep yang lengkap berpakej, dimana musiknya adalah selari dengan visual yang dilihat pada desain kulit album.

Mahkamah terima audio "Can I advise you on something" sebagai bukti
Rakaman audio "Can I advise you on something" diterima untuk menjadi bukti dalam pertuduhan rasuah membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor.

'Prank' tak menjadi, YouTuber mati ditembak
Timothy Wilks ditembak di kawasan parkir Taman Kembara dan Trampolin Udara pada jam 9.25 malam Jumaat lalu.

Lelaki ditetak dengan parang dalam pasar mini di Teluk Intan
Selesai membuat bayaran, mangsa yang keluar dari premis mendapati sebuah kereta jenis Honda City berwarna kelabu berhenti berdekatan dengannya.

'Saya janji letak jawatan ... tentukan orang baharu dapat majoriti' - Dakwa suara mirip Tun M dalam pendedahan terbaharu rakaman audio
Rakaman tersebut mendedahkan apa yang disebut selama ini oleh Dr Mahathir dan beberapa pimpinan Bersatu bahawa bekas perdana menteri itu meminta agar tidak mendesak beliau memungkiri janji.

Audio rakaman mesyuarat Bersatu sebelum Tun M letak jawatan tersebar
Satu rakaman suara yang didakwa dari mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 23 Februari lepas tersebar di internet sejak Selasa malam.