KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Indonesia semalam, yang disyaki terlibat dalam satu kes rompakan di sebuah rumah kedai di Taman Saujana, Puchong dekat sini, dua hari lepas, membabitkan kerugian wang tunai dan barang kemas berjumlah kira-kira RM76,000.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata dalam kejadian pukul 4 petang Khamis, tiga lelaki memecah masuk rumah berkenaan sebelum bertindak menendang penghuninya iaitu seorang pelayan restoran warga Indonesia berusia 43 tahun.
Katanya ketiga-tiga lelaki itu kemudian melarikan wang tunai berjumlah RM65,000 serta barang kemas bernilai kira-kira RM11,000 yang disimpan di dalam almari, dan mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada 7.39 malam, hari yang sama.
Dalam kenyataan hari ini Wan Azlan berkata semalam polis berjaya menahan seorang wanita yang merupakan rakan mangsa serta seorang lelaki di lokasi berasingan di Subang Jaya, kedua-duanya berumur sekitar 30-an hingga 40-an, dan hasil soal siasat kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kes berkenaan.
Beliau berkata polis turut merampas wang tunai berjumlah RM17,000 serta pelbagai jenis barang kemas disyaki hasil rompakan daripada kedua-dua suspek, dan polis sedang berusaha mengesan dua lagi lelaki yang identiti mereka belum dikenal pasti, bagi membantu siasatan.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan, dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta tampil menyalurkannya ke Pusat Kawalan Daerah dengan menelefon 03-78627100 atau menghubungi pegawai penyiasat Insp Anthony John Sandanadas di nombor 012-5043470.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 01 2022

Polis berjaya menahan seorang wanita yang merupakan rakan mangsa serta seorang lelaki di lokasi berasingan di Subang Jaya. - Gambar hiasan
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Saif Ali Khan dalam keadaan baik selepas pembedahan
Doktor di hospital turut memaklumkan bahawa Saif telah diberikan makanan seperti biasa.

Lelaki tembak tiga kanak-kanak, remaja didakwa cuba merompak
Seorang lelaki menembak tiga remaja yang didakwa cuba melakukan rompakan bersenjata pada malam Hari Krismas.

Rompakan kedai emas Kajang: Kerugian cecah RM3.2 juta, tujuh saksi dirakam keterangan
Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat).

Tiga suspek disambung reman, kes larikan barang kemas RM1.4 juta
Reman semua suspek berusia antara 20 hingga 50 tahun selama tujuh hari sebelum ini telah tamat pada Isnin.

Lelaki curi 1,500 keping kad Pokemon dicekup polis
Masaki Omori mengaku melakukan perbuatan tersebut atas arahan daripada seorang individu yang dikenali di Twitter.

Video lelaki disamun di stesen kereta api berlaku di Brazil, bukan Segambut
Hasil semakan mendapati video itu adalah insiden yang berlaku di Brazil sebelum ini.

7 maut dalam kes tembakan antara polis dan suspek perompak di Brazil
Menurut pegawai polis yang pergi ke alamat itu, sekurang-kurangnya 12 orang dipercayai berkumpul untuk melakukan rompakan.

Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.

Lebih 400 sekolah mohon khidmat pengiring ambil wang BAP di bank
Polis Perak menerima lebih 400 permohonan daripada sekolah untuk mendapatkan pengawal pengiring bagi mengambil wang bantuan awal persekolahan (BAP) di bank.

Wang bantuan persekolahan RM109,000 hilang sekelip mata dicuri
Kejadian berlaku sewaktu pengetua sekolah berkenaan singgah ke sebuah restoran untuk membeli minuman.