PETALING JAYA: Seorang penolong pengurus eksekutif di sebuah hotel, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini pada Selasa atas satu pertuduhan mencabul seorang bekas penyampai berita terkenal, Julai lalu.
Mohd Faizal Hussain, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Zhafran Rahim Hamzah.
Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap rakan sekerjanya berusia 54 tahun, dengan memegang tangan wanita tersebut, bertujuan mencabul kehormatan, di depan dewan sebuah hotel di Damansara, pada jam 1 tengah hari, 13 Julai lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin, dengan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa serta saksi.
Bagaimanapun, peguam Nur Afiqah Mohd Ashriee merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar minimum kerana dia perlu menanggung ibu bapa, isteri yang juga seorang suri rumah dan tiga anak yang masih bersekolah.
"Dia turut mempunyai penyakit gout telah digantung kerja sejak minggu lalu selain memberi kerjasama kepada pihak polis, maka ini menunjukkan dia tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri," katanya.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Zhafran membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 20 November depan untuk sebutan semula kes.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 03 2023

Mohd Faizal (kiri) hadir di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa, bagi menghadapi pertuduhan kes mencabul bekas pembaca berita, Julai lalu. - Foto Sinar Harian
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Rakan sekerja didakwa cabul bekas penyampai berita terkenal
Seorang penolong pengurus sebuah hotel, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan mencabul seorang bekas penyampai berita terkenal.