KUALA LUMPUR: RakanMET, sebuah platform perkongsian maklumat cuaca serta bencana, dinaik taraf kepada aplikasi mudah alih lebih mesra pengguna yang boleh dimuat turun dalam telefon bimbit.
Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata aplikasi RakanMET yang dilancarkan hari ini merupakan platform perkongsian maklumat antara pengguna dengan MetMalaysia yang berorientasikan perkhidmatan komuniti dan perkongsian pintar.
"Setiap pelaporan yang dikongsikan adalah berdasarkan tetapan lokasi semasa telefon pengguna melalui Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS). Selain itu, aplikasi ini turut menyediakan maklumat ramalan cuaca semasa dan maklumat ini tersedia dalam sela masa 30 minit untuk tempoh sehingga tiga jam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata RakanMET sebelum ini diakses melalui laman web akan terus berperanan sebagai medium komunikasi dua hala antara orang awam dengan MetMalaysia dalam mendapatkan maklumat mengenai cuaca yang sahih dan tepat secara pantas di hujung jari.
Katanya, aplikasi itu boleh dimuat turun melalui Google Play secara percuma dan akan diperluaskan untuk pengguna Apps Store pada April ini.
Dalam pada itu, Muhammad Helmi berkata sempena Hari Meteorologi Sedunia yang disambut setiap tahun pada 23 Mac, MetMalaysia kali ini mengadakan sesi Pocket Talk bertajuk 'Amaran Awal dan Tindakan Awal' yang akan diadakan secara langsung melalui Facebook Live di laman Facebook rasmi MetMalaysia pada 10 pagi esok.
Pocket Talk itu menampilkan tiga ahli panel dari kalangan Pengarah Pejabat Meteorologi Negeri dan Ketua Penolong Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional selaku moderator.
"MetMalaysia mengambil inisiatif sambutan ini sebagai platform untuk menyalurkan informasi dan seterusnya meningkatkan kesedaran awam mengenai maklumat, nasihat dan amaran berkaitan meteorologi, geofizik dan tsunami," katanya.
"Tema Sambutan Hari Meteorologi Sedunia pada tahun ini ialah 'Amaran Awal dan Tindakan Awal' (Early Warning and Early Action) yang dipilih Organisasi Meteorologi Dunia untuk menunjukkan kepentingan amaran awal, supaya semua pihak dapat bersiap siaga dan bertindak lebih awal dalam menghadapi sebarang bencana.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 23 2022

Menurut MetMalaysia, aplikasi RakanMET yang dilancarkan hari ini merupakan platform perkongsian maklumat antara pengguna dengan MetMalaysia yang berorientasikan perkhidmatan komuniti dan perkongsian pintar.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

RakanMET dinaik taraf sebagai aplikasi mudah alih
RakanMET, sebuah platform perkongsian maklumat cuaca serta bencana, dinaik taraf kepada aplikasi mudah alih lebih mesra pengguna yang boleh dimuat turun dalam telefon bimbit.

Aplikasi RakanMET dilancarkan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini melancarkan aplikasi RakanMET yang merupakan platform perkongsian maklumat terkini keadaan cuaca, bencana atau gempa bumi dari semasa ke semasa.