JOHOR BAHRU: Parti PAS dan Perikatan Nasional (PN) seharusnya mengutamakan tawaran dan agenda yang ingin dibawa di negeri ini sebagai bahan kempen semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Simpang Jeram dan bukannya retorik kosong tentang perubahan kerajaan Pusat.
Naib Ketua Pemuda UMNO Mohd Hairi Mad Shah berkata ini kerana rakyat khususnya golongan muda di Johor lebih berminat untuk mendengar agenda meningkatkan taraf ekonomi berbanding isu politik.
"Rakyat sebenarnya sudah bosan mendengar dakwaan tidak masuk akal daripada Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, bahawa kemenangan parti itu akan membantu merubah kerajaan Persekutuan.
"Saya tidak tahu solusi atau bagaimana cara yang boleh diadaptasi (PN-PAS) sehingga boleh membentuk kerajaan baharu.
"Rakyat sudah letih... kalau lihat di Kelantan, Terengganu dan Kedah (selepas kemenangan PN) akhirnya Menteri Besar mereka tetap juga bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi amat penting keselarian antara kerajaan negeri dan kerajaan Pusat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Sukan Bangsa Johor 2023, di Stadium Arena Majlis Bandaraya Johor Bahru, di sini hari ini, sebagai mengulas dakwaan Abdul Hadi bahawa kemenangan calon PN di Pulai akan mengukuhkan perubahan kerajaan yang menurutnya boleh berlaku bila-bila masa.
Sementara itu, Mohd Hairi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Larkin turut meminta agar pengundi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram terus memberikan kepercayaan kepada calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri berkata rakyat boleh menilai usaha dan komitmen dipamerkan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri mentadbir menerusi pelbagai inisiatif, khususnya Agenda Maju Johor 2030.
Katanya Barisan Nasional (BN) dan PH sentiasa bekerjasama bagi memenangkan calon di kedua-dua kerusi itu.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka, berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak dengan hari pengundian awal pada 5 Sept, diikuti hari pengundian 9 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2023

Mohd Hairi (tengah) bersama bersama peserta dalam Majlis Perasmian dan Pelancaran Sukan Bangsa Johor Tahun 2023 di Stadium Arena MBJB, Johor Bahru pada Jumaat. - Gambar Sinar Harian
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.

PN, FMM bincang cara pertingkat daya saing, cipta faedah ekonomi mampan
Perbincangan bagi membantu komuniti perniagaan mewujudkan persekitaran perniagaan yang proaktif dan menjamin dasar mesra perniagaan.

Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.

Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN
Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha PN Wilayah Persekutuan umum peletakan jawatan serta-merta.

Jangan biarkan taktik PN gugat perpaduan kerajaan - AMK
Nabil Halimi berkata taktik politik sebegini berpotensi menggugat perpaduan dalam kerajaan.

Kami mahu tahu betul atau tidak wujud Titah Adendum - Hamzah
Beliau dan rakan dalam PN berbuat demikian selepas dimaklumkan bahawa memang wujud Titah Adendum berkaitan kes bekas Presiden UMNO terbabit.

SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.

SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.