Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru rakyat negeri itu supaya sentiasa berhati-hati dengan anasir luar yang boleh memecah belahkan perpaduan umat Islam.
Baginda bertitah orang Melayu juga seharusnya mengelakkan perbalahan sesama sendiri yang boleh mencetuskan unsur porak peranda serta imej buruk kepada kesucian agama Islam.
Titah baginda, perkara itu dilihat telah banyak berlaku dan jika dibiarkan, orang Melayu Islam tidak dapat terus menguasai pemerintahan negara dan kemungkinan akan luput menjadi sejarah.
"Beta amat dukacita kerana ada segelintir orang Melayu Islam sendiri sanggup mempersoalkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara," titah baginda pada Majlis Perasmian Kompleks Masjid Puncak Alam di sini pada Jumaat.
Sultan Sharafuddin turut menyifatkan tindakan segelintir pihak itu seolah-olah menggadaikan maruah bangsa Melayu dan agama Islam yang akhirnya merugikan bangsa sendiri.
Baginda melahirkan rasa kurang berkenan terhadap sesetengah pihak yang menggunakan masjid untuk berpolitik, berceramah tidak mengikut garis panduan ditetapkan serta mempengaruhi umat Islam ke arah yang meragukan dan menyesatkan.
"Beta difahamkan negeri Selangor menjadi tumpuan kumpulan ajaran sesat maka Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan seluruh umat Islam diingatkan sentiasa berwaspada mencegah perkembangan ajaran ini," titah baginda.
Sultan Sharafuddin juga menasihatkan rakyat Selangor supaya berjimat cermat dan tidak berbelanja berlebihan sempena sambutan Aidilfitri minggu depan bagi mengelakkan pembaziran.
Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 342 fakir miskin, 150 anak yatim dan 100 mualaf serta menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih bersama hadirin.
Turut hadir Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.
Kompleks Masjid Puncak Alam bernilai RM30 juta itu dibangunkan oleh Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) Tan Sri Rozali Ismail yang mewakafkannya kepada Perbadanan Wakaf Selangor.
Kompleks masjid seluas empat hektar yang terletak di bandar Puncak Alam itu siap sepenuhnya pada 20 Jun 2014 dan mampu memuatkan 5,000 jemaah.
Bernama
Fri Jul 10 2015
Sultan Selangor menyeru rakyat negeri itu supaya sentiasa berhati-hati dengan anasir luar yang boleh memecahbelahkan perpaduan umat Islam. - Foto Bernama
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
[KOLUMNIS] Membanteras rasuah muncul sebagai identiti Muslim di Malaysia - Chandra Muzaffar
Oleh kerana Islam dalam Perlembagaan Malaysia dikaitkan dengan identiti negara ----- Islam adalah agama Persekutuan (Fasal 3) penilaian terhadap peranan Islam harus dilakukan dari perspektif tersebut.
DUN Sarawak: RUU bagi namakan semula jawatan Ketua Menteri kepada 'Premier' dibentang
Cadangan untuk menamakan semula jawatan ketua menteri menjadi 'Premier' bertujuan bagi membezakan kedudukan Sarawak dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.
Status wilayah: Takrifan khas dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda - Abdul Karim
Sekiranya benar, Sabah dan Sarawak akan diiktiraf sebagai wilayah, maka perkara itu disambut baik oleh Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Pertemuan Anwar dengan Agong: Apa berlaku selepas 13 Oktober ini?
Sebarang keputusan tidak boleh dibuat secara segera pada pertemuan tersebut, sekali gus menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa perubahan kerajaan akan berlaku dalam masa terdekat.
Syarikat antarabangsa berminat melabur dalam sektor gas hidrogen di Sarawak
Sebuah syarikat antarabangsa menunjukkan minat untuk melabur dalam perusahaan menghasilkan gas hidrogen di Sarawak.
Sambutan Hari Malaysia simbolik kesepakatan dan perpaduan - Awang Tengah
Hubungan akrab antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak memperlihatkan perjalanan yang jelas untuk memperjuangkan hak Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
MA63: Jangan main-main, ini soal perlembagaan - Abang Jo
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan Gabungan Parti Sarawak (GPS) ada pendirian kukuh mengenai soal pindaan Perlembagaaan Malaysia.
Pelantikan Tommy Thomas tidak jejas kedudukan Islam, hak Melayu
Datuk Seri Anwar berkata setiap individu yang dilantik sebagai Peguam Negara adalah terikat kepada Perlembagaan Malaysia.
Pantau organisasi agar hormat Islam sebagai agama Persekutuan - Hadi
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata RoS perlu memastikan organisasi ini bukan sahaja menghormati tetapi mematuhi peruntukan di bawah Perlembagaan.
Penggunaan Bahasa Inggeris di Parlimen bercanggah dengan perlembagaan - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan Anggota Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen, adalah seolah-olah ingin memperlekehkan Parlimen.