JAKARTA: Rakyat Indonesia membelanjakan 165 trilion rupiah (AS$10.7 bilion) setahun untuk rawatan perubatan di luar negara, khususnya Malaysia, kata Presiden Joko Widodo.
Presiden yang lebih dikenali sebagai Jokowi itu berkata hampir satu juta pesakit Indonesia mengunjungi Malaysia untuk mendapatkan rawatan manakala kira-kira 750,000 lagi ke Singapura dan negara lain seperti Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Jerman.
"Patutkah kita membiarkan ia berterusan seperti ini?" soalnya ketika berucap pada majlis perasmian hospital swasta baharu di Bandung, Jawa Barat.
Justeru, kerajaan akan menyokong sepenuhnya pembinaan lebih banyak hospital bertaraf antarabangsa bagi mengelakkan negara kehilangan sejumlah besar pertukaran asing, katanya.
Menurut kenyataan Pejabat Sekretariat Kabinet, Jokowi menggesa kementerian kesihatan dan pendidikan untuk menyelesaikan masalah kekurangan doktor pakar bagi menambah baik perkhidmatan kesihatan.
Peralatan perubatan mencukupi dan kemudahan fizikal yang sempurna menjadi faktor utama bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2023
Hampir satu juta pesakit Indonesia mengunjungi Malaysia untuk mendapatkan rawatan manakala kira-kira 750,000 lagi ke Singapura dan negara lain. - Gambar hiasan
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Bas penumpang hampir terjunam berhampiran jambatan Bronx
Sebuah bas New York terbabas dan tergantung di ketinggian 3.7 meteri berhampiran jambatan Henry Hudson Parkway, New York.
Lebih 10,000 syarikat di Jepun muflis tahun lalu
Kenaikan harga, kekurangan buruh yang semakin teruk dan kejatuhan nilai yen di Jepun mengakibatkan kegagalan perniagaannya hingga menyebabkan 10,006 syarikat muflis pada 2024.
Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina
Kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.
Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa 8.30 pagi Ahad
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas akan berkuat kuasa pada 08:30 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata Gaza bermula 8.30 pagi Ahad - Qatar
Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.
Rakyat Indonesia belanja AS$10.7 bilion untuk dapatkan rawatan di luar negara, khususnya di Malaysia
Hampir satu juta pesakit Indonesia mengunjungi Malaysia untuk mendapatkan rawatan manakala kira-kira 750,000 lagi ke Singapura dan negara lain.