MERSING: Rakyat Johor diseru untuk bersama-sama memeriahkan pelbagai program yang telah disusun atur di setiap tujuh daerah yang akan dijelajahi konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023.
Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Johor Naim Fahmi Ahmad Tajuddin berkata jelajah KMJG Johor secara rasminya bermula di daerah Mersing pada Jumaat, dijadualkan berakhir di Muar pada Ahad.
Selain Mersing dan Muar, beliau berkata jelajah itu turut merentasi daerah Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai, Kluang dan Batu Pahat melibatkan perjalanan sejauh 520 kilometer, sebelum bendera Jalur Gemilang diserahkan kepada JaPen Melaka pada 30 Julai.
"Setiap checkpoint kita adakan penglibatan pelbagai acara dan aktiviti bersama seluruh masyarakat, dan hari ini kita bermula di Mersing seterusnya akan bergerak ke Kota Tinggi.
"Antara acara dan aktiviti yang disusun atur termasuk pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, pertandingan nyanyian lagu patriotik, sayembara puisi dan sajak serta pelbagai lagi," katanya pada sidang media selepas penyerahan Jalur Gemilang daripada konvoi KMJG Pahang, di Dewan Serbaguna Endau, di sini pada Jumaat.
Pemangku Pengarah JaPen Pahang Mazli Hamdan menyerahkan Jalur Gemilang kepada Naim Fahmi sebagai simbolik permulaan konvoi jelajah KMJG Johor.
Naim Fahmi pada masa sama berkata kesemua acara dan aktiviti itu dibuat bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan rakyat tanpa mengira latar belakang, kaum bangsa dan budaya.
Beliau berkata KMJG Johor melibatkan sebanyak 40 kenderaan pelbagai jenis dan disertai 73 anggota antaranya kakitangan JaPen, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Johor serta Kelab Permotoran BMW K-16 Malaysia.
Sementara itu beliau berkata JaPen Johor akan mengadakan pelbagai program bersempena sambutan kemerdekaan tahun ini, antaranya Program Semarak Merdeka di tiga daerah yang tidak terlibat dengan KMJG iaitu Segamat, Pontian dan Tangkak.
KMJG 2023 melibatkan penyerahan Jalur Gemilang ke seluruh pelosok negara di 132 checkpoint Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta Labuan dengan perjalanan sejauh 3,347 kilometer.
Kembara berkenaan yang bermula di Ipoh, Perak, pada 16 Julai lepas akan berakhir di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos, sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023

Peserta konvoi ketika melalui Jalan Rompin-Endau sebelum tiba di Program KMJG dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Endau 2023 di Dewan Serbaguna Endau, Mersing, 28 Julai 2023. --fotoBERNAMA
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.
70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan – PM
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
PM seru sektor swasta ambil sekolah angkat
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan, terutamanya sekolah yang mempunyai fasiliti daif seperti tandas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Tengku Zafrul masih kekal ahli UMNO- Zahid Hamidi
Menurut Ahmad Zahid, beliau juga menasihati Tengku Zafrul agar tidak terburu-buru membuat sebarang keputusan dalam satu pertemuan empat mata minggu lalu.

Rakyat Johor diseru meriahkan sambut Konvoi KMJG 2023 di tujuh daerah
Jelajah KMJG Johor secara rasminya bermula di daerah Mersing pada Jumaat, dijadualkan berakhir di Muar pada Ahad.