Biarpun sudah memasuki hari ke-12, kemelut siapa bakal menjadi Menteri Besar (MB) Perlis masih terus diperkatakan.
Walaupun ada ura-ura MB penggal lalu, Datuk Seri Azlan Man akan dinobatkan kembali setelah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong, desas-desus itu “dipatahkan” selepas Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini umum mencadangkan adiknya, Datuk Ismail Kassim sebagai MB baharu.
Namun difahamkan setakat ini, pencalonan Ismail masih belum mendapat perkenan pihak Istana.
Selain dua calon itu, terdapat seorang lagi yang juga disebut-sebut sebagai calon MB iaitu ADUN Santan, Azizan Sulaiman.
Dengan pengalaman luas dalam politik negeri dan menjawat Timbalan Ketua Bahagian UMNO Padang Besar, Azizan juga disebut-sebut bakal dipilih bagi meneruskan segala pembangunan yang dirancangkan di negeri itu.
Astro AWANI mendekati rakyat Perlis bagi mendapatkan pandangan mereka berhubung isu berkenaan.
Rata-rata yang ditemui senada dan menerima sesiapa pun yang bakal dilantik, selagi individu itu benar-benar layak menjawat jawatan nombor satu di negeri itu.
"Dari segi kriteria, kita mahu MB yang boleh diterima rakyat, yang cergas dan mampu membawa pembangunan ke negeri ini," kata penyelaras Pemuda Cawangan Padang Besar, Abdul Razak Abd Rahim.
Bagi Roslan Ismail, pengerusi Persatuan Kami Anak Felda Cawangan Mata Ayer, rakyat juga mahukan seseorang yang kerap turun padang serta menyediakan peluang pekerjaan untuk anak-anak muda Perlis.
Namun begitu, rakyat berharap agar perlantikan itu dapat disegerakan.
Timbalan YDP PIBG SK Padang Besar, Zaini Tajudin, berkata: "Ia agak pelik sebab kita dah memangkah (mengundi) dah lama, dan tiada peralihan kuasa di Perlis pun, masih lagi Barisan Nasional.
"Jadi rakyat Perlis tentu hendak tengok sesuatu yang sepatutnya. Lantik MB, barulah sebuah kerajaan boleh berjalan.
"Peralihan kuasa Persekutuan pun sudah dibuat. Kita yang tidak beralih tetapi hanya mewarisi kerajaan negeri ni pun, tidak buat apa lagi," keluhnya.
Ujar Zaini, kini terserah kepada Tuanku Raja Perlis untuk perkenankan individu terbaik sebagai MB.
Pada Rabu lalu, 10 wakil rakyat BN dipanggil menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Difahamkan, tujuan baginda memanggil adalah bagi mengenali lebih dekat semua wakil rakyat berkenaan.
Salim Aziz
Mon May 21 2018
![Rakyat mahu pelantikan MB Perlis disegerakan Rakyat mahu pelantikan MB Perlis disegerakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81526910416_SyedSirajuddin.jpg)
Rakyat Perlis kini masih tertanya-tanya, siapakah individu yang bakal memimpin negeri mereka. - BERNAMA/Fail
![Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81635504957_AnnaJenkins.jpg)
Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka
Mahkamah Tinggi menetapkan 28 April ini untuk memutuskan sama ada akan menyemak semula keputusan terbuka Mahkamah Koroner terhadap kematian warga Australia Annapuranee Jenkins.
Dialog Anak Muda: Interfaith Harmony Week faham, hormat dan terima
Apa cabaran dalam usaha untuk memperkukuh hubungan antara agama, etnik, dan budaya di negara ini? Bagaimana kepelbagaian agama dan budaya boleh digabungkan untuk membina sebuah negara yang benar-benar harmoni? Dialog Anak Muda bersama Hawa Rizwana 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Autoriti kawal selia elektrik kembali ke Sabah
Kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri Sabah yang diserahkan Kerajaan Persekutuan secara berfasa memberi ruang kepada Kerajaan Negeri melaksanakan perancangan dan pembangunan pembekalan elektrik di negeri itu.
[TERKINI] Petronas: Langkah penyusunan semula penting untuk masa hadapan
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara.
LBS rai Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 Bilion
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS) di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, pada Rabu.
11 pekerja asing kilang haram ditahan bersama RM21.83 juta e-waste
Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak menyerbu sebuah kilang memproses peleraian buangan elektrik dan elektronik (e-waste) haram di Machang Bubok dan merampas e-waste bernilai RM21.83 juta.
Jenayah penipuan pelaburan (setakat 2 Februari 2025)
Sejumlah 765 kes penipuan pelaburan telah dicatatkan setakat 2 Februari 2025. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) turut menyatakan jenayah penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi lebih RM125.7 juta.
2,000 ditahan kerana dadah dalam 37 hari
Lebih 2,000 orang ditahan kerana pelbagai kesalahan dadah di Perak dalam tempoh 37 hari tahun ini, dari Januari hingga Khamis.
Isu beras, harga lantai padi diumum minggu depan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan menyampaikan kenyataan menteri di Parlimen pada 13 Februari ini mengenai isu beras, khususnya berhubung harga lantai bagi padi.
Bedah siasat mangsa nahas helikopter selesai
Bedah siasat ke atas jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Bentong pagi Khamis, telah selesai.
![Isteri Exco Perlis meninggal dunia Isteri Exco Perlis meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664227462_HashimahKassim.jpg)
Isteri Exco Perlis meninggal dunia
Isteri kepada Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perlis, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Santan, Azizan Sulaiman, meninggal dunia akibat kanser di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
![Kuala Perlis, Sungai Santan dan Sungai Repah teruk tercemar Kuala Perlis, Sungai Santan dan Sungai Repah teruk tercemar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/71556630215_PENCEMARAN.jpg)
Kuala Perlis, Sungai Santan dan Sungai Repah teruk tercemar
Tahap kesedaran masyarakat di negeri ini terhadap menjaga kebersihan kawasan sekitar termasuk membuang sampah di tempat yang sepatutnya masih rendah walaupun kemudahan telah disediakan secukupnya.