Rakyat tidak berminat untuk mengetahui siapa dalang di sebalik penyebaran video intim melibatkan bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan seorang lelaki mirip seorang menteri Kabinet.
Sebaliknya adik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Ummi Hafilda Ali berkata, rakyat mahu mengetahui siapa pelaku tersebut dan individu itu perlu dibawa ke muka pengadilan.
"Rakyat tidak berminat nak tahu siapa dalang, yang kita nak tahu siapa yang terlibat dalam video itu.
"Wajib diseret ke muda pengadilan, jijik dan keji," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Sebelum ini Haziq tampil membuat pengakuan sebagai individu dalam video intim bersama seorang menteri yang tular.
BACA: Polis kenal pasti dalang video lucah babitkan Haziq
Pada Sabtu, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mengesahkan pihaknya telah mengenal pasti dalang di sebalik penyebaran klip video intim tersebut.
Jelasnya, penyebaran video itu dilakukan melalui pakatan tertentu dan beberapa individu telah ditahan, namun enggan mendedahkan identiti mereka.
Sinar Harian
Sun Jul 14 2019
![Rakyat mahu tahu pelaku, bukan dalang sebar video - Ummi Hafilda Rakyat mahu tahu pelaku, bukan dalang sebar video - Ummi Hafilda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61563118695_ummihafildaali.jpg)
Ummi Hafilda Ali berkata, rakyat mahu mengetahui siapa pelaku tersebut dan individu itu perlu dibawa ke muka pengadilan - Gambar Sinar Harian
![Sektor perkhidmatan naik 6.3 peratus, catat hasil tertinggi baharu RM2.4 trilion pada 2024 Sektor perkhidmatan naik 6.3 peratus, catat hasil tertinggi baharu RM2.4 trilion pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739357074_DOSMStatistik.jpg)
Sektor perkhidmatan naik 6.3 peratus, catat hasil tertinggi baharu RM2.4 trilion pada 2024
Sektor perkhidmatan Malaysia mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 6.3 peratus kepada RM2.4 trilion pada 2024 berbanding RM2.3 trilion pada tahun sebelumnya.
Agenda AWANI: Malaysia-Turkiye wajar wujudkan konsortium, bangunkan pelabuhan
Pengarah & Penganalisis Institut Penyelidikan Indonesia, Thailand dan Singapura (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Md Shukri Shuib berkata Malaysia dan Turkiye wajar untuk mewujudkan sebuah konsortium untuk membangunkan pelabuhan secara bersama di Marmara dan Bosphorus di Turkiya dan Selat Melaka. Jelasnya, kedua-dua negara juga wajar meneroka peluang baharu dalam industri perkapalan antarabangsa. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan
Pensyarah Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Mohd Iqbal Abdul Wahab berkata Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan. Jelasnya, Malaysia tidak perlu ragu-ragu untuk meneroka industri berkenaan memandangkan Turkiye sudah menunjukkan kesediaan untuk membuka peluang dan mempunyai kepakaran yang diiktiraf dunia. #AgendaAWANI
![Pasaran getah KL ditutup tinggi Pasaran getah KL ditutup tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677052357_TBgetah.jpg)
Pasaran getah KL ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kebimbangan berterusan terhadap kekurangan bekalan getah asli ketika musim sejuk semakin menghampiri.
Agenda AWANI: Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Apa peluang dan potensi kerjasama saling untung yang boleh dibawa oleh Turkiye untuk manfaat ASEAN khususnya perdagangan, teknologi dan kestabilan rantau ini? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Gencatan Senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan. Jelasnya, memandangkan dunia Arab yang masyhur berpecah, penyatuan dalam satu suara dalam mempertahankan hak Palestin kini boleh dianggap sebagai suatu kemenangan. #AgendaAWANI
![Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695257373_AnwarErdoan.jpg)
Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.
![Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/41512866087_LIGAARAB.jpg)
Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
![Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739357245_HennyMohamedNajib.jpg)
Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Video intim: Semoga tiada lagi mangsa kedurjanaan politik - Azmin Ali Video intim: Semoga tiada lagi mangsa kedurjanaan politik - Azmin Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61563720582_AzminAli.jpg)
Video intim: "Semoga tiada lagi mangsa kedurjanaan politik" - Azmin Ali
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berdoa semoga tidak ada lagi mana-mana individu akan menjadi mangsa kedurjanaan politik seperti yang dilaluinya sebelum ini.
![Video Intim: Farhash hormati keputusan Peguam Negara Video Intim: Farhash hormati keputusan Peguam Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81578562718_farhash.jpg)
Video Intim: Farhash hormati keputusan Peguam Negara
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menggesa semua pihak supaya mengelak daripada membuat spekulasi terhadap mana-mana pihak.
![Video intim: Alhamdulillah, ini noktah segala fitnah dan tohmahan - Azmin Video intim: Alhamdulillah, ini noktah segala fitnah dan tohmahan - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61563745371_AzminAli.jpg)
Video intim: "Alhamdulillah, ini noktah segala fitnah dan tohmahan" - Azmin
Azmin Ali menzahirkan rasa syukur dengan keputusan Jabatan Peguam Negara berhubung kes video intim yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ini.
![Video intim: Tiada individu akan didakwa - Peguam Negara Video intim: Tiada individu akan didakwa - Peguam Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/71532363074_TommyThomas.jpg)
Video intim: Tiada individu akan didakwa - Peguam Negara
Peguam Negara, Tommy Thomas mendapati tiada pertuduhan yang boleh dibuat berhubung dengan video intim yang pernah dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet.
![Video intim: Lembaga Disiplin PKR bakal hubungi Farhash, Amirudin Shari Video intim: Lembaga Disiplin PKR bakal hubungi Farhash, Amirudin Shari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71563986178_TBFarhashWafaAmir.jpg)
Video intim: Lembaga Disiplin PKR bakal hubungi Farhash, Amirudin Shari
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak akan diminta untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan mereka mengenai isu video intim.
![Ketua Polis Negara patut tangkap Azmin, kata setiausaha politik Anwar Ketua Polis Negara patut tangkap Azmin, kata setiausaha politik Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71563878524_TBFARHASHHAZIQBEB.jpg)
Ketua Polis Negara patut tangkap Azmin, kata setiausaha politik Anwar
Katanya, dia turut hairan dengan tindakan polis yang membuka kertas siasatan terhadapnya di bawah Seksyen 377 B, berkaitan melakukan hubungan seks luar tabii.
![Video intim: Tempoh reman Haziq disambung tiga hari Video intim: Tempoh reman Haziq disambung tiga hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/51561024043_HaziqAziz.jpg)
Video intim: Tempoh reman Haziq disambung tiga hari
Tempoh tahanan reman bekas Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan dua individu yang tamat hari ini, disambung tiga hari lagi sehingga Selasa.
![Dalang di sebalik video seks perlu dikenakan tindakan - Amirudin Dalang di sebalik video seks perlu dikenakan tindakan - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61563507589_TBMBJOHOR.jpg)
Dalang di sebalik video seks perlu dikenakan tindakan - Amirudin
"No man is above the law in this country (tiada sesiapa boleh terlepas daripada tindakan undang-undang di negara ini)," demikian tegas Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, Amirudin Shari berhubung keny
![Isu video intim: Najib keluarkan pantun empat kerat Isu video intim: Najib keluarkan pantun empat kerat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/61547897860_najib.jpg)
Isu video intim: Najib keluarkan pantun empat kerat
Isu video intim mendapat perhatian bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang tampil dengan pantun empat kerat di laman Facebook rasminya.
![Video intim: Wujud gerakan politik jatuhkan Azmin - Tun M Video intim: Wujud gerakan politik jatuhkan Azmin - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81562815439_TunMahathirMohamad.jpg)
Video intim: Wujud gerakan politik jatuhkan Azmin - Tun M
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata wujud gerakan politik untuk menjatuhkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dengan isu video intim.