Kementerian Luar mengesahkan bahawa semua rakyat Malaysia di Harare, Zimbabwe adalah dalam keadaan selamat di tengah-tengah keadaan politik yang semakin tegang di ibu negara tersebut.
Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian berkata ia sedang memantau secara dekat perkembangan politik dan ketenteraan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Harare.
"Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk ke Zimbabwe dalam masa terdekat dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan yang kurang penting sehingga dimaklumkan kelak," kata kenyataan itu.
Warganegara Malaysia yang telah berada di Zimbabwe diminta untuk menghubungi pihak kedutaan di talian +263 433 4413 / 4414, +263 77 500 1441 atau melalui e-mel [email protected] atau Kementerian Luar di Putrajaya di talian 03-8887 4587 (semasa waktu pejabat) dan 03-8887 4570 (selepas waktu pejabat) untuk memaklumkan lokasi terkini mereka.
Mereka juga boleh berbuat demikian di [email protected].
''Mereka dinasihatkan untuk kekal berada dalam bangunan dan mengelakkan tempat-tempat sesak serta membuat perjalanan pada waktu malam,''kata kementerian.
Dalam kenyataan berasingan, Kementerian Luar berkata laporan awal dari Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden tembakan di Rancho Tehama, di California Utara pada 14 Nov.
Lima orang dilaporkan maut dalam insiden tersebut dan 10 orang masih menerima rawatan di hospital.
'"Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan ini dan merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada kerajaan dan rakyat Amerika Syarikat, terutama kepada keluarga mangsa," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2017

Anggota tentera berkawal di sepanjang jalan raya di Harare, Zimbabwe, 15 November, 2017. REUTERS

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Gempa bumi kuat landa California Utara
Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter menggegarkan Ferndale City di California Amerika Syarikat (AS) pada 1034 GMT, Selasa, menurut Tinjauan Geologi AS.

Rakyat Malaysia di Harare yang dilanda krisis selamat - Kementerian Luar
Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian berkata ia sedang memantau secara dekat perkembangan politik dan ketenteraan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Harare.