KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diajak untuk bersama-sama bersolidariti dan menyertai kempen '11 Minit Untukmu Palestin' pada 11 Nov ini bermula 9 malam hingga 9.11 malam.
Pengarah Operasi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) Muhd Farhan Muhd Fadhil berkata kempen yang dianjurkan gabungan itu menyeru orang ramai untuk meluangkan masa selama 11 minit bergelap dengan menutup lampu di lokasi masing-masing.
Beliau berkata inisiatif yang dirancang dilakukan secara serentak di seluruh negara itu sebagai tanda kebersamaan Malaysia dalam menyelami penderitaan rakyat Palestin di Gaza yang menerima serangan berterusan rejim Israel sejak 7 Okt lepas sehingga hari ini.
"Tarikh 11.11 dipilih kerana ia sinonim dan mudah diingati dengan kita contohnya, penganjuran promosi jualan barangan tertentu, tapi pada tarikh sama itu kita cuba bawa kelainan mengajak orang ramai untuk membentuk satu gelombang kebersamaan dalam isu konflik Palestin-Israel.
"Jadi, kita ambil sedikit masa 11 minit bermula dari 9 malam bergelap dengan menghayati suasana ketakutan rakyat Palestin yang ada ketikanya mereka bergelap kerana terputus bekalan elektrik berjam-jam lamanya diselangi pula dengan serangan bom rejim Israel tidak henti-henti," katanya ketika dihubungi Bernama.
GSPP adalah gabungan lebih 50 pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGO) terdiri daripada pelbagai latar belakang bersifat kebajikan, undang-undang, kemanusian dan dilancarkan pada 11 Okt lepas.
Muhd Farhan berkata pada tempoh 11 minit itu juga orang ramai diseru untuk mengadakan aktiviti bersama keluarga atau secara individu di kediaman masing-masing seperti solat hajat, bacaan Qunut Nazilah, bertafakur dan berdoa untuk kesejahteraan rakyat Palestin.
"Melihat situasi semasa di Semenanjung Gaza, peperangan yang berlaku ini adalah penentu masa hadapan untuk rakyat Palestin, sama ada berjaya melawan gerakan penjajahan Israel atau tidak...kalau kita tidak buat gerakan sekarang, kemungkinan terjadi peristiwa Nakbah Kedua atau penghapusan etnik selepas kali pertama pada 1948.
"Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai orang Islam untuk menyokong penuh dalam isu Palestin ini supaya dapat menekan pihak berkaitan dan dunia antarabangsa untuk bertindak menggagalkan rancangan penjajahan rejim Israel," katanya.
Muhd Farhan berkata sebaik kempen tamat pada 9.11 malam, orang ramai juga digalakkan merakamkan gambar masing-masing dengan genggaman tangan dan dimuat turun dalam media sosial dengan tanda pagar #SebarkanKemenangan dan #AkhiriPenjajahan supaya mesej solidariti Palestin sampai ke seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 10 2023

Pada tempoh 11 minit itu, orang ramai diseru mengadakan aktiviti bersama keluarga atau secara individu di kediaman masing-masing seperti solat hajat, bacaan Qunut Nazilah, bertafakur dan berdoa untuk kesejahteraan rakyat Palestin.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Rakyat Malaysia diajak sertai kempen '11 Minit Untukmu Palestin'
Gabungan itu menyeru orang ramai untuk meluangkan masa selama 11 minit bergelap dengan menutup lampu di lokasi masing-masing.