Seorang warga Malaysia ditemukan maut dalam tasik air panas yang dikenali sebagai Aik Kalak atas gunung berapi Gunung Rinjani di Pulau Lombok semalam.
Gunung Rinjani menjadi kawasan larangan dan orang awam dilarang mendaki gunung itu ekoran ia mula aktif mengeluarkan debu panas sejak September lepas.
Media dalam talian memetik jurucakap Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Nusa Tenggara Barat sebagai berkata lelaki rakyat Malaysia itu dikenali sebagai Ng Yin Teck berusia 24 tahun.
Katanya, berdasarkan maklumat yang diperoleh, Ng bersama-sama rakannya, seorang wanita rakyat Jerman mendaki gunung itu diiringi seorang porter dan seorang pemandu pelancong.
Rombongan pendaki gunung berapi itu sebenarnya tidak mendapat keizinan pengurusan Taman Nasional Gunung Rinjani.
Jurucakap itu berkata pengurusan taman berkenaan telah menutup semua laluan untuk mendaki gunung itu sejak Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) mengeluarkan amaran bahaya.
Ng dan rombongan terbabit mendaki gunung itu menggunakan laluan Sembalun di daerah Lombok Timur pada awal pagi semalam.
Sebaik sampai di kawasan pemandian air panas itu pada 12.30 tengah hari waktu tempatan, Ng dan teman wanitanya itu terus mandi dan berenang dalam tasik air panas selama 30 minit.
Teman wanitanya kemudian mendapati Ng tidak muncul di permukaan air setelah menyelam agak lama dan kemudiannya meminta bantuan awam.
Beliau berkata ketika kerja-kerja mencari dan menyelamat hampir dihentikan ekoran cuaca gelap, mayat Ng kemudiannya ditemukan terapung pada 7 malam.
Pasukan mencari dan menyelamat sedang menjalankan kerja-kerja menurunkan mayat Ng dari gunung.
Sementara itu Penasihat Kedutaan Bahagian Konsular dan Imigresen, Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia Kamalludin Ismail ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pagi tadi.
Katanya, berdasarkan maklumat awal, Ng yang berasal dari Johor dikatakan pergi ke Lombok untuk tujuan bercuti dan mendaki gunung bersama temannya seorang rakyat Jerman.
Pihak kedutaan sedang menunggu laporan lanjut daripada pihak berkuasa Indonesia untuk tindakan lanjut, katanya. -- Bernama
Bernama
Wed Nov 09 2016
Gunung Rinjani menjadi kawasan larangan dan orang awam dilarang mendaki gunung itu ekoran ia mula aktif mengeluarkan debu panas sejak September lepas. - Foto AFP
ASEAN perlu sedia hadapi cabaran baharu kepada keselamatan, kesepaduan
ASEAN perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran baharu kepada keselamatan dan kesepaduannya.
Menurut Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, pelbagai pakatan multilateral baharu mungkin muncul dan mencabar konsep “ASEAN centrality”, atau keutamaan ASEAN sebagai platform tunggal untuk berdialog, membuat keputusan dan mencorak hala tuju rantau ini.
Menurut Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, pelbagai pakatan multilateral baharu mungkin muncul dan mencabar konsep “ASEAN centrality”, atau keutamaan ASEAN sebagai platform tunggal untuk berdialog, membuat keputusan dan mencorak hala tuju rantau ini.
Seminit RM1,600, gaji Cristiano Ronaldo cecah ratusan juta setiap bulan
Cristiano Ronaldo, merupakan penerima gaji tertinggi selepas menandatangani kontrak baru bersama kelab terkemuka Liga Pro Saudi, Al-Nassr.
TikTok beritahu pengguna AS perkhidmatan ditutup 'sementara'
TikTok kesal terhadap undang-undang AS yang mengharamkan aplikasi itu.
ASEAN 2025: Asia Tenggara paling terdedah, krisis iklim harus dibendung bersama - Mohamad
Guna pakai ASEAN secara efektif dalam melaksanakan langkah bermakna untuk membendung krisis iklim.
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program BeST - Dr Zaliha
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO atau persatuan yang berminat menganjurkan aktiviti pembersihan dan keceriaan di Wilayah Persekutuan.
Rumah kayu tradisional jadi tarikan pelancongan baharu di Kedah
Rumah kayu yang mempamerkan ciri-ciri seni bina tradisional Kedah itu bakal menarik minat pelancong yang datang ke Alor Setar.
Presiden Lubnan tegaskan komitmen Guterres terhadap pengunduran Israel mengikut tarikh akhir
Pendirian Lubnan bahawa pengunduran pasukan Israel dari wilayah yang diduduki di selatan negara itu mesti dilaksanakan seperti dipersetujui pada 27 Nov.
Mahkamah Korea Selatan perintah penahanan rasmi Presiden Yoon
Ini kali pertama dalam sejarah seorang Presiden Korea Selatan yang sedang berkhidmat ditahan.
Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Program rintis FH4A akan dilaksanakan di 20 lokasi terpilih di enam negeri, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor.
Kabel lif ski putus, puluhan cedera di Sepanyol
Sebuah lif ski runtuh di resort di wilayah Aragon, Sepanyol, pada Sabtu.
Rakyat Malaysia maut dalam tasik air panas di Gunung Rinjani Indonesia
Seorang warga Malaysia ditemukan maut dalam tasik air panas yang dikenali sebagai Aik Kalak atas gunung berapi Gunung Rinjani di Pulau Lombok semalam.