Kadar purata pengambilan garam rakyat Malaysia ialah 7.15 gram sehari berbanding lima gram sehari, atau satu sudu teh sahaja, seperti yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kajian rintis Kementerian Kesihatan pada 2015 menunjukkan golongan berumur 18 tahun ke atas mengambil lebih banyak garam.
“Kita menyarankan supaya setiap orang makan 5 gram atau satu sudu teh garam sahaja. Secara purata, rakyat Malaysia mengikut kajian kita, makan lebih kurang 7.15 gram garam pada setiap hari,” katanya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media sempena Minggu Kesedaran Garam Sedunia 2018 “5 Cara Capai 5 Gram Garam” di ibu pejabatnya di sini hari ini.
Justeru, Subramaniam menggalakkan rakyat Malaysia mengubah gaya hidup mereka dengan mengurangkan pengambilan garam dalam makanan atau masakan bagi mengurangkan risiko penyakit hipertensi, jantung dan strok.
“Hipertensi yang tidak dikawal boleh menyebabkan risiko penyakit lain seperti jantung, strok, hati dan sebagainya,” tambahnya.
Ujarnya, kicap, sos tomato, kiub perisa adalah antara bahan perisa yang mempunyai kandungan garam yang tinggi.
“Makanan yang diproses juga seperti makanan dalam tin, makanan sejuk beku mempunyai kandungan garam yang lebih tinggi.
“Makanan yang diawet seperti ikan bilis dan ikan masin semua mempunyai garam yang terlampau banyak, serta makanan ringan,” katanya lagi.
Ketika ini, kata Subramaniam, kira-kira 30 peratus daripada penduduk Malaysia mengidap penyakit hipertensi.
Bagaimanapun, separuh daripada mereka tidak mendapatkan rawatan lanjut.
"Lebih kurang 30 peratus rakyat negara ini merupakan mereka yang berumur lebih daripada 18 tahun.
"Daripada 30 peratus ini, mungkin separuh sahaja yang mendapat rawatan. Lagi separuh tidak mendapatkan rawatan secara berterusan.
"Maka, mereka ada risiko tinggi untuk mendapat serangan jantung, dan strok,” ujarnya.
Rahimah Abdullah
Wed Mar 14 2018
![Rakyat Malaysia terlebih ambil garam setiap hari Rakyat Malaysia terlebih ambil garam setiap hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41521014512_SubraGaram.jpg)
Subramaniam melancarkan Manual Penggunaan Bahan Pendidikan Kesihatan di Kementerian Kesihatan di Putrajaya. Astro AWANI / RAHIMAH ABDULLAH
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Tiga bekas menteri duduk sepentas, sokong pimpinan baharu KKM transformasi sektor kesihatan Tiga bekas menteri duduk sepentas, sokong pimpinan baharu KKM transformasi sektor kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670917028_mantanmenterikesih.jpg)
Tiga bekas menteri duduk sepentas, sokong pimpinan baharu KKM transformasi sektor kesihatan
Tiga bekas Menteri Kesihatan sepakat untuk memberi sokongan kepada kepimpinan baharu kementerian itu bagi mentransformasikan sektor kesihatan negara.
![Tun Samy Vellu meninggal dunia Tun Samy Vellu meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663203368_SamyVellu.jpg)
Tun Samy Vellu meninggal dunia
Bekas Presiden MIC Tun Samy Vellu meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun.
![MIC ubah cara berpolitik, kekal relevan - Subramaniam MIC ubah cara berpolitik, kekal relevan - Subramaniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71527148829_SSubramaniam.jpg)
MIC ubah cara berpolitik, kekal relevan - Subramaniam
Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada anggotanya untuk mengubah cara berpolitik sebagai pembangkang.
![Kemenangan Pakatan Harapan, akhbar tempatan 'meriah' Kemenangan Pakatan Harapan, akhbar tempatan 'meriah'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61525928265_suratkhabar.jpg)
Kemenangan Pakatan Harapan, akhbar tempatan 'meriah'
Kesemua akhbar tempatan menjadikan berita kemenangan Pakatan Harapan sebagai tajuk utama.
![Dr Subramaniam yakin sokongan pengundi Cina meningkat Dr Subramaniam yakin sokongan pengundi Cina meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/61518605897_Subramaniam.jpg)
Dr Subramaniam yakin sokongan pengundi Cina meningkat
Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata sokongan pengundi Cina semakin meningkat apabila mereka telah bosan dengan janji palsu parti pembangkang.
![Sokongan kaum India lebih baik pada PRU14 - Dr Subramaniam Sokongan kaum India lebih baik pada PRU14 - Dr Subramaniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41524090605_DrSSubramaniam.jpg)
Sokongan kaum India lebih baik pada PRU14 - Dr Subramaniam
Keyakinan itu berdasarkan pada maklum balas daripada lebih 800,000 pengundi India di peringkat kebangsaan menerusi pelbagai program dan bantuan yang dilaksanakan.
![Kementerian Kesihatan kaji khidmat 'doula' Kementerian Kesihatan kaji khidmat 'doula'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/81511945806_mengandung.jpg)
Kementerian Kesihatan kaji khidmat 'doula'
Kementerian Kesihatan sedang meneliti sama ada khidmat 'doula' (pembantu ketika proses kelahiran) kepada wanita hamil wajar diteruskan atau sebaliknya.
![Hasil siasatan kebakaran IPFN dijangka siap dua minggu lagi Hasil siasatan kebakaran IPFN dijangka siap dua minggu lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51521265773_HKL.jpg)
Hasil siasatan kebakaran IPFN dijangka siap dua minggu lagi
Kementerian Kesihatan masih menunggu laporan rasmi menerusi siasatan yang sedang giat dilakukan oleh pihak bomba bagi mengesan punca kebakaran.
![#MalaysiaMemilih: Mampukah MCA dan Gerakan bertahan di Johor? #MalaysiaMemilih: Mampukah MCA dan Gerakan bertahan di Johor?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51443158320_JohorJerebu.jpg)
#MalaysiaMemilih: Mampukah MCA dan Gerakan bertahan di Johor?
Pada PRU yang lepas, komponen Barisan Nasional di Johor selain UMNO tidak mencatatkan keputusan yang memberansangkan.
![Rakyat Malaysia terlebih ambil garam setiap hari Rakyat Malaysia terlebih ambil garam setiap hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41521014512_SubraGaram.jpg)
Rakyat Malaysia terlebih ambil garam setiap hari
Setiap rakyat Malaysia direkodkan telah terlebih mengambil garam setiap hari, ujar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.