KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia terus bangkit menyatakan solidariti di seluruh negara hari ini, selari pendirian negara yang lantang dan konsisten memperjuang nasib rakyat di bumi bergolak Palestin sekali gus mengecam kekejaman rejim Zionis.
Di MELAKA, lebih 5,000 masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa hadir menyertai Mega Road Tour Himpunan 1,000,000 Pembela Palestin di pekarangan Stadium Hang Jebat, Krubong di sini.
Laungan "Hidup Palestin", "Merdeka Palestin" dan "Hancur Zionis" bergema di pekarangan stadium itu bagi membantah serangan tanpa peri kemanusiaan yang meragut ribuan nyawa di kawasan bergolak itu.
Hadirin yang rata-ratanya berpakaian berwarna putih tiba seawal 7 pagi dengan mengenakan mafla dan mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti terhadap rakyat negara yang ditindas rejim Zionis itu.
Himpunan berkenaan turut disertai Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang tiba kira-kira 9.30 pagi bersama kepimpinan kerajaan negeri bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin.
Ab Rauf ketika ditemui pemberita berkata kerajaan negeri tidak menghalang mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan perhimpunan solidariti bagi menyatakan sokongan kepada Palestin dan mengutuk kekejaman rejim Zionis.
"Kerajaan negeri tidak menghalang mana-mana NGO untuk menganjurkan (perhimpunan bagi menyatakan) rasa simpati tetapi mestilah mengikut peraturan yang digariskan kerajaan.
Saya mengalu-alukan seluruh rakyat Melaka bersama-sama pimpinan bahawa suara untuk rakyat Palestin ini mesti disuarakan sebanyak mungkin di seluruh negeri," katanya.
Seorang peserta perhimpunan, Muhammad Adam, 38, yang berasal dari Yangon, Myanmar berkata beliau tiba pada 7 pagi tadi bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin.
"Ramai yang meninggal dunia dalam peperangan yang berlaku di Palestin. Saya rasa kasihan melihat mereka dan hadir pada hari ini untuk menunjukkan sokongan," katanya yang tinggal di Melaka sejak 14 tahun lepas dan fasih berbahasa Melayu.
Bagi penjawat awam, V. Surega, 27, berkata beliau menyertai perhimpunan tersebut bagi menyatakan sokongan sebagai rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin yang ditindas di Gaza.
Beliau berkata video yang tular di media sosial mengenai kekejaman Zionis amat mengguris hatinya terutama ketika melihat bayi-bayi yang yatim piatu selepas ibu bapa mereka terkorban dalam serangan.
Konvoi yang disertai 52 kenderaan pacuan empat roda itu bergerak kira-kira 40 kilometer bermula dari stadium berkenaan hingga ke pantai Bagan Pinang, Port Dickson dengan mengibarkan bendera Palestin.
Pengurus Cawangan Aman Palestin Negeri Sembilan Mohamad Isfahmi Mohamad Nordin berkata walaupun usaha itu mungkin kecil namun ia sebagai mesej kepada dunia bahawa negara bersama-sama turut berjuang dengan rakyat Palestin.
"Nak pergi sana (Palestin) nak berjuang angkat senjata kita mungkin tak mampu tapi inilah sebahagian jihad yang mampu dibuat, kita kena bangkit tunjukkan kita juga berjuang dalam membantu mereka," katanya kepada pemberita sebelum memulakan konvoi berkenaan di sini hari ini.
Ketua konvoi PCMF Zaim Shahari berharap konvoi berkenaan akan diteruskan merentasi negeri selepas ini dengan penyertaan yang lebih ramai sekali gus memberi kesedaran kepada orang ramai untuk turut bersolidariti dalam perjuangan Palestin.
"Mesej yang ingin disampaikan adalah apa yang terjadi di Gaza, Palestin bukanlah lagi isu kemanusiaan kerana isu berkenaan sudah berlaku lebih 70 tahun dan penduduk di sana terus berdepan penindasan rejim Israel," katanya.
Masjid Dato' Klana Petra Mubarak Al-Haj, Sungai Landak, Ampangan di sini turut tidak terkecuali mengadakan aktiviti sokongan menerusi penganjuran program Palestin Kita Bersama termasuk pertandingan poster digital, video pendek dan kolaj selain ceramah dan bacaan Qunut Nazilah ketika solat zuhur.
Pengerusi Jawatankuasa masjid Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata penganjuran program itu dengan penglibatan semua golongan adalah bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu Palestin.
"Kita kena faham isu yang berlaku ketika ini dan kita perlu tanya kepada diri apa yang kita boleh buat dan bantu. Penganjuran program sebegini antara perkara yang boleh kita buat bagi meningkatkan kesedaran itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 29 2023

Orang ramai berkumpul sambil membawa bendera Palestin dan sepanduk sebagai tanda menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin pada Jelajah Satu Juta Pembela Palestin di pekarangan Stadium Hang Jebat dekat Krubong hari ini. - Foto Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pahang hantar bantuan barangan 30 tan ke Palestin
Kerajaan Pahang akan menghantar 30 tan barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi meringankan beban rakyat Palestin.

ICJ perintahkan Israel ambil tindakan tangani kebuluran di Gaza
Panel hakim di ICJ sebulat suara memerintahkan Israel untuk mengambil tindakan segera bagi menjamin penghantaran bekalan makanan asas kepada warga Palestin di Gaza.

Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.

Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB gagal buat resolusi gencatan senjata
Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB sekali lagi gagal membuat resolusi gencatan senjata dalam konflik Palestin-Israel.

Rakyat Palestin di Gaza terus dihantui mimpi ngeri - Setiausaha Agung PBB
Guterres berkata bahawa dunia telah melihat cukup kengerian perang dan merayu gencatan senjata untuk membolehkan lebih banyak bantuan disalurkan.

14 staf Bulan Sabit Merah Palestin dijadikan tebusan oleh Israel
Empat belas kakitangan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dijadikan tebusan oleh Israel.

23 kanak-kanak maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Seramai tiga lagi kanak-kanak Palestin telah meninggal dunia di sini akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi.

“Gaza jadi zon maut” - Ketua WHO
Situasi kesihatan dan kemanusiaan yang "tidak berperikemanusiaan" kini berlaku di seluruh Gaza dengan keadaan terus merosot.

Israel bunuh wartawan Palestin untuk hapuskan kebenaran
Kekejaman yang dilakukan rejim zionis bukan sahaja membunuh kanak-kanak dan wanita malah wartawan turut menjadi mangsa mereka.

IAIS Malaysia puji keputusan ICJ dalam kes genosid Israel, kesal tiada perintah gencatan senjata
Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia memuji Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas keputusan interimnya pada Jumaat berhubung kes genosid yang dimulakan oleh Afrika Selata