KUALA LUMPUR: "Keluarga saya kini selamat tetapi siapa tahu apa akan berlaku kepada mereka pada masa akan datang?" kata Maram Besaiso, warga Palestin berusia 23 tahun yang menuntut di Malaysia.
Maram yang melanjutkan pengajian sarjana dalam bidang pemakanan klinikal di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, keluar dari Gaza ketika ini untuk menyambung pelajaran merupakan detik paling buruk buatnya kerana terpaksa berpisah dengan keluarga semasa peperangan berlaku.
Maram datang ke Malaysia pada 7 Okt tanpa visa pelajar dan mengambil masa hampir dua bulan untuk mendapatkannya.
"Saya bertuah kerana Fakulti Sains Kesihatan (FSK) UKM bersama-sama Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Global (EMGS) banyak membantu untuk mempercepat proses, jika tidak ia mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan menyebabkan saya tidak dapat belajar di sini," katanya kepada Bernama.
Maram ditemui pada sesi temu mesra "FSK Stands with Palestine" anjuran FSK UKM yang turut dihadiri antaranya Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali di sini hari ini.
Sementara itu, Walid berkata solidariti dengan Palestin perlu dilakukan untuk rakyat di negara itu secara keseluruhannya, bukan terhadap mereka yang menderita di Gaza sahaja.
"Kita perlu ingat bahawa Gaza bukanlah satu-satunya wilayah di Palestin, ada juga Tebing Barat dan Baitulmuqaddis yang rakyatnya turut ditindas dan diduduki oleh tentera Israel.
"Justeru, saya mengalu-alukan sesi seperti ini diadakan lebih kerap dan memudah cara pertukaran yang lebih telus antara rakyat Malaysia dengan Palestin di sini, untuk memastikan tiada salah faham di mana-mana," katanya.
Sekurang-kurangnya 14 rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan udara di Semenanjung Gaza sebaik sahaja jeda kemanusiaan antara Israel dengan Hamas yang berkuat kuasa pada 24 Nov lepas, berakhir pada pagi Jumaat.
Bernama melaporkan bahawa menurut koresponden Anadolu, serangan bertubi-tubi dan tembakan meriam tentera penceroboh Israel di timur Semenanjung Gaza bermula sejurus selepas jeda kemanusiaan tamat.
Menurut laporan akhbar antarabangsa, lebih 15,000 rakyat Palestin terbunuh oleh serangan Israel di Gaza sejak 7 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023

Solidariti dengan Palestin perlu dilakukan untuk rakyat di negara itu keseluruhannya, bukan hanya terhadap mereka yang menderita di Gaza. - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Boikot berterusan Starbucks, Maybank IB potong unjuran pendapatan Berjaya Food RM95 juta pada FY25
Katanya, kerugian bersih teras kumpulan pada 2QFY25 sebanyak RM31 juta menjadikan kerugian bersih teras 1HFY25 kepada RM65 juta.

Penghantaran pertama rumah mudah alih ke Gaza bertolak dari Mesir
Trak yang membawa rumah mudah alih dan sebuah jentolak melintasi bahagian Mesir di Pintu Sempadan Rafah menuju ke terminal Kerem Shalom.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.