Rakyat Malaysia perlu bersatu padu menentang campur tangan asing yang cuba mencampuri urusan untuk menentukan kepimpinan negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata walaupun berlainan pendapat, rakyat Malaysia tidak boleh membenarkan mana-mana pihak asing mencampuri politik negara.
"Kita harus bersatu padu dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan. Walaupun ada perbezaan pendapat di kalangan rakyat, namun kita mempunyai proses pilihan raya dan rakyat Malaysia yang akan menentukan parti mana yang harus memerintah," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesyen Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Kota Belud, di sini hari ini.
Mengulas lanjut Salleh berkata campur tangan asing itu perlu ditentang habis-habisan kerana ia hanya menjejaskan perpaduan rakyat di Malaysia.
"Matlamat mereka (campur tangan asing) sangat jelas...mereka hanya menginginkan kerajaan yang mengikut telunjuk dan arahan, agar kerajaan kita selari dengan ideologi politik mereka," katanya.
Baru-baru ini, DC Leak mendakwa Open Society Foundation (OSF) yang dimiliki jutawan George Soros menyalurkan dana kepada pertubuhan awam tempatan termasuk Bersih, C4 Malaysia, Pusat Kesedaran Komuniti (Empower), Penang Institute, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Jawatankuasa Pilihan Raya Bebas (Comfrel).
Ia mendakwa OSF turut berusaha mempengaruhi pilihan raya negara ini menerusi program pergerakan pengundi mobiliti.
Dalam perkembangan lain, Salleh menyarankan agar Kemas membuat penambahbaikan modul pembelajaran, termasuk kegiatan atau program yang dikendalikan jabatan berkenaan dari semasa ke semasa.
"Ia selaras dengan perkembangan semasa dalam sebuah negara yang pesat membangun seperti Malaysia. Perkara itu penting bagi memastikan anak-anak kita di peringkat pendidikan awal mendapat pendedahan perkembangan terkini," katanya. - Bernama
Bernama
Sat Nov 05 2016

Salleh berkata walaupun berlainan pendapat, rakyat Malaysia tidak boleh membenarkan mana-mana pihak asing mencampuri politik negara. - Gambar fail / Astro AWANI
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Mahkamah Romania arah pilihan raya semula
Mahkamah Perlembagaan Romania pada Jumaat membatalkan pusingan pertama pilihan raya presiden, dan mengarahkan pilihan raya semula.

PM Pakistan akan kongsi dengan media dan sekutu bukti campur tangan asing terhadap kerajaannya
Pakistan sedang dilanda kemelut politik yang hebat kerana kerajaan pimpinan Imran menghadapi undi tidak percaya di Parlimen.

Hari Hak Asasi Manusia 2017: Malaysia terus perjuangkan kesederhanaan
Deklarasi itu menetapkan standard minimum dan umum berkenaan hak asasi manusia untuk semua orang di semua negara.

Rakyat perlu bersatu menentang campur tangan asing - Salleh
Rakyat Malaysia perlu bersatu padu menentang campur tangan asing, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

PAS sokong usaha kerajaan wujudkan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik
PAS menyambut baik usaha kerajaan untuk mewujudkan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA) dan menolak sebarang bentuk campur tangan asing dalam politik negara.

Campur tangan asing tidak akan berjaya jatuhkan perdana menteri - Nazri Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yakin usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui campur tangan asing tidak akan berjaya.