KUALA LUMPUR:Ketika Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 2018, ramai pihak – termasuk dirinya sendiri – mempunyai harapan tinggi agar gabungan itu mampu membawa agenda reformasi seperti mana mereka janjikan dalam manifesto pilihan raya, akui bekas Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Tun Razak.
Malangnya, kata beliau lagi, apa PH lakukan terlampau kecil, malah gagal melaksanakan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dan gagal meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Nazir berkata, dua perkara itu hanya agenda yang agak kecil berbanding dengan apa yang telah dijanjikan pada peringkat awalnya.
“Dan ketika mana pengakhiran pemerintahan Barisan Nasional (BN) dilihat sebagai satu kejayaan demokrasi, tiada jaminan penggantinya akan memperlihatkan keadaan demokrasi yang lebih stabil. Para penganalisis politik dari kalangan anda mungkin akan berkata masyarakat majmuk menjangkakan sesuatu yang sebaliknya.
“Tetapi kejatuhan Kerajaan PH hanya selepas 22 bulan memerintah, serta kelemahan ketara Kerajaan Perikatan Nasional, bukanlah petanda awal yang bagus,” katanya lagi.
BACA: Penglibatan berlebihan kerajaan dalam ekonomi perlu diubah - Nazir Razak
Nazir berkata, pada pandangan beliau, pengalaman di bawah pemerintahan PH mengukuhkan lagi pendapat bahawa sistem sedia ada merupakan seperti 'garapan teater yang buruk'.
Jelasnya lagi, masyarakat boleh menukar pelakon, malah boleh mencari pelakon yang terbaik, tetapi naratif tayangan teater itu tetap buruk.
“Sistem sedia ada telah menetapkan insentif dan dorongan kepada ahli politik dan parti-parti politik untuk bertindak seperti mana yang mereka lakukan sekarang.
“Dan amat sedih apabila sistem ini menggalakkan mereka menjadi terlalu berpecah-belah, terlampau mudah didorong insentif wang, dan terlalu cenderung untuk memegang kuasa,” katanya lagi.
Nazir berkata, dalam erti kata lain, sistem sedia ada telah berevolusi menjadi raksasa berkepala tiga – politik identiti, politik wang, dan penumpuan kepada kuasa.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, demi Malaysia yang lebih baik, beliau ingin mencadangkan beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan pihak berkepentingan.
“Sewaktu tempoh Lawatan Felo saya di Oxford, dan kini sebahagian daripada kerjasama strategik dengan ahli akademik dan masyarakat sivil, saya memperjuangkan idea bahawa kita perlu menetapkan semula sistem ini.
“Kami telah menjalankan kajian selama enam bulan untuk mengumpul pandangan rakyat Malaysia dari pelbagai spektrum, lapisan masyarakat, termasuk menggunakan idea terkumpul dari www.mybetterfuture.org.
“Satu soalan asas ialah perlu atau tidak untuk kita menubuhkan satu lagi Majlis Konsultansi Negara, satu platform yang telah diwujudkan pada 1970an dan mempunyai 67 wakil – pemimpin komuniti, ahli politik, wakil perkhidmatan awam, media, kumpulan agama, dan penggiat bisnes dan golongan profesional – membincangkan dan menyokong reformasi sistem,” katanya lagi.
Nazir berkata, tidak semestinya ia akan meniru atau menggunapakai apa yang telah dipersetujui dalam Majlis itu, tetapi apa yang lebih penting ialah pengalaman yang diperolehi dan dikongsi oleh ahli awal.
Ujarnya lagi, platform musyawarah seperti itu boleh memberi nilai tambah kepada demokrasi perwakilan.
“Malah, ia boleh menjadi bentuk demokrasi yang lebih tulen, berbanding dengan sistem dimana kita mewakilkan suara dan pandangan kita kepada seseorang individu, sehingga tempoh pilihan raya seterusnya,” katanya lagi.
Selain itu, Nazir berkata, satu lagi soalan yang perlu ditangani segera ialah – mampu atau tidak Malaysia menjadi lebih baik dari apa yang ada pada masa kini.
Sama ada segala keresahan dan kekecewaan yang beliau sebutkan hanyalah sebahagian daripada pertumbuhan demokrasi ke arah Malaysia baharu, Nazir berkata, apa yang penting perlu ada tindakan untuk mengenal pasti dan merealisasi kunci-kunci reformasi.
Ujarnya lagi beliau percaya ada asas yang kukuh untuk berusaha ke arah penyusunan institusi baharu agar lebih efektif terhadap pertandingan politik; pengasingan kuasa yang lebih jelas antara bisnes, kerajaan, dan politik; dan reformasi pilihan raya.
“Saya percaya ramai akan bersetuju jika ahli pemikir terbaik dan pemimpin mengutamakan kontrak sosial antara kaum kita, sistem pendidikan, dan tindakan afirmatif, daripada membiarkan teater toksik berterusan, iaitu bagaimana parti-parti politik terus menghasilkan formula dan perjanjian yang hanya berkesan untuk Malaysia hari ini,” katanya lagi.
Nazir berkata, beliau memohon maaf kerana keadaan sedia ada hanya membenarkan negara yang tercinta ini menjadi seperti apa yang berlaku sekarang.
Ujarnya lagi, beliau agak optimistik Malaysia akan jadi lebih baik kerana melihat ramai rakyat yang mahukan reformasi terhadap sistem ekonomi negara.
“Pada akhirnya, ahli politik akan bertindak balas dan mendengar selagi mana rakyat bersuara,” katanya lagi.
*Artikel ini merupakan siri kedua daripada keseluruhan ucapan bekas Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB (1999-2014) merangkap bekas Pengerusi CIMB (2014-2018( Datuk Seri Nazir Tun Razak sewaktu di forum kepimpinan Alumni Chevening pada 16 November 2020.
**Ia disiarkan sepenuhnya oleh akhbar The Edge Markets dalam ruangan kolum My Say oleh Nazir Tun Razak bertajuk – “Making a Better Malaysia”
Firdaus Azil
Sat Nov 21 2020
Kejatuhan Kerajaan PH hanya selepas 22 bulan memerintah, serta kelemahan ketara Kerajaan PN, bukanlah petanda awal yang bagus, kata Nazir. - Gambar fail/BERNAMA
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Amirudin kekal Pengerusi Majlis Pimpinan PH Selangor sesi 2024/2025
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari kekal sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pakatan Harapan (PH) Selangor bagi sesi 2024/2025.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama BN-PH: Ahli akar umbi BN terima baik - Zambry
Penerimaan ahli akar umbi Barisan Nasional (BN) terhadap kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) adalah baik, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
"Pemimpin UMNO jangan 'usik' rakan komponen Kerajaan Perpaduan" - Ahmad Zahid
Pemimpin UMNO diingatkan agar tidak 'mengusik' rakan-rakan parti komponen Kerajaan Perpaduan sehingga menimbulkan masalah.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.