IPOH: Orang ramai khususnya di Sabah dinasihatkan supaya tidak bimbang dan meneruskan kehidupan seperti biasa susulan dakwaan kononnya tentera Sulu akan menceroboh negeri itu tidak lama lagi.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata ini kerana menerusi maklumat yang diterima pihaknya, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan dimanipulasi.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bersiap siaga untuk sebarang kemungkinan dan orang ramai diminta untuk terus bekerja seperti biasa," katanya selepas sesi perhimpunan khas sempena lawatan kerja Timbalan Ketua Polis Negara ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.
Jumaat lepas, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang dilaporkan berkata, tiada bukti kukuh berhubung rancangan tentera Sulu tersebut untuk melakukan pencerobohan dan pihaknya memandang serius akan sebarang isu ini yang akan mengancam keselamatan negara.
Mazlan berkata setakat ini, pihaknya dimaklumkan perhimpunan yang diadakan tentera Sulu tersebut berkaitan isu setempat dan bukannya untuk mengadakan pencerobohan di Sabah.
"Kami dapat maklumat memang ada perhimpunan dan perbincangan di Selatan Filipina tetapi mengenai ekonomi dan keselamatan setempat. Perbincangan tersebut tidak berkait dengan serangan di Sabah dan ada pihak yang cuba memanipulasikan maklumat tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 15 2021

MAZLAN: PDRM akan bersiap siaga untuk sebarang kemungkinan dan orang ramai diminta untuk terus bekerja seperti biasa. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kembara Kenali Borneo dinanti-nantikan rakyat Sabah
Kembara Kenali Borneo akan diadakan di lapan daerah bermula di Tawau pada 3 Sept dan berakhir di Sipitang pada 7 Sept.

Rakyat Sabah perlu terus kekalkan perpaduan, jaga keharmonian - Hajiji
Hajiji berkata rakyat Sabah perlu berdiri teguh dan jangan terpengaruh dengan sebarang perkara negatif yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan sehingga membawa kepada perpecahan.

Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada semua yang meraikan perayaan itu di Sabah.

'Pejuang di Semenanjung pun kalah teruk, mau datang Sabah lagi?' - Bung Moktar
Tegasnya, Pejuang hilang semua wang pertaruhan ketika bertanding di Semenanjung dan amat mustahil rakyat Sabah berminat dengan parti itu.

Air mata kegembiraan iringi kepulangan rakyat Sabah selepas dua tahun
Tangisan kegembiraan dan laungan "Kami sudah pulang!" memenuhi setiap ruang Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini.

Lantikan enam pemimpin Sabah satu pengiktirafan buat rakyat negeri ini - Bung Moktar
Pelantikan enam Ahli Parlimen Sabah dalam pembentukan Kabinet baharu disifatkan sebagai satu pengiktirafan buat rakyat negeri itu.

PKP 2.0: Rakyat Sabah desak SOP diperketatkan lagi
Terdapat banyak desakan daripada rakyat negeri itu agar kerajaan memperketatkan lagi SOP sedia ada bagi tujuan melandaikan jumlah kes di negari itu.

PRN Sabah: PRU15 lebih awal jika rakyat beri mandat pada GRS - PM
Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah merupakan isyarat kepada kerajaan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kenapa Chin Tong tidak buat kenyataan setuju Kementerian Luar pertahan Sabah? - Hishammuddin
Liew Chin Tong dipersoal kerana tidak membuat kenyataan menyokong tindakan Kementerian Luar selama ini yang mempertahankan Sabah.

PRN Sabah: Paluan gendang pilihan raya bermula, harapan rakyat setinggi Kinabalu
Paluan gendang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula dengan rasminya. Seramai 447 calon diumumkan bertanding pada PRN Sabah kali ini.