SIBU: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan rakyat di Sabah dan Sarawak sangat hebat kerana setia menunggu untuk menyambut ketibaan konvoi Kembara Kenali Borneo yang diketuai Seri Paduka Baginda.
Seri Paduka Baginda bertitah sepanjang perjalanan kira-kira 1,700 kilometer dari Tawau pada 3 September lepas sehingga ke Bandar Sibu, rakyat di kedua-dua negeri di Borneo itu telah hadir beramai-ramai untuk menyambut rombongan konvoi berkenaan.
"Saya telah sampai ke Sibu hari ini rasa cukup terharu, dari hati ikhlas saya tak terkata lagi memang terbukti rakyat Borneo ini cukup-cukup hebat sekali kerana sanggup menunggu kita dengan isteri dan keluarga saya," titah baginda semasa majlis santapan di Dewan MUC di Kampung Bandong di sini malam Isnin.
Al-Sultan Abdullah bertitah baginda tidak dapat berhenti untuk bersalaman dengan semua rakyat yang menunggu di sepanjang perjalanan konvoi, namun hanya dapat memberikan lambaian kepada rakyat sebagai penghargaaan terhadap sambutan mereka.
"Begitu ramai yang menunggu tadi, kita tidak kesampaian untuk bersalam sekadar melambai sahaja. Saya harap lambaian itu akan terus kekal dalam hati kita...dalam ingatan kita," titah Seri Paduka Baginda.
Majlis santapan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Majlis itu turut diserikan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian daripada masyarakat setempat di sini.
Seri Paduka Baginda berdua akan meneruskan Kembara Kenali Borneo esok dengan santapan pagi di Pasar Sentral Sibu dan melawat di sekitar pasar basah terbesar Malaysia itu, sebelum berangkat ke Sri Aman dan seterusnya ke Kuching.
Berangkat sama dalam Kembara Kenali Borneo di Sarawak ialah paduka anakanda Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah.
Kembara Kenali Borneo untuk merealisasikan impian Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendekati rakyat di Sabah dan Sarawak, mengakhiri pengembaraan di Sabah pada 7 Sept lepas sebelum memasuki Sarawak melalui Brunei.
Penjelajahan sejak 3 hingga 13 Sept itu, bermula dari Tawau, Sabah dan akan berakhir di Telok Melano di selatan Sarawak, melibatkan perjalanan jarak sejauh 2,154 km menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan menyanyi pada Majlis Santapan bersama rakyat sempena Kembara Kenali Borneo di Dewan MUC, Kampung Bandung pada Isnin. - Bernama

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar
Pelantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan YDPA Sultan Ibrahim, yang kini sedang berada di luar negara untuk menjalani rawatan.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.