Rakyat Sarawak tidak sabar menunggu cadangan pengumuman oleh Ketua Menteri Datuk Abang Johari Tun Openg berhubung pengembalian hak-hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) oleh kerajaan Persekutuan.
"Sarawak perlukan kuasa ini untuk mendapatkan lebih banyak dana dan cara lebih baik untuk membawa lebih banyak pembangunan dan kemajuan untuk rakyat, bukan mencetuskan sebarang masalah dengan kerajaan persekutuan," kata penganalisis politik Datuk Peter Minos.
Minos, yang juga pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan pada Isnin memberitahu, rakyat Sarawak amat gembira bahawa kuasa-kuasa berkenaan yang telah hilang sejak lama akan dikembalikan kepada negeri ini.
Dengan kuasa berkenaan kembali di tangan kerajaan negeri, beliau berkata hubungan persahabatan yang sebenar dan tulen akan terjalin antara Sarawak dan Kuala Lumpur.
Abang Johari telah berusaha keras untuk mendapatkan semula hak-hak itu, kata Minos dan menurutnya perkara itu dinyatakan dengan jelas pada konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Kuching bulan lepas. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa merasmikan perhimpunan agung PBB telah berikrar untuk mengembalikan hak-hak Sarawak yang telah terhakis.
"Tiada perasaan bagi sebarang kehilangan. Saya fikir dan percaya penuh bahawa langkah ini akan menjadikan Malaysia lebih baik dan lebih hebat kerana salah faham dan perasaan tidak percaya akan lenyap," kata pengerusi Persatuan Warisan Bung Bratak itu.
Beliau berkata sepertimana ditegaskan Abang Johari, Sarawak akan kekal sebagai sebahagian daripada Malaysia untuk selama-lamanya. Ini juga dinyatakan oleh Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang telah membangkitkan isu MA63 sebaik sahaja beliau menjadi ketua menteri.
"Mereka ikhlas berhubung perkara itu dan begitu juga rakyat Sarawak, yang sepenuh hati menyokong langkah Abang Johari dalam mendapatkan semula apa yang menjadi hak Sarawak daripada kerajaan Persekutuan.
"Hanya mahu mendapatkan semula apa yang menjadi milik Sarawak dan tidak lebih daripada itu. Pihak yang mengatakan Sarawak keterlaluan atau mendesak Kuala Lumpur berhubung isu itu sebenarnya tidak faham.
"Mereka melihatnya dari sudut yang salah. Apa juga milik anda adalah hak anda dan itu adalah hakikatnya. Kami di Sarawak tidak sabar menunggu apa yang Ketua Menteri Abang Johari akan nyatakan atau umumkan esok," kata Minos.
Naib Canselor Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) Prof Datuk Khairuddin Abdul Hamid berkata cadangan pengumuman esok jelas menunjukkan keikhlasan kerajaan Persekutuan untuk membantu Sarawak.
Ia juga merupakan inisiatiaf jujur ikhas di kedua-dua pihak yakni kerajaan negeri dan Persekutuan yang telah saling bekerjasama sejak sekian lama dan kerjasama itu tidak akan berakhir dengan pengumuman tersebut.
Pengumuman hari ini mungkin berkaitan beberapa inisiatif yang diambil untuk mengembalikan hak-hak Sarawak di bawah MA63 yang telah terhakis, katanya.
"Saya percaya ia bukan dicetuskan oleh sebab hampir pilihan raya umum. Ia telah diusahakan sejak sekian lama. Cuma mungkin sekarang baru ada kesedaran, selama ini mungkin kita terleka," katanya.
Khairuddin berkata beliau tidak menjangkakan pengumuman itu akan membawa perubahan atau pembaharuan yang terlalu drastik, sebaliknya mungkin berkisar kepada soal pentadbiran, misalnya berkaitan pendidikan yang kini terikat dengan dasar yang digubal di Putrajaya.
Penganalisis politik di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Profesor Madya Dr Jeniri Amir berkata pengembailan kuasa itu dapat dicapai kerana wujudnya hubungan yang baik antara kerajaan negeri dan persekutuan.
"Ramai rakyat negeri ini kurang faham bahawa proses pengembalian hak ini sangat rumit dan memerlukan masa disebabkan isu ini sangat komplek kerana ia membabitkan undang-undang negara dan hubungan kerajaan negeri dan persekutuan," katanya kepada Bernama.
Parti pembangkang mungkin akan cuba mempolitikkan perkara itu kerana cadangan pengumuman itu dibuat ketika pilihan raya umum semakin hampir, katanya dan berharap parti pembangkang tidak berbuat demikian.
Jeniri berpendapat satu daripada hak yang akan dikembalikan kepada Sarawak adalah berkaitan minyak dan gas yang sudah tentu akan membolehkan Sarawak meningkatan pendapatan dan ekonominya, di samping meningkatkan pendapatan rakyatnya.
Pensyarah Universiti Malaya (UM) Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata pengembalian hak-hak itu sesuai dengan dasar keterbukaan Najib yang mahu melihat kemajuan lebih pesat di Sarawak dan juga di Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 06 2018

Dengan kuasa berkenaan kembali di tangan kerajaan negeri, hubungan persahabatan yang sebenar dan tulen akan terjalin antara Sarawak dan Kuala Lumpur. - Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.

Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.

Jawatan dalam Kabinet Sarawak: Abdul Karim serah kepada Premier
Abdul Karim yang memegang dua portfolio menteri dalam Kabinet negeri berkata sebarang urusan berhubung pelantikan anggota kabinet adalah hak Abang Johari.

Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu mengambil iktibar daripada kemelut perjalanan politik Parti Kongres di India serta Parti Demokratik Liberal (LDP) di Jepun.

Abu Bakar dilantik Pengerusi interim AirBorneo, fokus sektor permulaan Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta
Abu Bakar akan dibantu pasukan sedia ada yang kini bertugas untuk MASwings di Sarawak dan Sabah.

Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.

Perbincangan mengenai kabel dasar laut Sarawak-Singapura akan dimuktamadkan tidak lama lagi
Perbincangan akan dimuktamadkan dalam suku pertama tahun ini, diikuti dengan kemungkinan pemeteraian perjanjian antara Malaysia dan Singapura.

Sarawak tingkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial - Abang Johari
Sarawak meningkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial dengan memanfaatkan sumber hidrokuasanya yang berlebihan bagi memenuhi permintaan Asia yang semakin bertambah terhadap bahan api bersih.

Sarawak berhasrat bangunkan model AI sendiri - Abang Johari
Abang Johari berkata platform AI yang dibangunkan sendiri juga akan membantu mempromosikan biodiversiti Sarawak.