Seorang rakyat Singapura yang menyusuri Hutan Lipur Gunung Pulai maut pagi Ahad akibat tergelincir.
Mangsa dikenali sebagai David Cho Kah Loong, 49.
Ketua Polis Daerah Kulai, Supt Razak Md Said berkata Cho bersama isterinya Chua Soo Hooi, 46, dan anak perempuan mereka Rachel Chooi Chen Xin, 7, masuk ke hutan tersebut kira-kira 7.45 pagi bersama seorang rakan wanita dan anak perempuannya.
Beliau berkata semua mereka sedang berehat di tepi tebing bukit kira-kira 12.45 tengah hari apabila Chooi tergelincir dan cuba diselamatkan oleh ibu bapanya.
"Namun Cho juga tergelincir ke bawah bukit dan cedera parah.
"Isterinya kemudian bertindak turun ke bawah bukit dan meminta pertolongan orang kampung," katanya.
Razak berkata kira-kira pukul 2.15 petang, pihak bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan anggota paramedik Hospital Kulai tiba di tempat kejadian dan membawa kesemua mangsa turun ke bawah.
"Namun Cho kemudiannya disahkan meninggal dunia kerana cedera parah di kepala, belakang badan, muka dan dadanya," katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulai manakala Chua dan Chooi yang cedera dirawat sebagai pesakit luar.
Bernama
Mon Jul 04 2016

Imej menunjukkan Hutan Lipur Gunung Pulai di daerah Johor Bahru. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Siasatan kes Ismail Sabri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

India tegaskan tiada kepentingan untuk lemahkan dolar AS
Jaishankar sifatkan dolar AS sebagai sumber kestabilan ekonomi antarabangsa dan tegaskan, India tiada sebarang dasar untuk menggantikan dolar.
#AWANIRingkas 6 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Mac 2025
1️⃣ Siasatan kes Ismail Sabri
2️⃣ Isu penyeludupan e-waste dibangkitkan
3️⃣ PH jadi pendukung, pastikan kemenangan
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan kes Ismail Sabri
2️⃣ Isu penyeludupan e-waste dibangkitkan
3️⃣ PH jadi pendukung, pastikan kemenangan
#awaniringkas

Astro Audio ambil maklum kenyataan MCMC, tekad beri kerjasama
ERA akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang dijalankan oleh MCMC dan menyediakan maklum balas seperti yang diminta.

Ringgit naik 170 peratusan dalam mata berbanding dolar AS dalam sesi awal
Pada 8 pagi ini, ringgit melonjak 170 peratusan dalam mata (PIP) kepada 4.4100/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4270/4320 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.
S&P 500: Prestasi setakat 5 Mac 2025
Gambaran menyeluruh Indeks S&P 500 disediakan oleh MarketWatch, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham-saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 disusun mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman tentang corak prestasi pasaran. Setiap saiz saham mencerminkan permodalan pasaran, yang menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat utama dalam pasaran.
Pasaran saham AS melonjak selepas penangguhan tarif oleh Presiden Trump
Pasaran saham AS melonjak pada hari Rabu selepas Presiden Donald Trump bersetuju untuk menangguhkan tarif selama sebulan ke atas beberapa kenderaan yang dibina di Amerika Utara. Euro juga mencapai paras tertinggi dalam empat bulan berbanding dolar AS. Indeks Dow Jones, S&P 500, dan Nasdaq semuanya mencatatkan kenaikan yang ketara.
Pasaran hartanah 2024 catat rekod tertinggi - Adakah 2025 akan terus meningkat?
Sr Sulaiman Saheh, Pengarah Penyelidikan di Rahim & Co International Sdn Bhd, membincangkan faktor-faktor utama yang mendorong pasaran hartanah mencapai rekod tertinggi pada 2024 dan ramalan untuk 2025. Adakah pertumbuhan ini akan berterusan atau hanya lonjakan sementara? Ketahui lebih lanjut dalam sesi Google Meet ini.
AWANI Pagi: Apirasi wanita - UMPSA perkasa pendidikan tinggi global
Menjelang sambutan Hari Wanita 2025 8 Mac ini, bersama Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Dr. Yatimah Alias berkongsi keterlihatan golongan wanita dalam membina nama dan kepakaran di institusi pengajian tinggi, bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi juga global.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

'Kami bukan untuk dijual' - PM Greenland
Greenland tidak untuk dijual atau diambil, dan rakyatnya sendiri yang akan menentukan masa depan negara itu.

Rakyat Singapura maut tergelincir di hutan Lipur Gunung Pulai
Seorang rakyat Singapura yang menyusuri Hutan Lipur Gunung Pulai maut pagi Ahadi akibat tergelincir.