KUALA LUMPUR:Kerajaan sedang mempergiat usaha membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dalam sektor pembinaan, pertanian dan perladangan bagi menggantikan tenaga kerja asing, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim.
Beliau berkata sebagai usaha menggalakkan penyertaan tenaga kerja tempatan dalam sektor berkenaan, kerajaan mengarahkan majikan untuk mengiklankan kekosongan di portal MYFutureJobs berkuat kuasa 1 Nov lepas.
Katanya, ia berikutan kekurangan tenaga kerja asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) telah pulang ke negara asal dan tidak kembali ke Malaysia kerana penutupan sempadan negara akibat pandemik COVID-19 sejak Mac lepas.
''Pemegang PLKS bagi sektor pembinaan mencatatkan jumlah 406,369 orang pada Mac 2020 dan menurun kepada 337,426 orang pada November 2020.
''Pemegang PLKS bagi sektor pertanian dan perladangan mencatatkan jumlah seramai 143,348 orang pada Mac 2020 dan menurun kepada 111,140 orang pada November 2020,'' katanya semasa menjawab soalan Senator Nuridah Mohd Salleh berhubung peningkatan peratusan pekerja tempatan dalam sektor pembinaan, pertanian dan perladangan di negara ini.
Awang berkata sebanyak 6,803 tenaga kerja tempatan telah mengisi kekosongan dalam sektor pembinaan manakala 2,143 orang dalam sektor pertanian dan perladangan sepanjang tempoh itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 17 2020
Kerajaan sedang mempergiat usaha membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dalam sektor pembinaan, pertanian dan perladangan bagi menggantikan tenaga kerja asing. -Gambar fail
Zelensky sedia berunding dengan Putin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara langsung dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, tetapi di bawah syarat tertentu.
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Komitmen MIDA kepada pelabur - Landskap pelaburan lebih kukuh, bersepadu
MIDA sedang membina ekosistem di mana pelaburan berimpak tinggi dan sedia untuk masa depan dapat berkembang maju.
LIG Nex1 Korea Selatan lancar pejabat di Malaysia, sasar kepimpinan pertahanan serantau
Syarikat pertahanan terkemuka Korea Selatan, LIG Nex1 secara rasmi melancarkan pejabat cawangannya di Malaysia pada Jumaat.
Festival Idea Putrajaya sasar 250,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Grab Malaysia cipta 10,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Terengganu
Grab Malaysia telah membuka 10,000 peluang pekerjaan kepada rakyat, yang dikenali sebagai Rakan Grab, di Terengganu sejak mula beroperasi di negeri pantai timur itu pada 2017.
Festival MAROI 2024 bantu jenama Malaysia tembusi pasaran Thailand
Festival MAROI (Malaysia Aroi) 2024 dijangka menjana nilai jualan kira-kira 40 juta Baht (100 Baht = RM12.93) sepanjang empat hari festival tersebut.
NCER catat RM15.26 bilion pelaburan direalisasi di Kedah pada Januari-Julai 2024
Ketua Eksekutif NCIA Mohamad Haris Kader Sultan berkata menerusi pelaburan itu, sebanyak 1,700 peluang pekerjaan telah diwujudkan.
PRK Nenggiri: Generasi muda tagih peluang pekerjaan
Tanpa kehadiran tapak perindustrian, rata-rata penduduk di sini hanya bergantung harap kepada pekerjaan tradisional.
'Bonda kita panggil Orang Asli, orang kita. Kita tak suka panggil Orang Asli' - Tengku Mahkota Pahang
Tengku Mahkota Pahang berkongsi keperibadian bondanya, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mendidik supaya memanggil Orang Asli sebagai 'Orang Kita'.
Boeing ramal 2.4 juta pekerjaan baharu dalam industri penerbangan untuk tempoh 20 tahun
Boeing meramalkan keperluan hampir 2.4 juta golongan profesional baharu dalam industri penerbangan bagi tempoh 20 tahun akan datang.
Lebih 1,700 peluang pekerjaan ditawar sepanjang Program MADANI Rakyat Zon Timur
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur yang akan diadakan di Dataran Sayangi Kuantan di sini pada 5 hingga 7 Julai depan menawarkan 'pelbagai tarikan' termasuklah tawaran lebih 1,700 peluang pekerjaan.