KUALA LUMPUR:Baru berusia 33 tahun, serta mempunyai masa hadapan dalam politik negara, tetapi sering kali menjadi tajuk utama berita atas sebab yang salah.
Itu pandangan Penasihat Kumpulan Star Media Group Bhd Datuk Seri Wong Chun Wai terhadap Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Armada Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Wan Ahmad Fayhsal baru-baru ini mencadangkan Bank Negara Malaysia (BNM) mencetak lebih banyak wang untuk diedarkan terus kepada rakyat.
Chun Wai, yang lebih 35 tahun memantau perkembangan negara dari kaca mata seorang wartawan berkata, tindakan Wan Ahmad Fayshal itu menunjukkan legasi politik lama yang masih diwarisi ahli-ahli politik baru.
“Pada satu ketika, beliau dilihat kekurangan idea progresif, dan lebih gemar memainkan isu perkauman, sama seperti ahli-ahli politik yang lama, yang sudah lama mengecewakan rakyat Malaysia.
“Ia masih mengenai perkauman, ketuanan politik, dan pemberian.
"Ia sesuatu yang menyedihkan bagi seorang ahli politik muda, yang kita harapkan boleh memberi perspektif yang segar, beliau sudah mula menunjukkan kepada semua bahawa dirinya adalah sebahagian daripada legasi politik lama,” kata Chun Wai dalam kolum On The Beat yang disiarkan The Star hari ini.
Wan Ahmad Fayshal ketika ditemubual radio BFM pada 16 Nov lalu menyarankan agar BNM mencetak wang baru, lebih dikenali sebagai dasar ‘wang helikopter’, untuk diberi kepada golongan miskin dan yang terkesan teruk akibat wabak COVID-19.
Menurut kamus ekonomi, dasar wang helikopter merujuk kepada langkah mencetak sejumlah besar wang baru untuk diedarkan di kalangan rakyat, demi merangsang ekonomi yang sedang menghadapi kemelesetan.
Saranan itu mendapat pelbagai reaksi. Ada yang menyokong dan ada yang mencaci, namun rata-rata pakar ekonomi berpendapat ia kurang sesuai dengan situasi kewangan dan tahap inflasi yang dihadapi negara pada masa kini.
Mengulas lanjut, Chun Wai berpendapat, mencetak wang dalam jumlah yang besar tidak akan membantu ekonomi, kerana ia akan menurunkan nilai ringgit, meningkatkan kadar inflasi dan mengurangkan kuasa membeli.
Paling utama, katanya, ia menurunkan nilai kekayaan.
“Berbeza dengan Amerika Syarikat, mereka mampu mencetak Dollar kerana ia mempunyai permintaan dan sering digunakan sebagai standard pertukaran kewangan dunia. Ia merupakan satu-satunya negara yang boleh mencari keuntungan dengan cara mencetak wangnya sendiri.
“Tetapi untuk ahli perbankan dan ekonomi, mencetak wang bukan bermaksud ia boleh diberikan secara terus kepada rakyat. Dan sudah semestinya ia bukan seperti cara yang Kerajaan Zimbabwe lakukan,” katanya lagi.
Dari sudut ekonomi, Chun Wai berkata, kewangan negara mempunyai kecairan, yang bermaksud ada pergerakan wang dalam negara.
Katanya lagi, golongan kaya dan pertengahan atas kini tidak boleh melancong atau pergi ke luar negara, jadi mereka membeli saham dalam pasaran.
Malah, Chun Wai berkata, Bursa Malaysia sedang menunjukkan prestasi yang tinggi berdasarkan kepada beberapa saham syarikat tertentu.
Berbalik kepada cadangan dikemukakan Wan Ahmad Fayshal, Chun Wai berkongsi pandangan bekas ketua setiausaha perbendaharaan Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim, yang menyamakan cadangan itu dengan lampu ajaib Aladdin.
“Bank Negara tidak akan berbuat demikian kerana ia bukan tanggungjawab bank-bank pusat. Bank pusat seluruh dunia memang mencetak wang, tetapi bukan untuk kerajaan edarkan kepada masyarakat,” kata Mohd Sheriff seperti dikongsikan Chun Wai dalam artikel itu.
Chun Wai memetik Mohd Sheriff berkata, wang yang dicetak bank pusat lazimnya digunakan untuk menyelesaikan hutang, termasuk bon yang dikeluarkan kerajaan dan sektor swasta.
“Bon yang bank pusat pegang itu akan menjadi aset untuk mengimbangi liabiliti wang yang telah dicetak. Apabila bank pusat membeli sesuatu bon, ia bermaksud bank pusat meminjamkan sejumlah wang kepada pengeluar bon tersebut, sama ada kerajaan mahupun pihak swasta.
“Apabila bank pusat berbuat demikian, ia menimbulkan lebih banyak kecairan dalam ekonomi – seperti meletakkan minyak ke dalam enjin untuk bergerak.
"Tiada bank pusat akan bertindak seperti Santa Claus yang memberi gula-gula kepada kanak-kanak sewaktu Krismas,” kata Mohd Sheriff lagi.
Mengulas lanjut, Chun Wai berkata, seringkali Wan Ahmad Fayshal mengeluarkan kenyataan yang salah.
“Beliau pernah mencadangkan agar sekolah vernakular dimansuhkan, atas dakwaan sekolah ini tidak mempromosi identiti nasional di kalangan pelajar.
“Kemudian (apabila dikecam) beliau berkata ia hanya cadangan agar sekolah berkenaan diinstitusikan, sedangkan sekolah vernakular memang di bawah pembiayaan kerajaan dan merupakan sebahagian daripada institusi pendidikan,” katanya lagi.
Chun Wai berkata, rakyat Malaysia kini sedang hidup dalam zaman yang tidak menentu, dan mereka tidak mempunyai kesabaran untuk berhadapan dengan ahli politik seperti Wan Ahmad Fayshal.
Firdaus Azil
Sun Nov 22 2020

Wan Ahmad Fayshal ketika ditemubual radio BFM pada 16 Nov lalu menyarankan agar BNM mencetak wang baru untuk diberi kepada golongan miskin dan yang terkesan teruk akibat wabak COVID-19. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Organisasi berita, pengawal selia harus bekerjasama perangi 'scammer'
Tokoh media terkemuka Datuk Seri Wong Chun Wai menggesa organisasi berita supaya bekerjasama dengan pengawal selia untuk memerangi kes penipuan atau 'scammer' yang semakin berleluasa.

Jamaluddin Muhammad dilantik CEO Bernama, berkuat kuasa esok
Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Jamaluddin Muhammad dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) agensi itu berkuat kuasa esok.

Wong Chun Wai pengerusi baharu Bernama
Tokoh media terkemuka Datuk Seri Wong Chun Wai dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu, berkuat kuasa 1 Sept ini.

Bajet 2023 diawalkan ke 7 Okt, petanda PRU makin dekat? - Laporan
Bajet 2023, yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober, dilaporkan akan dibawa ke hadapan iaitu pada 7 Oktober.

Ada sinar naratif politik baharu daripada beberapa pemimpin muda - Chun Wai
Mereka ini walaupun berbeza parti, bangsa dan agama, tetapi dapat menggerakkan kerjasama untuk melancarkan usaha pemulihan negara.

Tiada pelabur ingin masuk ke negara yang asyik tukar PM - Wong Chun Wai
Pelabur tidak akan melabur di Malaysia sekiranya tidak yakin dengan keadaan dalam negara ini terutamanya melihatkan krisis politik yang tiada kesudahannya.

Gaji tinggi bukan jaminan tiada rasuah - Johan Jaaffar
Tan Sri Johan Jaaffar berpendapat pandangan mengatakan penjawat awam perlu diberikan gaji yang tinggi untuk mengelakkan berlakunya rasuah tidak tepat.

Feri Pulau Pinang: Berbaloikah kekalkan nostalgia dengan kerugian RM24 juta setahun?
Tidak masuk akal apabila jika berdegil dan bertegas untuk perkhidmatan Feri Pulau Pinang dikekalkan semata-mata kerana rasa nostalgia.

Ketepikan perbezaan, luluskan Belanjawan demi kepentingan negara - Wong Chun Wai
Menerusi satu artikel yang disiarkan The Star pada Isnin, Chun Wai berkata kegagalan untuk meluluskan Belanjawan tersebut dilihat akan memudaratkan lagi negara yang berdepan dengan cabaran ekonomi.

Rakyat tiada kesabaran untuk ahli politik seperti Wan Ahmad Fayshal - Wong Chun Wai
Chun Wai berpendapat, tindakan Wan Ahmad Fayshal menunjukkan legasi politik lama masih diwarisi ahli-ahli politik baru.