Hari ini masuk hari ke-37 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan esok dijangka buat pertama kali umat Islam di negara ini akan mula berpuasa dalam satu suasana normal baharu berikutan penularan pandemik COVID-19.
Jika tahun-tahun sebelum ini, keadaan di lebuh raya ketika ini sudah pasti penuh sesak dengan kenderaan warga kota yang ingin pulang ke kampung bagi menyambut bulan Ramadan, namun kali ini keadaannya jauh berbeza, lebuh raya kelihatan lengang.
Ini kerana tiada sebarang pergerakan rentas negeri dibenarkan dan orang ramai tidak boleh pulang ke kampung untuk menyambut puasa sepanjang tempoh PKP ini bagi menyekat penularan virus berbahaya itu.
Bagaimanapun, mereka yang sebelum ini pulang ke kampung halaman sebelum tempoh PKP dikuatkuasakan dan kini ingin kembali ke rumah masing-masing diberi kelonggaran berbuat demikian.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, memaklumkan permohonan boleh dilakukan secara dalam talian mulai Sabtu ini, menggunakan aplikasi 'Gerak Malaysia' atau memohon di balai polis berhampiran.
Namun harus diingat ia bukan lesen untuk orang ramai melakukan pergerakan secara besar-besaran kerana jika tidak, usaha kerajaan melaksanakan PKP dan perjuangan barisan hadapan untuk memutuskan rantaian penyakit itu sebelum ini akan menjadi sia-sia.
Bulan Ramadan kali ini juga pasti dirindui untuk menunaikan solat tarawih berjemaah di masjid selain kemeriahan bazar Ramadan yang menjual pelbagai juadah seperti murtabak, popia, ayam golek dan air katira.
Namun usah risau kerana kerajaan memberi jaminan barangan basah dan keperluan asas lain mencukupi untuk menampung permintaan rakyat seluruh negara secara berterusan termasuk sepanjang bulan Ramadan.
Jadi inilah masa yang sesuai bukan sahaja kaum ibu atau bapa mahupun yang bujang untuk mengasah bakat masing-masing dalam bidang masakan, malah waktu terbaik mencuba perkakas dapur seperti 'air fryer' dan 'thermomix' yang menjadi 'trend' ketika ini untuk menyediakan juadah berbuka.
Soal resepi? Jangan risau. Tanya saja 'Pakcik Google', pasti pelbagai resepi dapat diberikan mengikut cita rasa masing-masing, baik masakan barat, Cina atau India, mahupun juadah tradisional ala baharu.
Untuk mereka yang lebih selesa membeli makanan di luar, juga tidak perlu bimbang, walaupun bazar Ramadan tidak dibenarkan, perkhidmatan e-bazar tetap ada dengan penghantaran melalui perkhidmatan e-hailing untuk menghantar juadah yang dihendaki.
Bagi mereka yang resah kerana tidak dapat bertarawih di masjid, waktu ini harus digunakan sebaiknya untuk beribadat dan solat tarawih berjemaah bersama keluarga di rumah, secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan yang selama ini mungkin agak renggang dek hambatan tugas harian masing-masing.
Dalam lapan hari pelaksanaan PKP fasa tiga, telah tujuh kali kes positif COVID-19 direkodkan berada pada paras dua angka, sudah cukup membuktikan usaha yang dilakukan kerajaan selama ini bukan satu langkah kosong.
Jadi teruslah bertahan, duduk diam-diam di rumah, kerana kita sudah hampir untuk mencapai kejayaan.
Anggaplah bulan Ramadan kali ini bukan sahaja perjuangan kita untuk menentang nafsu, lapar dan dahaga, tetapi juga perjuangan menentang virus COVID-19 yang telah meragut banyak nyawa di seluruh dunia.
InsyaAllah #Kita mesti menang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 23 2020

Suasana lengang di ruang jualan pakaian dan kelengkapan Aidilfitri selepas diarah tutup ketika tinjauan pada hari ke-35 PKP yang memasuki fasa ketiga menjelang bulan Ramadan bagi mengekang penularan COVID-19 di Kompleks PKNS Shah Alam, 21 April, 2020

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tahun Baharu Cina: Aliran trafik perlahan, 'smart lane' dibuka kurangkan kesesakan
Setakat 10.30 pagi, trafik semakin meningkat di sekitar Lebuhraya PLUS E2 menghala selatan, PLUS E1 menghala utara dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Nabila Razali seronok beraya di Kelantan, suka disapa Mek Nab
Comel pula nama panggilan Mek Nab!

Remy Ishak bawa anak balik kampung
Tahun ini merupakan lebaran yang lebih sempurna dengan kehadiran putera sulungnya, Tuah Alam yang kini berusia hampir sembilan bulan.

Aidilfitri: Tempahan hotel kucing penuh sejak Januari
Tempahan hotel untuk kucing peliharaan mendapat permintaan tinggi menjelang musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Jutaan penduduk Jakarta mula mudik ke kampung halaman untuk Aidilfitri
Dianggarkan sekitar 193 juta penduduk bergerak menuju ke destinasi masing-masing susulan cuti perayaan yang panjang tahun ini.

Aidilfitri: Pengangkutan awam tetap jadi pilihan pulang beraya
Suasana menyambut Aidilfitri semakin jelas terasa terutama di terminal pengangkutan awam apabila ramai yang memilih untuk pulang berhari raya menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api.

Aidilfitri: Hampir 1 juta kenderaan perantau masuk ke Kelantan
Hampir sejuta kenderaan anak-anak perantau masuk ke Kelantan menerusi tiga pintu masuk utama sejak Jumaat lalu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Aidilfitri: Tol percuma bermula hari ini, aliran trafik dijangka meningkat
Aliran trafik dijangka meningkat susulan pengguna jalan raya mengambil peluang pemberian tol percuma di semua lebuh raya bermula hari ini.

PLUS buka 18 lorong tambahan ‘Smart Lane’ sempena Aidilfitri
Lorong kecemasan akan dibuka sebagai laluan tambahan untuk kegunaan kenderaan ringan, persendirian atau penumpang untuk waktu tertentu.

Perantau Kelantan disarankan pulang beraya guna jalan Gua Musang-Jeli
Pemandu yang menghala ke Rantau Panjang, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat, dinasihat agar gunakan laluan itu bagi menampung jangkaan pertambahan mendadak kenderaan.