Bulan Ramadan bulan penuh keberkatan untuk umat Islam dan ibadah puasa menjadikan kita lebih bersyukur dengan segala pemberian daripada Allah Yang Maha Esa selepas seharian menahan lapar dan dahaga.
Sebenarnya sebagai hamba Allah, kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan-Nya.
Kita harus ingat perkara ini, bukan sahaja pada bulan Ramadan tetapi selagi kita masih diberikan nafas untuk hidup di muka bumi ini.
Kita perlu juga melahirkan rasa syukur dengan pemberian nikmat kesejahteraan hidup, ahli keluarga, sahabat-handai dan apa sahaja yang ada di sekeliling kita.
Kebanyakan kita mesti ada menyimpan banyak kenangan manis semasa kecil.
Masih ingat jika ada jiran atau saudara beri kita walaupun sebiji gula-gula, emak akan bertanya, "Cakap tak terima kasih?"
Mengucapkan terima kasih juga kepada orang yang menghulurkan bantuan adalah salah sau peraturan adab.
Memang tidak dinafikan dalam kehidupan hari ini, ada yang semakin kurang beradab dan lebih mementingkan diri sendiri sehinggakan sukar sekali untuk melahirkan ucapan terima kasih.
Ucapan terima kasih bukan sahaja penting diucapkan oleh orang yang menerima pertolongan tetapi juga yang menghulurkan bantuan.
Meskipun ada yang mungkin menganggap ia satu perkara yang remeh tetapi ia juga penunjuk utama sikap yang beradab itu dihargai.
Orang yang tidak lokek menghulurkan bantuan itu tinggi jasanya bila kita kesusahan, memberi kita makanan apabila kita kelaparan, menjaga kita apabila kita sakit dan baktinya dikenang sepanjang hayat.
Bayangkan seseorang yang memberi anda pakaian serta kemudahan pengangkutan untuk perjalanan anda.
Bayangkan juga orang itu memberi ubat dan memanggil doktor untuk merawat penyakit anda di samping menyediakan makanan yang lazat.
Bayangkan semuanya ini bukan untuk beberapa hari tetapi untuk sepanjang hayat anda.
Bagaimana untuk melahirkan rasa terima kasih kepada orang yang begitu baik hati membantu anda sedemikian rupa?
Sekarang tanya pada diri sendiri segala macam nikmat yang Allah SWT telah berikan kepada kita.
Allah Yang Maha Berkuasa mengingatkan hamba-Nya di dalam Al Quran betapa banyaknya nikmat yang telah diberikan kepada kita:
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah an-Nahl, 18)
Semua jenis makanan yang kita makan serta tanaman yang menghasilkan makanan, matahari yang memberi cahaya kehidupan serta air hujan dan pelbagai lagi yang ada di muka bumi ini untuk kelangsungan hidup kita adalah nikmat yang datang daripada Allah SWT.
Bukankah kita harus terus bersyukur kepada Allah SWT kerana begitu banyak limpahan pemberian nikmat-Nya itu.
Sebagai balasan kepada semua yang diberikan itu, Allah SWT hanya meminta satu sahaja agar kita secara ikhlas menunjukkan rasa sayang kita kepada-Nya.
"Dan Dialah yang menundukkan lautan (untukmu) agar kamu dapat memakan daging yang segar (ikan) dan kamu mengeluarkan daripada lautan itu perniagaan yang kamu pakai dan kamu melihat bahtera belayar padanya supaya kamu mencari (keuntungan) daripada kurniaan-Nya dan supaya kamu bersyukur. (Surah an-Nahl, 14)
Rasa syukur adalah juga pemberian paling hebat daripada Allah SWT.
Lagi banyak kita menzahirkan rasa syukur kepada-Nya, bertambah-tambahlah nikmati yang Allah berikan untuk kita.
Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kami bersyukur, Kami pasti akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih. " (Surah Ibrahim, 7)
Sepanjang bulan Ramadan ini, dengan menjalani ibadah puasa, menyediakan makanan berbuka puasa untuk keluarga dan orang Islam yang lain, menunaikan solat tarawih secara berjemaah, Allah SWT memberkati hamba-nya dengan Rahmat dan Rahim-Nya dan semoga kita juga terhindar daripada bisikan serta hasutan syaitan.
Sesungguhnya Ramadan adalah bulan penuh kemuliaan yang menyatukan hati umat Islam serta memperkukuhkan lagi ikatan silaturrahim.
Semoga kita dapat bertemu lagi Ramadan pada tahun-tahun akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 12 2018

Sebagai hamba Allah, kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan-Nya. - Gambar hiasan

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

“Lambat 5 minit, saya mungkin sudah tiada…” - Azlee Senario bersyukur
Azlee bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup selepas dikejarkan ke Institut Jantung Negara akibat serangan jantung.

Tun Mahathir minta mereka yang terjejas akibat ribut supaya bersabar, bersyukur
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat Malaysia yang terjejas akibat ribut susulan Taufan Lekima supaya bersabar dan bersyukur dengan bantuan yang diterima daripada pihak kerajaan.

Ramadan didik umat Islam untuk bersyukur
Bulan Ramandan menjadikan kita lebih bersyukur dengan segala pemberian Allah yang Maha Esa selepas seharian menahan lapar dan dahaga.

Bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di Malaysia - Paul Low
Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana dapat hidup dalam keadaan aman, harmoni dan bebas daripada perang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan.

Rakyat Malaysia perlu syukur dengan nikmat keamanan - Hishammuddin
Katanya, meskipun negara dilanda pelbagai ujian dan tragedi, namun rakyat Malaysia masih dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni.

Penerima BR1M bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan
Rakyat Malaysia rata-rata bersyukur dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kehidupan seharian mereka.