Lebih 80 peratus rakyat Malaysia tidak memakan sayuran dan buah-buahan yang mencukupi untuk kesihatan diri dan tubuh badan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata trend itu menunjukkan gaya pemakanan yang tidak sihat dan membimbangkan.
"Perubahan mesti dilakukan kerana sekiranya tidak, ia akan meningkatkan risiko kita mendapat penyakit dan memberi kesan kepada sistem kesihatan secara keseluruhan," katanya selepas merasmikan program Kem Nak Sihat Bersama Komuniti Kekal Sihat di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Simpang Lima, di sini pada Ahad.
Dr Subramaniam berkata rakyat Malaysia perlu memakan lebih banyak buah-buahan untuk membantu mengurangkan obesiti serta menghindarkan penyakit yang mempunyai kaitan dengan gaya hidup.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementeriannya menerusi Bahagian Nutrisi akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi memperluaskan program meningkatkan pemahaman khususnya ibu pelajar mengenai amalan penyediaan makanan sihat.
"Kita nak beri bimbingan kepada ibu mengenai amalan pemakanan sihat kerana mereka adalah pengaruh yang cukup kuat dalam membawa perubahan yang kita harapkan. Program ini bermula awal tahun ini dan berharap dapat diperluaskan ke seluruh negara pada masa akan datang," katanya.
Kem Nak Sihat merupakan program outreach yang dirangka khas untuk komuniti bertujuan menyampaikan mesej berkaitan cara hidup sihat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2017

Lebih 80 peratus rakyat Malaysia tidak memakan sayuran dan buah-buahan yang mencukupi untuk kesihatan diri dan tubuh badan.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Jenazah Ishsam selesai dibedah siasat, punca kematian serangan sakit jantung
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin selesai dibedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP).

KWSP perjelas pendapatan pelaburan dan agihan dividen 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan bahawa angka bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2023 adalah tepat dan mematuhi sepenuhnya piawaian pelaporan kewangan yang ketat.
Kerajaan Pulau Pinang zahir ucapan takziah buat keluarga ADUN Ayer Kuning
Kerajaan Pulau Pinang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu.
ADUN Ayer Kuning meninggal dunia serangan jantung - Polis
Polis Pulau Pinang mengesahkan punca kematian ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia semasa menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu disebabkan serangan jantung.

26 item pertanian catat kadar sara diri lebih 100 peratus pada 2021
Sebanyak 26 item pertanian terpilih mencatatkan Kadar Sara Diri (SSR) melebihi 100% bagi 2021, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Anak banyak kahak, berhingus? Biasakan makan buah, sayur jenis ini
Biasakan anak-anak makan jambu batu, oren, nenas, sayur hijau dan bawang.

Jual petai beri duit tambahan kepada petani
Ketibaan musim buah-buahan membuka pintu rezeki buat penduduk di Kampung Bekok yang kebanyakannya bekerja sebagai petani dan penoreh getah.

Jus antipenuaan, 18 set campuran buah dan sayuran untuk kekal cantik dan awet muda
Campuran buahan-buahan dan sayuran ini akan memberi manfaat kepada yang mengamalkannya.

Cara bersih, kikis wax pada buah - Penting untuk elak batuk, sakit tekak
BUAH antara snek yang bagus dan mempunyai banyak khasiat serta vitamin.

Kekal cergas, bertenaga ketika berpuasa, jangan tinggal sahur!
Soal pemilihan makanan berkhasiat amat penting agar tubuh memperoleh semua nutrien yang diperlukan, sekali gus membantu mengekalkan kecergasan sepanjang tempoh berpuasa.

Tahukah anda bahawa lobak asalnya bukan berwarna oren?
Sebenarnya, warna asal lobak adalah ungu, putih dan kuning. Bagaimana ia boleh jadi warna oren? Semuanya gara-gara William of Orange, pemimpin Revolusi Belanda.

Keliru buah nangka dengan durian, Martha Stewart pula 'kena belasah'
Blog milik Martha Stewart meletakkan gambar durian pada artikel yang memaparkan kegunaan jackfruit atau buah nangka.

Produk tamat tempoh dijual di pasar raya besar, kedai coklat di Labuan
35 coklat bernilai RM780 dan 25 produk tenusu dan buah-buahan dalam tin bernilai RM251 dirampas dari dua premis dalam operasi bersama dengan KPDNKK.

Ramai rakyat Malaysia tidak makan sayuran, buah-buahan mencukupi
Lebih 80 peratus rakyat Malaysia tidak memakan sayuran dan buah-buahan yang mencukupi untuk kesihatan diri dan tubuh badan.