BENTONG: Segelintir penunggang motosikal berkuasa tinggi dikesan menggunakan lesen percubaan (Lesen L) untuk tempoh yang lama termasuk bagi tujuan berkonvoi.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Aedy Fadly Ramli berkata ketika diperiksa mereka didapati tidak pernah memperbaharui kepada lesen penuh (Kelas B).
"Terdapat juga mereka (penunggang motosikal berkuasa tinggi) ini yang tidak mempunyai kedua-dua lesen (Lesen L dan Kelas B penuh) dan sepatutnya tidak boleh menunggang motosikal berkapasiti melebihi 250cc," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Op Lejang Fasa 1 di Plaza Tol Bentong di sini hari ini.
Katanya mereka dinasihatkan supaya segera mendapatkan lesen Kelas B penuh bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang.
Dalam pada itu, beliau berkata lebih 3,000 motosikal telah diperiksa dengan 796 daripadanya diambil tindakan atas pelbagai kesalahan dalam operasi tersebut yang bermula pukul 8 pagi.
"Kesalahan paling tinggi dilakukan ialah tidak memiliki lesen memandu dan tidak ada cukai jalan yang sah," katanya.
Sementara itu, menurutnya sejak 2018 hingga Jun 2022 sebanyak 3.7 juta motosikal diperiksa dan 1.3 juta motosikal diambil tindakan oleh pihak JPJ.
"Antara kesalahan tertinggi direkodkan tiada lesen memandu iaitu sebanyak 471,665 kesalahan, lesen kenderaan motor (313,174) dan tiada perlindungan insurans (299,772)," katanya.
Aedy Fadly turut menegaskan tindakan termasuk penyitaan kenderaan mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dikuatkuasakan ke atas mereka yang terlibat dalam kegiatan lumba haram dan menunggang motosikal secara berbahaya.
Katanya JPJ juga akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan di lebuh raya serta jalan Persekutuan dan negeri dari semasa ke semasa dalam usaha menangani kegiatan lumba haram serta menunggang secara berbahaya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 24 2022
Penunggang motosikal berkuasa tinggi dinasihatkan supaya segera mendapatkan lesen Kelas B bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang. - Gambar hiasan/ Bernama
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
AWANI Ringkas: 2.6 juta kenderaan guna lebuh raya setiap hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut ketika berkonvoi
Kejadian kira-kira 10.15 pagi itu melibatkan tiga motosikal kuasa tinggi dan sebuah kereta.
'Mowgli Malaysia' buka bengkel motosikal
Bengkel diusahakan bersama abangnya pada Jun lepas, setelah menamatkan kursus enam bulan dalam bidang Teknologi Motosikal di Pusat GiatMARA.
Peralihan Lesen kelas B: Pemegang LMM yang layak boleh mula daftar di 139 institut memandu
Pemegang LMM kelas B1 dan B2 yang layak menyertai Program Khas Peralihan LMM kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi) boleh mula mendaftar ke program itu di 139 institut memandu.
Selesaikan saman tertunggak untuk mohon Program Khas Peralihan Lesen Memandu
Orang ramai dinasihat menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak terlebih dahulu bagi melayakkan menyertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia.
JPJ perincikan sistem, penyelarasan peralihan lesen B2, B1 kepada B
Ketua Pengarah JPJ Aedy Fadly Ramli berkata pihaknya sedang meneliti perkara berkenaan sebelum diumumkan dalam masa terdekat.
Penunggang motosikal kuasa tinggi maut terbabas
Seorang lelaki maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbabas dalam kemalangan di Kampung Rahmat, Rantau Panjang pada Jumaat.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh pokok
Polis berkata dalam kejadian 9.15 pagi itu mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan dari arah Jeli ke Dabong.
Kastam Perlis rampas sembilan motosikal berkuasa tinggi
JKDM Perlis merampas sembilan motosikal berkuasa tinggi dianggar bernilai RM1.13 juta termasuk cukai di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian, 16 Jan lepas.
Beto Kusyairi syukur selamat, mohon doakan seorang lagi mangsa nahas
Beto meluahkan rasa syukur apabila terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.